Saturday, 8 October 2016

Jom Melawat Ke Istana Batu Kelantan

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh……&   Salam Sejahtera.......



Cantik sungguh Istana Batu nii...patah lagi dengan warna kuning Diraja yang dicat pada bangunan ini menyerlahkan lagi ciri-ciri istana ini. Kalau korang datang ke Kota Bharu jangan lupa singgah kat istana ini yang telah dijadikan Muzium Diraja.

Istana ini terletak di belakang Istana Jahar dan berhadapan dengan Kompleks Kraftangan... memang tak susahlah nak cari...
 



Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan reka bentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan.



Istana ini telah menjadi tempat bersemayarn Sultan Yahya Petra sehinggalah tahun 1960 sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah dijadikan tempat bersemayam rasmi Sultan Kelantan. Dalam tahun 1966 Istana Batu ini telah diubah suai kemudiannya menjadi kediaman rasmi Dato Tengku Salwani binti almarhum Sultan Yahya Petra.



Pada tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota iaitu Tengku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim. Baginda telah bersemayam di Istana ini sehingga tahun 1972. Istana Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat Diraja tempat kediaman bagi raja-raja kerabat-kerabat dan tetamu-tetamu Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan.



Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium DiRaja dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-41. 
 



Pada tahun 1991 KDYMM-Al Sultan Kelantan telah memberi ampun-perkenan untuk dijadikan sebuah muzium yang dikenali sebagai “Muzium Diraja”. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan kesultanan Kelantan.

Barangan yang dipamerkan memang memukau perasaan terutama yang telah menjadi barangan antik. Aku sangat suka dengan katil kayu yang terdapat di dalam muzium ini...sangat cantik.

Sekian…………Wassalam…..

No comments:

Post a Comment