Thursday, 13 October 2016

20 Cara Aku Menghepikan Diri Sepanjang Tahun...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

hai korang semua. Apa khabar hari nii. Semoga ceria-ceria hendaknya yea... Bagaimana korang ceriakan hari korang setiap hari.... Ramai yang terasa hidupnya bosan dan tidak bahagia.. tapi korang tahu tak, sebenarnya korang sendiri yang kena buat hidup korang hepi dan bahagia... Bukannya korang kena minta orang lain yang bahagiakan korang.

Ramai yang tidak tahu nak bahagiakan diri sendiri... walaupun korang single korang boleh jer cari keceriaan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan. Cara yang terbaik adalah korang buat perancangan dulu atau korang buat catitan dalam satu buku...apa yang korang suka dan apa yang korang tak suka. Apa yang korang nak lakukan sepanjang tahun 2016... Ini adalah cara-cara bagaimana aku menceriakan dan membahagiakan hidup aku....



Yang pertama: Aku minat membaca walaupun aku ada masalah rabun dekat dan rabun jauh tapi itu tidak menjadi masalah besar dalam hidup aku. Setiap bulan aku akan peruntukan dalam RM 100 untuk aku beli buku-buku kesukaan aku seperti buku biografi, novel seram, buku agama, novel hamka dan apa saja buku yang aku nak baca...

Ke dua: Aku suka mengambil gambar walaupun aku bukanlah pakar dan tak de asas langsung dalam bidang fotografi tapi yang penting aku rasa seronok dengan aktiviti begini. Kamera yang aku ada pun hanya kamera digital biasa.. bukannya kamera profesional macam Saiful Nang tuu... bagi aku gambar ni memberi memori yang indah untuk dikenang... terutama gambar bersama famili atau kawan-kawan. Skop gambar aku meliputi semua perkara yang aku minat. Ke mana saja aku pergi selalunya aku akan bawa kamera aku sekali tetapi sekiranya tiada.. Aku guna kamera handphone jer. Aku tak suka kamera besar sebab berat nak bawa.


Ke tiga: Melancong juga merupakan aktiviti yang sangat mengembirakan aku sebab aku dapat menimba banyak pengalaman di tempat orang. Tak kira laa dalam Malaysia atau pun di luar negara. Melihat cara kehidupan masyarakat sesuatu tempat... kebudayaannya... makanannya.... rekabentuk bangunannya dan sebagainya laa... Setiap tahun aku akan plan untuk melawat 1 negara luar yang aku dan kawan-kawan target nak pergi. Aku akan mula menyimpan sedikit demi sedikit mengikut budget yang telah dirancang. Perancangan mesti dibuat setahun sebelum pergi supaya kewangan aku dapat direncanakan dengan baik.

Ke empat: Shopping.. perempuan memang suka shopping. Jangan pulak korang shopping main ikut bedal jerr...duit banyak mana pun memang tak cukup. Setiap bulan aku akan plan...apa yang aku nak beli. contohnya... gaji bulan september aku nak beli 2 helai t-shirt so aku akan beli itu jer. Yang mana aku rasa lebih memerlukan. Gaji bulan oktober aku beli seluar pulak. Aku peruntukan shopping bulanan dan shopping tahunan.

Shopping bulanan... benda keperluan yang aku nak beli setiap bulan. Shopping tahunan pula... duit yang aku simpan selama setahun yang akan aku gunakan untuk membeli barangan yang aku suka sebagai hadiah/bonus kepada diri sendiri...(pencapaian yang aku dah lakukan dalam tahun lepas) kiranya macam reward untuk diri sendiri laa.. mungkin aku akan beli barangan yang mahal dan berjenama yang aku suka seperti fossil, cath kidston, guess, victoria secret, kate spade dan lain-lain. Aku suka hadiahkan diri aku jam tangan, handbag, minyak wangi, purse, tablet, kamera dan sebagainya bagi kegunaan seharian.



Ke lima : Selain itu aku juga selalu mengikuti aktiviti lasak yang menyeronokkan seperti jungle tracking dan panjat bukit/gunung. Disebabkan kesihatan aku yang tidak megizinkan sejak tiga tahun ini aku terpaksa lupakan sementara waktu aktiviti sebegini walaupun hati aku meronta-ronta ingin turut serta...tapi apakan daya...

