Wednesday, 5 October 2016

Meninjau Ke Bank Kerapu Di Kelantan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,





Hai korang semua. Harap-harap korang ceria-ceria yea hari nii. Hari nii aku nak bawa korang meninjau ke sebuah bangunan warisan di negeri Kelantan. Aku berasa pelik sedikit bila dengar nama Bank Kerapu ini...kenapa pulak bank ini diberi dengan nama ikan....setelah diamati rupanya permukaan dinding bangunan bank ini mengerutu seperti ikan kerapu sebab itu penduduk tempatan menggelarkan bank ini sebagai Bank Kerapu.



Bank ini tak jauh dari Istana Jahar, Masjid Muhamadiah, Muzium Islam, Istana Besar dan lain-lain. banyak tempat laa korang boleh gi lawat kalau korang gi Bank Kerapu ini.





Bangunan Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu. 






Semasa Perang Dunia ke Dua, pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat Kempai Tai, pejabat rahsia Polis Jepun. Bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank.



Pada tahun 1977, nama bank tersebut bertukar kepada "The Hong Kong& Shanghai Banking Corporation", dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke Dua di Kelantan yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. 


  



Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini.


Selain pameran dibahagian dalam, terdapat juga pameran terbuka di bahagian kanan bangunan ini yang mempamerkan kereta antik, kereta kebal, kubu pertahanan dan sebagainya. Bangunan ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan pada tahun 1994.



So memang tak mengecewakan kalau korang datang ke Kota Bharu ini. Korang juga boleh try masakan kampung yang sememangnya tip top dan TERBAIK di bahagian bawah Bangunan Kraftangan...."Kedai Cikgu"....harganya pun murah.

Sekian.

No comments:

Post a comment