Monday, 31 October 2016

Masjid Tertua Berusia Lebih 300 Tahun...Masjid Kampung Laut

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Hari nii aku nak bawa korang ke negeri Cik Siti Wan Kembang sebab aku nak citer tentang sebuah masjid yang sangat bersejarah...iaitu Masjid yang sangat-sangat cantik dan tertua di Malaysia ialah Masjid Kampung Laut. Masjid ini akan buat korang kagum dari segi senibinanya mahupun penceritaan sejarahnya... Ketika aku pertama kali menjejak kaki ke sini.... terlalu asyik dan terpukau aku melihat masjid ini. Rasa macam tak percaya jerr kat malaysia nii adanya masjid sebegini rupa yang sangat-sangatlah cantik...bentuk masjid ini mempunyai tujuh tingkat yang menyerupai tujuh tingkat pada sekuntum bunga teratai.


Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam puri berhadapan dengan Akedemik Pengajian Islam Universiti Malaya Kampus Cawangan Kelantan iaitu 20 km dari pusat Bandar Kota Bharu.


Masjid Kampung Laut ini dipercayai merupakan sebuah masjid yang tertua di Malaysia. Usia masjid ini dianggarkan melebihi 300 tahun dan turut dikaitkan dengan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara pada abad ke-17 Masihi. 

Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut ini juga turut disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara, seangkatan dengan Masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand serta Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja). Rekabentuknya yang unik dan pembinaan asalnya yang tidak menggunakan sebarang paku mempunyai ciri-ciri persamaan dengan dua buah masjid lama yang terdapat di Pulau Jawa iaitu Masjid Demak dan Masjid Peringgit.


Adalah dipercayai masjid ini dibina dalam abad yang ke-18 oleh sekumpulan alim ulamak yang sedang dalam pelayaran ke Pulau Jawa. Sehingga 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini telah rosak akibat banjir besar yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967.


Menyedari bahaya yang mengancam keberadaan masjid ini Pemerintah Kerajaan Negeri Kelantan berencana memindahkan masjid ini ke tempat yang lebih aman dari terpa’an banjir. Kemudian tahun 1968 Masjid Kampung Laut di bongkar dengan hati hati bagian per bagian lalu dipindahkan ke lokasinya yang sekarang di dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Malaya Islamic University), Nilam Puri, di Kota Baru. Proses pemindahan kemudian dilanjutkan dengan melakukan perbaikan terhadap keseluruhan bangunan masjid.


Keseluruhan proses pemindahan dan pembangunan kembali tersebut selesai tahun 1970 menghabiskan dana sebesar RM 16.850 ringgit Malaysia. Pada tanggal 8 Mei 1970 diselenggarakan upacara serah terima Masjid Kampung Laut dari Ketua Persatuan Sejarah Malaysia, Hamdan bin Sheikh Tahir kepada pemerintah Kelantan dibawah pemerintahan Menteri Besar Kelantan Datuk Asri Muda.


Menurut cerita lisan, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta-merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.

Masjid yang asal bukannya seperti apa yang korang lihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. 

Pada peringkat awal, masjid ini didirikan secara paling asas iaitu dengan empat batang tiang beratapkan daun nipah. Ianya terus berkembang selari dengan perkembangan Bandar Kampung Laut yang terkenal dengan bandar perniagaan yang pesat membangun pada akhir abad ke 18, 19 dan awal abad ke-20. Kemuncak kemahsyuranya berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II, tahun masihi 1859 hinggalah ke zaman Sultan Muhammad IV. Semenjak daripada tarikh pembinaannya sehingga tahun 1966, masjid ini telah digunakan sebagai tempat tumpuan untuk beribadat oleh penduduk sekitar Kampung Laut. 


Masjid ini telah menjadi persinggahan alim ulama di Nusantara. Ianya telah diperbesarkan dengan mengadakan bumbung bertingkat tiga, serambi, menara, balai-balai, kolah, loteng dan lain-lain lagi. Tiang yang asalnya 4 telah ditambah menjadi 20 batang kayu cengal yang besar dan lantainya juga daripada kayu cengal yang tebal dan besar. Binaan tambahan ini menggunakan teknik ‘ Tebuk Pasak ‘ yang amat unik. Ia dibina menggunakan kayu tetapi tidak memerlukan sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya pula digantikan dengan atap genting.


Menurut beberapa catatan sejarah ditulis oleh penduduk tempatan, masjid itu dibina pada zaman pemerintahan Raja Kelantan yang bernama Long Yunus pada abad ke 18.