Ke enam : Aktiviti sukan atau riadah... Aku memang kaki bangku dalam sukan tapi kalau setakat nak main badminton atau jogging... aku tak de masalah nak buat. Boleh juga untuk lakukan riadah dalaman seperti bermain congkak, batu seremban dan main monopoli. Ini juga dikatakan aktiviti sihat sebab kita main beramai-ramai dengan famili atau kawan-kawan. Kalau korang minat main futsal, memancing dan bowling.. boleh jer korang buat aktiviti sihat sebegini.

Ke tujuh: Sekarang ada Adult Colouring Book yang boleh korang jadikan aktiviti masa lapang yang menceriakan. Aku minat melukis tetapi kesibukan masa membuatkan mood aku terbatas... jadi untuk meneruskan minat aku dalam drawing nii... aku mengasahkan bakat aku semula dalam Adult Colouring Book... Memang seronok kalau kita ada kawan-kawan yang turut sama dalam aktiviti macam ni.



Ke lapan: Aktiviti wajib bersama keluarga. Masa ni laa semua diwajibkan berkumpul. majlis sambutan hari jadi abah atau emak. Untuk menceriakan majlis tersebut...tugasan akan diberikan kepada setiap orang/adik beradik seperti tukang menyediakan makanan, tukang bancuh air, tukang sediakan goodies, tukang hias dan sebagainya. Aku juga selalunya akan berikan tema untuk sesuatu majlis tersebut... selalunya tema warna jer laa seperti hijau, merah, putih dan lain-lain sebab aku tak nak membebankan setiap individu. Terutama sekali yang mempunyai anak ramai.


Setelah upacara memotong kek dan makan beramai-ramai.. aktiviti last yang paling wajib dilakukan adalah mengambil gambar di photobooth yang telah disediakan. Selalunya tugas aku laa yang menyediakan photobooth dan goodies. Aktiviti ini dah 5 tahun aku buat. Tujuannya supaya semua dapat berkumpul dan bergambar kenangan bersama abah dan mak. Bila mereka dah tiada.. gambar-gambar inilah yang dapat memberi kenangan manis untuk dikenang. Di mana arwah abah aku telah pergi meninggalkan kami semula pada tahun lepas... gambar nii la pengubat rindu kami semua pada arwah abah.



Ke sembilan: Aktiviti riadah, lawatan dan jalan-jalan. Selalunya aktiviti ini tak perlukan perancangan yang panjang.. selalunya last minit punya plan. Aku dan famili aku pernah pergi Cameron Highlands untuk berkelah makan tengahari di Tanah Rata.. kat kawasan taman bunga. Pagi kami bertolak ke Cameron Highlands..tengahari sampai, kami bentang tikar..makan ramai-ramai (berkelah) selesai makan kami bergerak pulang. Tak perlu budget yang besar pun sebab kami bawa makanan dari rumah.

Adik ipar aku juga rajin buat plan macam nii... kami pergi ke Taman Tema atau Hot Spring untuk beriadah dan mandi-mandi. Yang penting anak-anak hepi dan aku dapat rehatkan minda. Aku juga kadang-kadang suka ronda sorang-sorang atau ajak adik aku gi pusing-pusing sekitar Ipoh. Kami pergi tengok dan bergambar di Art Street kat Pekan Lama Ipoh... atau gi bersantai di Gunung Lang... atau gi lepak kat Lumut.. atau gi balik kampung lawat saudara-mara serta sepupu. Atau kami akan pergi lihat pameran di muzium-muzium atau ke Zoo Taiping.

Kalau di Melaka.. hubby aku selalu bawa aku gi lepak kat Pantai Kundur atau Pantai Klebang.. atau aku juga pernah gi melawat ke Makam Hang Tuah yang berhampiran dengan rumah mak mertua aku. Adik ipar aku yang lagi sorang tuu.. suka gi ronda-ronda tengok rumah tradisional Melaka atau barang-barang antik. Itu semua buat dia rasa hepi.

