Sunday, 2 October 2016

Book Review: Merantau Ke Deli - HAMKA


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,




Hai.. hari nii aku nak buat book review lagi. Setiap buku karya HAMKA memang tidak pernah menghampakan pembaca...walaupun buku ini dibaca berulang kali aku tetap tidak merasa jemu dengan jalan ceritanya amat meruntun kalbu.

Kalau korang jenis suka baca buku yang berkaitan kehidupan sebenar...korang boleh cuba baca buku nii...sebab kebanyakkan novel dipasaran banyak berkisarkan cerita fantasi dengan angan-angan yang indah. Kesetiaan seorang isteri (Jawa) yang sanggup bersusah payah diketepikan hanya kerana bukan "orang sendiri" (Minang). Cinta adalah penyatuan dua hati sehinggalah takdir berkata sebaliknya. Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.





Merantau Ke Deli mengisahkan tentang Poniem yang berkahwin dengan seorang pemuda berketurunan Minang bernama Leman yang juga merupakan seorang saudagar. Poniem meninggalkan sisi gelapnya untuk menjadi seorang isteri yang baik dan mereka berpindah ke Deli.

Kepandaiannya berniaga menjadikan hidup mereka semakin baik. Maka ketika itu sanak saudara mula la membuka mata dan mengaku saudara. Pelbagai usaha dilakukan supaya Leman dapat dijodohkan dengan Mariatun yang sama lembaga supaya duduk sama rendah, berdiri sama tingginya.  Leman akhirnya menikah lagi dengan Mariatun yang merupakan seorang yang cantik dan anak dara.




Seiring berjalannya waktu, poligami yang dilakukan Leman tidak lagi berjalan baik. Pertengkaran selalu berlaku antara Poniem dengan Mariatun kerana sikap Mariatun yang pemalas dan ingin berkuasa. Akhirnya talak tiga dijatuhkan kepada Poniem. Keluarlah Poniem dari rumah tersebut.

Poniem pun membawa nasib dirinya di tempat lain. Sebagai seorang wanita yang disisihkan, Poniem tidak menunjukkan rasa dendam yang mendalam kepada Leman dan Mariatun. Sikap wanita Jawa yang lembut ini digambarkan HAMKA dengan penuh perasaan.

Buku ini berkisahkan tentang dua adat yang sangat berbeza...pemilihan antara adat dan juga perkongsian hidup suami isteri. perjanjian hidup susah dan senang. Pengorbanan dan kesabaran. Memang menyedihkan cerita ini tetapi kesudahannya membahagiakan untuk diri Poniem.

Aku puashati baca buku ini kerana ceritanya tidak menghampakan...setiap kali aku baca...aku tak sabar nak tahu akan kesudahan cerita ini.... Walaupun bukunya nipis tapi pengisiannya amat padat. Aku suka-buku-buku macam nii.
 



Sekian.

No comments:

Post a comment