Pada asalnya, tapak Masjid Kampung Laut terletak agak jauh dari tebing Sungai Kelantan.  Namun, setiap kali musim banjir, tebing sungai mengalami hakisan, terutama pada dua banjir besar yang melanda Kelantan iaitu pada Disember 1926 atau lebih dikenali Bah Air Merah dan banjir pada Disember 1966. 

Akibat hakisan yang berterusan, tapak masjid ini terhakis sehingga sebahagian bangunan masjid hampir dihanyutkan oleh air sungai. Kerosakan Masjid Kampung Laut telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam di negara ini khususnya ahli-ahli sejarah. Hasilnya satu cadangan dikemukakan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelamatkan masjid lama ini. Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju dengan cadangan untuk memindahkan bangunan Masjid Lama Kampung Laut ke tanah milik Yayasan Islam Kelantan di Nilampuri.


Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) yang ketika itu diketuai Tun Hamdan Sheikh Tahir (bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang) telah mencadangkan agar bangunan bersejarah ini dipindahkan ke tapak lain.  Langkah itu penting bagi menyelamatkan satu warisan negara yang tidak ternilai daripada musnah. 

Kerajaan Negeri Kelantan telah memilih sebidang tanah milik Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri sebagai tapak baru bagi mendirikan semula Masjid Kampung Laut. Pada bulan November 1968, bangunan Masjid Kampung Laut telah dibina semula di Nilam Puri. Kerja tersebut dilakukan oleh kontraktor Hussein Salleh,  di bawah seliaan Zain Awang Kechik yang juga melibatkan tukang rumah terkenal di Kelantan.

Kos perpindahan dan pembinaan semula masjid ini berjumlah RM16,825 yang ditanggung sepenuhnya oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Pada tanggal 08 Mei 1970 (23 Rabiul Awal 1389), Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir bagi pihak pihak Persatuan Sejarah Malaysia telah menyerahkan kembali Masjid Lama Kampung Laut dan dengan rasminya kepada Y.A.B. Dato’ Haji Mohd Asri bin Haji Muda, Menteri Besar Kelantan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan.


Masjid ini telah dibina semula mengikut reka bentuk yang asal dan menggunakan semua bahan lama seberapa boleh.  Walau bagaimanapun, hanya pada bahagian ibu masjid saja yang dapat didirikan semula tanpa adanya balai dan juga menara. Ini disebabkan pada masa tersebut, tiada satu gambaran tepat tentang bentuk bangunan lain sebagai panduan, selain kekangan mendapatkan khidmat tenaga pakar dan faktor kewangan untuk mendirikan seluruh kompleks masjid ini mengikut bentuknya yang  asal. 

Ketika di tapak asal, Masjid Tua Kampung Laut mempunyai lantai papan yang ketinggiannya hampir dua meter dari aras tanah.  Ketinggian itu dikurangkan menjadi hanya kira-kira 1.37meter ketika dibina semula di Nilam Puri.

Kemashyuran reka bentuk Masjid Tua Kampung yang unik telah menjadi satu lambang kemegahan rakyat Kelantan.  Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek) menirus ke atas, buah butong dan menora adalah gambaran keunggulan Masjid Kampung Laut.



Penampilan bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek/bertingkat) menirus ke atas, buah butong dan menorah adalah lambang keunggulan Masjid Kampung Laut yang sekaligus menyemarakkan lagi keagungan Islam di Kelantan. Terdapat banyak bangunan kerajaan menerapkan identiti masjid ini dengan mengaplikasikan rekabentuk bumbung bertingkat tiga lapis dan buah butong seperti bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Menteri Besar dalam Kota Darul Naim, bangunan Majlis Agama Islam Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Pembinaan masjid ini menggabungkan banyak unsur-unsur seni dan falsafah keagamaan pada bentuk senibinanya. Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah ketuhanan. Lapisan bawah diibarat penuh dengan kekotoran, makin ke atas semakin bersih akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari sebarang bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T. Kemahsyuran rekabentuk Masjid Kampung Laut yang unik telah menjadi suatu lambang kemegahan rakyat negeri Kelantan. 

Pada tahun 1988, sekali lagi Masjid Kampung Laut ini telah dilakukan kerja-kerja dibaik pulih. Kerajaan Negeri telah mengadakan kutipan derma dan sumbangan daripada orang ramai. Hasilnya, pada bulan Februari 1988, kerja-kerja baikpulih seperti membina menara, serambi besar, serambi kecil, balai lintang wakaf orang kaya, tandas lelaki dan perempuan, kolah, tangga, elektrik dan bekalan air dapat dilakukan.


