Wednesday, 12 October 2016

Cubaan Membuat Apam Polkadot

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang... Semoga semuanya sihat walafiat jer yea. Hari nii kita nak masak-masak. Bila mood nak memasak tuu datang...pelbagai resepi rasa nak cuba....masa tuu plak tengah meletop-letop orang dok try buat apam polkadot nii... aku pun turut serta laa. Korang tengok sendiri laa apam polkadot yang ramai dok post kat facebook... punya laa comey.. kiut miut dan color-color. Ada juga yang rajin buat bentuk ladybird, pokemon, doremon dan macam-macam lagi laa.

Ramai yang terjebak untuk cuba membuatnya...betul tak?? Aku pun sama terjebak!! Apa lagi...aku pun google laa resipinya...nampak macam senang jer... kuih-kuih kukus nii memang aku suka berbanding kuih yang dibakar.


Alamak apa kebendanya ovelette tuu..?? Aku ni bukan jenis pakar memasak... nasib baik ada kawan baik aku yang memang kaki masak dan suka pergi kelas memasak...so aku pun call dan tanya BFF aku tuu... nasib baik dia pandai explain.. mudah la aku nak cari. Kat kedai kek memang ada jual punya.. rupanya macam ala-ala jem kaya tapi warnanya kuning. Tak mahal pun.

Nii aku bagi korang resepi nak buat apam polkadot nii... yea laa kot-kot korang terajin pulak nak masuk dapur untuk mencuba...

Bahan-bahan:
3 biji telur grade A
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanila
pewarna sesuai selera
filling sesuai selera..aku selalu guna jem strawbery

Cara buat apam polkadot:
  • Masukkan telur, gula dan ovalette ke mangkuk mixer. Kacau dengan kelajuan maksima hingga kembang dan putih.
  • Masukkan susu, tepung gandum, baking powder, esen vanila. Kacau dengan kelajuan minimum hingga sebati.
  • Bahagi adunan menjadi beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna mengikut selera.
  • Letakkan adunan ke dalam mangkuk kertas guna piping bag. Jangan sampai penuh.
  • Letakkan filling/jem strawbery secukupnya guna piping bag. Buat dot dot dengan warna berbeza.
  • Bila adunan sudah habis, kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit sehingga masak.
  • Angkat dan sejukkan


Bila barang-barang dah siap beli...excited sungguh laa aku nak buat. Selesai jer tugas-tugas kat rumah aku pun start laa buat. Aku buat pun time cuti. Dah siap bancuh semua bahan.... paling best sekali nak buat ialah mewarna adunan tepung tuu.. warna asalnya krim. Korang kena bahagikan adunan tepung tu kepada beberapa warna yang korang nak. Kat sini laa nak tunjuk kreativiti korang gabungkan warna-warna yang menarik dan sesuai. Feberet warna aku merah dan pink..



Aku guna acuan kuih lompang supaya apam polkadot aku tuu nampak comey dan kiut jer...hik..hik..hik... Kalau korang guna acuan kuih lompang...lebih kurang 100 biji apam polkadot korang boleh dapat.

Dah siap mewarna adunan-adunan tersebut...korang masukkan dalam piping bag supaya lebih mudah korang nak isikan dalam acuan. Kemudian bolehlah korang isikan suku jer adunan tepung tu dalam acuan lompang yang dah diletak kertas cup... pas tu korang letakkan inti kat dalamnya.. aku guna jem strawbery. Dah letak inti... korang masukkan lagi adunan tepung tu tapi jangan sampai penuh sangat. Kemudian baru laa korang buat polkadotnya... Untuk polkadot korang kena potong hujung piping bag tu sikit jer supaya bentuk polkadot tu kecik dan tidak bercantum.

Dah siap boleh laa start kukus. Aku guna periuk nasi sebab aku tak de periuk kukus. Kadang-kadang aku pinjam periuk kukus mak aku... kalau aku nak buat banyak sebab periuk kukus mak aku tu besar dan dua tingkat.



Korang kena kukus dalam 15 minit. Tutup periuk tu korang balut dengan kain atau tuala supaya wapnya tak jatuh menitis atas adunan apam tuu. Apam polkadot korang akan jadi cantik dan tidak berlubang-lubang akibat daripada wap tersebut. 

Setelah diangkat biarkan apam polkadot itu sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Bila dah siap memang teruja tengok...comeynya rasa sayang pulak nak makan. Aku pun bagi famili aku dan jiran-jiran try. Memang sedap dan lembut. Anak-anak buah aku memang suka laa. Korang pun jangan tak cuba plak sebab bukannya susah sangat...sekali korang dah cuba...berkali-kali korang rasa nak buat. Haa...haa..haa.. Boleh laa bawa ke ofis bagi kawan-kawan try.

Sekian.

No comments:

Post a comment