Selain itu aku juga hepikan diri aku dengan gi try makanan yang best-best untuk dimakan... contohnya kalau kat Ipoh aku suka try dim sum dan makan mi kicap. Kat Kuala Kangsar, aku try laksa telur sarang. Kat Melaka.. aku try coconut shake, assam pedas dan mi bodoh. Kat Terengganu, sata dan Nasi Dagang... Kat Kelantan Nasi Kerabu. Apa saja makanan halal yang popular kat setiap tempat tuu.. aku akan cuba rasa. Rugi kalau korang tak rasa..


Ke sepuluh: Memasak juga boleh membuatkan seseorang rasa hepi seperti BFF aku. Bagi aku... aku hepi nak cuba resepi-resepi yang best untuk dimakan. Bertambah hepi bila ada yang tukang makan dan menghabiskannya... masakan yang aku kerap buat.. Nasi Briyani, Nasi Hujan Panas, Nasi Beringin, Laksa Sarawak, Lontong, Soto Nasi, Mi kari, Mi Bandung, Kuih Puteri Ayu, Kek Coklat dan Apam Polkadot. Aku nii tak laa pakar masak tapi minat juga nak mencuba.

BFF aku boleh menjana pendapatan bersih sampingan sehingga RM 5 ribu hanya dengan membuat dan menjual biskut raya buatan sendiri di bulan puasa. Dia buat sorang-sorang jer tanpa pembantu. Hebat kan!!



Ke sebelas: Mengemas rumah. Aku memang suka mengemas rumah dan aku rasa hepi bila lihat rumah aku bersih serta kemas. Walaupun rumah aku bukan laa rumah bungalow tapi umpama syurga buat aku ada tempat untuk berteduh. Rumah aku jenis semi D berkembar... yang aku beli pada penghujung tahun 2006. Hiasan rumah pun belum lengkap lagi... Minat mengemas ini memang sejak aku anak dara lagi. Mengecat rumah pun aku lakukan sendiri. Aku minat dengan konsep resort dan tropikal.. supaya aku rasa tenang dan damai bila berada di rumah.



Ke dua belas: Mengait merupakan hobi bagi mengisi masa lapang aku sambil menonton tv. Dah banyak juga yang aku kait... antaranya sarung kotak tisu, alas meja dan chairback. Minat ni bermula di zaman remaja lagi dan aku belajar sendiri tanpa tunjuk ajar daripada sesiapa. tetapi kini dah banyak jugak buku-buku mengait yang aku beli untuk dijadikan panduan.



Ke tiga belas: Menonton wayang atau tv. Jika mempunyai masa terluang aku akan pergi menontong wayang filem-filem terbaru dan best. Selalunya wayang ni aku tonton dengan hubby aku. Dah hampir 10 bulan jugak aku tak pergi menonton kerana kesuntukan masa. Jadi aku akan download filem best di youtube untuk aku layan masa cuti hujung minggu. Aku sukakan action movie... atau mungkin juga horor movie. Ikut laa pada mood aku hari tuu nak layan genre apa. Semua filem pun aku layan...baik Korea.. Hindustan...Tamil... Inggeris... Indonesia.. dan sebagainya..janji cerita tu best dan berikan moral yang baik. 



Ke empat belas: Berkebun dan menanam pokok bunga memang buat aku hepi... Apatah lagi kalau pokok yang ditanam tu mengeluarkan hasil dan bunga. Aku suka tanam pokok cili sebab aku suka makanan pedas. Pokok bunga kertas dan bunga raya yang berbunga besar macam bunga ros tuu.. aku jadikan hiasan di halaman rumah. Selain itu aku juga suka tanam pokok helicornia. Memang hepi bila tengok bunga-bunga mekar berkembang. Cantik dan berseri halaman rumah...hik..hik...hik...


Ke lima belas: Menjahit juga boleh membuatkan aku hepi.. selain itu menjahit juga boleh berikan pulangan modal yang menguntungkan. korang boleh buat bisnes kalau pandai menjahit. Aku ni tak laa pandai sangat.. Kalau setakat nak jahitan yang simple boleh laa. Langsir rumah aku..aku jahit sendiri. Jimat duit kan! Bukan murah tau kalau hantar orang untuk upah jahit langsir... mahu beratus terbang.

Aku teringin nak belajar jahit baju kurung atau kurung moden.. cuma masa tak mengizinkan lagi. InshaAllah suatu hari nanti. Boleh gak jahit baju sendiri...



