Wednesday, 12 October 2016

Book Review: Margasatwa... Kerana Cinta Dia Terus Hidup

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. macamana hari korang hari nii. Di harap ceria-ceria hendaknya. hari nii aku nak buat book review. Mesti ramai antara korang yang minat baca novel Kan!! Mood nak baca buku seram tiba-tiba datang...so aku pun beli laa novel Margasatwa nii.... Walaupun aku sebenarnya penakut dengan cerita-cerita seram. Dan aku mengambil masa yang agak lama gak untuk mula baca buku nii...tetapi bila dah mula, aku rasa tak boleh nak stop pulak sebab perasaan ingin tahu tuu sangat membuak-buak.

Mula-mula aku rasa pelik sebab penceritaan novel ini melibatkan banyak zaman/era...nak cakap
flashback...macam bukan. Aku jadi tertanya-tanya sebab tu aku teruskan membaca novel ni hingga ke penghujungnya. 
Novel ni tak la seram sangat dan menakutkan sebab ia berkenaan margasatwa (binatang yang hidup liar di hutan rimba). Walaupun begitu...ceritanya sangat menarik dan berkesinambungan...



Novel ini menceritakan tentang tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan yang hilang di Hutan Tasik Kenyir serta menyelami keindahan berlatar belakangkan Hutan Tasik Kenyir di Terengganu. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Tetapi anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan pun tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?

Selain itu ia juga berkisarkan tentang cinta yang tak kesampaian disebabkan perasaan hasad dengki sesama manusia dan sikap tamak manusia itu sendiri. Kerana cinta manusia sanggup melakukan apa saja walaupun menyalahi syariat agama Islam. Manakala novelis seram sepenuh masa iaitu Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah nekad untuk ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri pelajar-pelajar tersebut dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya.

Binatang apakah margasatwa ini?? Korang pasti akan tertanya-tanya kerana setiap kali aku membaca helaian novel ini aku ingin tahu jawapannya...Rupanya margasatwa ini adalah manusia yang telah menyembah iblis demi cintanya. Pengorbanannya itu sebagai syarat yang menyebabkan Margasatwa menjadi sangat kejam dan zalim supaya cinta hatinya dapat bersatu.



Antara watak dalam novel ni ialah Tamar, Tamrin, Melur dan Jaluk. Manakala di zaman moden pula kita akan berkenalan dengan Adi Putra, Shazzuana dan beberapa watak sampingan lain!

Andai selagi masih ada cinta di antara kita, alangkah indahnya hidupku...” – Adi Putra

Lelaki itu, amat sukar diselami hatinya. Dan apabila kita berjaya menyelami jauh ke dasar, sudah pasti kita akan larut ke dalam dan tidak mahu melihat permukaannya lagi. Ternyata riak luaran tidak sama dengan arus di lubuk hatinya ”– Shazzuana

Kau mungkin boleh memiliki jasadku, tetapi hatiku, batinku tetap milik cintaku, Tamar.- Melur.

So siapa sebenarnya Margasatwa ni? Adakah dia makhluk yang disumpah? Apa perkaitan Margasatwa dengan Adi Putra?? Bolehkah Margasatwa ini menjadi manusia semula?? Nak tahu selanjutnya korang kena la baca....

Novel ini banyak menerapkan unsur-unsur keagamaan, adat dan kebudayaan, jangan bersikap tamak haloba, jangan hasad dengki, persahabatan, kekeluargaan, kesetiaan, percintaan dan sebagainya. Jangan mudah berpaling dari jalan Allah dan sentiasalah memohon kepada Allah agar dilindungi daripada hasutan Iblis. Iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan anak Adam.

Novel ni berharga RM 27.90 dengan 656 halaman, memang tidak akan mengecewakan korang...Jalan ceritanya sering buat aku tertanya-tanya untuk mengetahui kisah seterusnya.....aku nak beli sambungan ceritanya Margasatwa 2 pulak...Novel ini antara yang terbaik pernah aku baca.

Sekian.

No comments:

Post a comment