Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hai korang semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat hendaknya. hari nii aku nak bawa korang pergi melihat bangunan warisan di Kuala Lumpur. Bangunan ini penuh dengan ciri sejarah. Aku
memang suka lihat senibina bangunan sebab dulu...aku bercita-cita ingin menjadi
seorang arkitek. Kat Malaysia nii banyak tinggalan bangunan kolonial di zaman
British dulu...sangat cantik dengan gaya megah tersegam indah....salah satunya
bangunan yang menarik minat aku ialah Carcosa....
Masa
aku jejak kaki kat sini...bangunan ini telah dibiarkan kosong...aku kurang
pasti berapa lama. Bila masuk rumah ni memang menyeramkan tapi aku tak nak
layan sangat perasaan aku...tugas aku hanya nak ambik gambar jer hari nii.
Idea bagi membina bangunan ini bermula pada tahun 1896,
apabila Residen General Inggeris Pertama bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu,
Sir Frank Swettenham telah mencadangkan supaya sebuah rumah kediaman rasmi
dibina atas bukit menghala ke Jalan Damansara di tapak seluas 1.6188 hektar
berhampiran dengan bangunan Residensi.
Seorang jurutera Charles Edwin Spooner (C.E Spooner) pula
dilantik untuk menguruskan pembinaannya. Sebelum projek ini bermula, beliau
telah dilantik sebagai Pengurus Besar Kereta Api Tanah Melayu dan tempatnya
diambil alih oleh Arthur Charles Alfred (A.C.A Norman) seorang arkitek
British di Jabatan Kerja Raya Selangor. Pembinaan rumah ini menelan belanja
sebanyak $25,000.00 dengan keluasan 1.64 hektar.
Sir Frank Swettenham adalah orang pertama yang mendiami
rumah ini pada tahun 1901 dan diberikan nama “Carcosa” daripada perkataan Itali
yang bermaksud "tempat yang amat disayangi" mengambil
sempena daripada sebuah puisi Inggeris dalam buku “The King In Yellow”.
Rumah mewah dua tingkat ini bercirikan seni bina Tudor. Ia mempunyai siling tinggi, bilik tamu dengan dua bilik air dan tujuh bilik tidur yang dilenkapi balkoni. Turut disediakan ialah sembilan bilik air, ruang rehat, bilik makan, bilik bermain billiard, beranda dan anjung untuk minum pagi. Kemasan lantai di dewan utama dan bilik piano menggunakan jubin import dari India. Setiap tahun rumah ini diubahsuai dengan memodenkan struktur dan hiasan dalamannya kecuali binaan luaran. Antaranya menambah jumlah tangga, memasang alat pendingin hawa, menambah bilik air dan memasang pintu ayun di beranda.
Tapak
Carcosa dipilih sendiri oleh Frank Swettenham yang merupakan
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada ketika itu. Ia
dipilih kerana terletak di tanah tinggi dan menghadap satu kawasan
lombong yang kemudiannya dijadikan sebagai taman tasik (kini Taman
Tasik Perdana).
Carcosa
direka bentuk dengan memanfaatkan pemandangan semulajadi Kuala Lumpur. Ruang
anjung bilik tidur utama (master bedroom for Frank Swettenhem) menghadap
pemandangan Tasik Perdana, manakala anjung sarapan bagi bilik-bilik menghadap
pemandangan bukit-bukit hijau yang kemudiannya menjadi kawasan kediaman pegawai
kanan kerajaan Kenny Hill (Bukit Tunku). Dari arah pemandangan
bangunan ini juga dapat dilihat bangunan Parlimen yang dibina pada 1965.
Rumah ini pernah diduduki oleh Jeneral Jepun sewaktu
Perang Dunia Kedua dan selepas perang tamat, ia dijadikan bilik pegawai atasan
tentera British. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Y.T.M.
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama telah
menghadiahkan bangunan ini kepada kerajaan Inggeris untuk dijadikan sebagai
kediaman serta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Malaysia.
Bangunan ini telah terus digunakan sebagai kediaman rasmi
Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Malaysia sehingga diserahkan semula secara rasmi
kepada kerajaan Malaysia pada 31 Julai 1986, bersama gantian kawasan seluas 1.2
hektar di Jalan Ampang. Pada
1989, selepas Ratu Elizabeth II mendiami di Carcosa semasa
"Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel" (CHOGM), pentadbiran
Carcosa dan Istana Tetamu digabung untuk membentukkan apa yang kini
digelarkan "Carcosa Seri Negara".
Pada
tahun 1989, kerajaan membelanjakan RM20 juta untuk mengubahsuai Carcosa menjadi
hotel bertaraf antarabangsa. Hotel berusia lebih 109 tahun ini dilengkapi
dengan tujuh suite. Setiap suite dinamakan dengan nama negeri-negeri di
Malaysia. Pelbagai kemudahan sukan seperti kolam renang, gelanggang tenis
disediakan termasuk laluan joging.
Pengurusan Carcosa Seri Negara dikendalikan oleh Carcosa Sdn. Bhd. anak syarikat Landmarks Hotel and Realty Bhd. dan pengurus besarnya H R Steffan. Beliau yang memastikan ruang dalamannya dikekalkan dengan gaya Inggeris dengan perabot melambangkan kemewahan ala Victorian. Semua bilik diserikan dengan warna pastel dan terang. Lantai bilik mandi dikemaskan dengan marmar manakala kelengkapan lain seperti kepala paip disaluti emas.
Antara
tetamu yang pernah menginap di sini ialah Ratu Elizabeth II dan Putera Philip,
Perdana Menteri Pertama Kemboja, Putera Norodom Ranariddh, Raja Sepanyol, juan
Carlos I, Presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani, Perdana Menteri New
Zealand, Jim Bolger, Pemimpin Pertubuhan Pembebasan Rakyat Palestin (PLO),
Yasser Arafat, Maharaja Akhihito dan Maharani Michiko.
Namun bangunan ini telah terbiar....kalau tak salah aku disebabkan masalah status tanah dan hak penjagaan. Semoga isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya bangunan ini tidak terus usang tanpa penyelenggaraan rapi.
Sekian.
No comments:
Post a comment