Ke enam belas: Menulis Blog. Aku dah lama nak menulis blog nii...cuma aku tak tahu bagaimana caranya. Apa pun aku cuba jugak menulis... tujuan aku hanya nak kongsi bahan dan gambar-gambar yang aku ada supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada yang berminat nak baca blog aku nii. Orang kata sharing is caring... dapat gak aku sikit pahala... Kalau korang minat menulis.. cuba la menulis di blog yang dapat dikongsi untuk kebaikan semua. Mana tahu satu hari nanti korang boleh jadi penulis buku novel pulak!



Ke tujuh belas: Lepak bersama kawan-kawan. Keluar gi minum atau makan dengan berbual serta bertanya khabar. Memang best kan kalau dapat lepak dengan BFF tapi bagi yang berkahwin tuu jangan buat selalu... kena limitkan. Tengok pada keperluan famili korang... kalau yang ada anak kecik dan ramai pulak tuu.. memang susah laa kena la berkorban untuk famili atau mungkin jugak BFF korang boleh bertandang ke rumah. Bagi yang single.. setiap minggu boleh jer keluar tapi kena pandai bahagikan masa antara kawan-kawan dan ibu bapa. Macam aku... aku hanya dapat jumpa BFF aku 2 kali setahun sebab jarak dan masa.



Ke lapan belas: Belanja famili makan kat luar. Setiap rezeki yang ada aku selalu kongsi dengan famili aku...dan famili mertua. Makan besar atau makan kecil tak menjadi isu... ikut kepada kemampuan sendiri. Selain itu..orang kata ubah angin. Mungkin boleh makan kat area pantai dan sebagainya. Atau pun nak try makanan Barat, Jepun, Korea, Chinese dan lain-lain.. ikut pada selera korang.



Ke sembilan belas: Jadi sukarelawan dan membantu pada yang memerlukan. Ada yang join dengan askar wataniah, polis bantuan, sukarelawan bomba, NGO dan sebagainya. Bila kita membantu orang lain.. hati kita rasa bahagia dan bersyukur. Aku sendiri terlibat dengan aktiviti menderma darah. Setiap tahun aku target 3 kali aku akan menderma. Tapi tuu laa kita yang merancang...Allah yang menentukan. Buat masa ini aku hanya berpeluang menderma darah sekali jer setahun disebabkan kesihatan selalu tidak mengizinkan.



Ke dua puluh: Membuat kraftangan. Pelbagai jenis kraftangan boleh dilakukan bagi menjana pendapatan tambahan. Adik aku sendiri mengait sarung botol air... membuat bantal daripada kain felt... membuat tempahan hantaran...tempahan hari jadi dan sebagainya. Dulu aku juga terlibat dengan aktiviti membuat kraftangan daripada kain felt dan benang kait. Setiap bulan aku boleh dapat dalam RM 150 pendapatan tambahan. Lagi pun aku buat hanya untuk suka-suka... tak serius pun! Sebab kerja aku tak tentu masa. Bagi yang serius mungkin boleh dapat lebih daripada itu. Ramai kawan-kawan dan sepupu aku yang membuat kraftangan kain felt nii.



Ini adalah 20 aktiviti yang aku selalu lakukan dengan rasa hepi dan bahagia. Aku tak perlukan orang lain untuk buat aku rasa bahagia.. Bahagia datang daripada diri aku sendiri. Ada banyak cara nak buat diri sendiri hepi tapi mesti dengan cara yang betul serta tidak membazir serta menyusahkan orang lain. Aktiviti ni semua bukan aku lakukan serentak.. aku buat mengikut kesesuaian dan mood aku pada masa itu. Aku boleh pilih laa mana yang aku nak buat pada minggu nii.

Memang bertuah kalau dapat berkongsi minat yang sama dengan orang yang tersayang. Berilah yang terbaik untuk diri korang sendiri kerana kita hidup ini hanya sekali. Jangan sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Aura positif dan ceria yang terhasil daripada diri korang akan buat wajah korang lebih berseri dan lebih muda. Macam aku... jangan jelos... haa...haa...haa....

Sekian.

No comments:

Post a comment