Thursday, 13 October 2016

Majlis Makan-makan Dan Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Abah dan Mak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang... Sihat tak hari nii..? Entri aku ni dah lama...cuma aku tak sempat nak post... Aktiviti untuk mengeratkan kami sekeluarga... walaupun tiada perancangan rapi dan last minit punya plan... Alhamdullilah menjadi jugak. Dah lama aku teringin nak buat aktiviti macam nii tetapi disebabkan kesibukkan kerja kerana aku kerja di Taiping dan rumah aku di Ipoh...agak susah sikit nak rancang kerana kesuntukan masa. Jadual kerja aku dan adik-adik aku yang berbeza menyukarkan lagi untuk mengadakan majlis sebegini...



Aku nak buat kelainan sikit majlis ini dengan aktiviti yang menceriakan.. memandangkan sekarang ni tengah meletop orang dok buat photobooth... jadi aku pun tak nak ketinggalan. Acara diadakan kat rumah aku.. kami buat malam kerana siang ada adik-adik aku yang bekerja walaupun hari sabtu dan ahad.



Untuk majlis yang pertama kali ini dibuat dengan keadaan yang tergesa-gesa... Tema biru dan pink menjadi pilihan. Tetapi abah aku dah lari warna tema...haa..haa..haaa...hijau laa pulak!! Tugasan telah diberikan kepada setiap adik-beradik dan ipar duai aku. Konsep makanan kami ala-ala BBQ dan bersantai di halaman rumah.


Lelaki ditugaskan untuk kerja-kerja membakar kepak ayam dan sebagainya. Perempuan pula dah siap masak nasi goreng Cina, nugget, sosej, mak aku masak lontong. Tukang beli kek, tukang beli jajan dan tukang menghias. Tukang bancuh air jangan lupa pulak! Semua kena ambik bahagian... memang seronok!

Rumah aku dijadikan pilihan kerana ruangan parking yang luas.... senang. Majlis makan-makan ini bertujuan untuk berkumpul adik-beradik dan ipar duai dengan alasan untuk menyambut Ulangtahun Perkahwinan Abah dan Emak. Selain itu supaya abah dan mak hepi...anak-anak semua dapat berkumpul dan makan bersama-sama. Untuk anak-anak buah... aku adakan beberapa permainan untuk dimain seperti membaling gegelung dalam tiang, color stick, belon dan lain-lain.



Tak lupa juga goodies untuk diorang seperti gula-gula, jajan, kacang, cup cakes dan sebagainya. Dah selesai makan sambil borak-borak... bergambar kenangan adalah perkara wajib yang aku hendak lakukan. Sebab tu aku buat photobooth...walaupun tak berapa nak cantik... janji ada...



Bagi aku gambar ini nanti yang akan menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kat abah dan mak sekiranya mereka telah tiada lagi kat sisi kami semua. Sebenarnya aku buat begini kerana gambar arwah opah aku ada sekeping sahaja dan semua berebut untuk menyimpannya sebagai kenangan. Aku tak nak perkara macam ni terjadi dalam famili aku... biar kami semua ada banyak gambar kenangan bersama abah dan mak.


Setiap famili yang dah berkahwin kena ambik gambar group satu famili... yang bujang pun kena bergambar. Semua orang kena bergambar... jurufotonya sapa lagi kalau tak aku sendiri... Aku bercadang untuk buat majlis sebegini setiap tahun (aktiviti wajib) dengan tema-tema tertentu untuk keseronokan. Tarikh yang dipilih mesti mendapat persetujuan daripada semua.

Kalau semua bagi kerjasama yang baik memang meriah jadinya... cuma disebabkan majlis nii diadakan pada waktu malam jadi... gambar-gambar agak suram dan kurang menarik. Mungkin lepas nii boleh buat waktu siang kot! dan banyakkan aktiviti yang menarik. Majlis yang diadakan waktu malam agak terhad dan pendek masanya (8mlm hingga 11 malam).. so aku rasa macam kelam kabut sikit sebab lepas tuu nak mengemas lagi dan ada adik-adik aku yang bekerja keesokkan harinya. Kena laa diorang balik awal. Disebabkan buat kat rumah aku... jadi aku kena kemas sorang-sorang laa jawabnya. Yang penting semua hepi...



Aku kemas separuh jer dulu sebab hari dah tengah malam. Aku kumpulkan dulu pinggan-mangkuk dan cawan-cawan dalam bekas besar... besok baru la aku cuci sebab badan dah letih sangat. Besoknya seharian laa aku mengemas dan mencuci...laa..laa...laaa...



Apa pun syukur alhamdulillah...perancangan pertama yang tak seberapa nii menjadi kenyataan... akan datang boleh ditambah baikkan...

Sekian.

No comments:

Post a comment