Kayu yang digunakan adalah kayu cengal dan jendela yang rosak serta bata-bata (atap) diganti baru. Keadaan Masjid Kampung Laut menjadi sama seperti yang terdapat di Kampung Laut pada zaman kegemilangannya dahulu. Bermula dari tahun 1999 hingga kini, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan kerjasama dan bantuan kewangan daripada Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia telah mengadakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pengindahan Masjid Kampung Laut dan kawasan perkarangannya.

Sekarang ini kawasan Masjid Kampung Laut kelihatan lebih menarik apabila persekitarannya kini dihiasi dengan landskap yang cantik dan beberapa kemudahan lain untuk pengunjung. Masjid ini sering menjadi tempat kunjungan ahli sejarah dan mereka yang meminati seni bina lama.

Pada Jun 2000, pengendalian dan penjagaan fizikal masjid itu diserahkan kepada pentadbir Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS).

Masjid Tua Kampung Laut digunakan sebagai tempat bersembahyang berjemaah lima waktu dan kelas agama. Sembahyang Jumaat tidak diadakan di situ memandangkan ianya tidak diiktiraf sebagai masjid mukim.

Masjid ini sentiasa terpahat dan menjadi memori indah dalam hidup aku kerana senibinanya yang sangat cantik menawan sanubariku sampai bila-bila.


Sekian.

Book Review: Margasatwa 2... Kerana Dendam Dia Kembali

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar mu di sana... Disebabkan aku tengah giler baca buku novel sekarang nii... so aku nak buat review tentang sebuah novel yang sangat best nii. Selepas aku habis membaca novel Margasatwa 1.... tak sabar pulak aku nak memiliki novel Margasatwa 2 ini yang merupakan kesinambungannya. Jalan cerita novel pertama aku dah rasa best... rupa-rupanya yang ke dua lagi laa best!! Lebih thriller dan mendebarkan...

Novel ini masih berkisahkan tentang Margasatwa yang menjadi makhluk menyeramkan kerana sumpah dan perjanjiannya dengan sang iblis, Namtar. Kali ini Margasatwa ditangkap oleh pemburu upahan yang kemudian dibawanya ke Kuala Lumpur untuk dibuat kajian oleh Profesor Razali. Profesor Razali ingin menggabungkan DNA Margasatwa dengan manusia supaya makluk ciptaannya nanti memiliki sifat ganas, menggerunkan dan mempunyai tenaga yang luar biasa seperti Margasatwa. Ezuan sanggup dirinya untuk dijadikan ujikaji Profesor Razali.



Dalam masa yang sama jugak... anak Profesor Razali yang bernama Aisya seorang Penolong Kurator telah membawa patung puteri beradu (Melur) untuk dipamerkan di Muzium Negara. Aisya juga mengalami beberapa kejadian aneh dan juga sering pengsan disebabkan patung puteri beradu ini.

Ujikaji yang dilakukan ke atas Margasatwa telah memulihkan kembali makhluk ini seperti asalnya menjadi Tamar semula dan Ezuan menjadi makhluk seperti Margasatwa. Namtar juga tidak mati dan masih lagi hidup serta memerlukan jasad untuk memulihkan kuasanya semula. Keselamatan Adi Putra dan anak tunggalnya, Saif berusia 10 tahun kini menjadi taruhan selepas kehadiran Namtar yang masih mempunyai dendam ingin menghancurkan seluruh keturunan Tamrin yang masih hidup. Adi Putra terpaksa mengikut perjanjian Namtar demi keselamatan anaknya Saif dengan menyerahkan jasadnya.



Penghujung cerita novel ini memang menyedihkan kerana Saif terpaksa menikam jantung ayahnya Adi Putra bagi membunuh Namtar yang menumpang di dalam jasad Adi Putra.

Ceritanya juga tak terjangkau dek akal menyebabkan aku terlalu kusyuk membacanya untuk mengetahui cerita selanjutnya. Memang susah nak agak jalan cerita seterusnya. Ternyata Saidee Nor Azam ini pandai bermain dengan unsur suspen dan juga peredaran zaman. Bahasanya juga mudah untuk difahami. Aku difahamkan, novel Margasatwa 2 ini lebih laju jualannya berbanding Margasatwa pertama. Ini kerana Margasatwa ke 2 mengabungkan aksi, thriller dan juga seram.

Tak menyesallah beli buku ini dengan harga RM 27.00 dengan 640 halaman. Novel ini diterbitkan pada 25 Jun 2015. Aku bagi 4 setengah bintang.

Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea

Kerja.... Kerja.... Tekanan Kerja Boleh Memudaratkan Diri Sendiri...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua.... Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang tiga orang kawan aku yang mengalami tekanan kerja disebabkan terlalu giler bekerja...melalui pemerhatian aku sendiri.... daripada sudut pandangan yang positif. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi demi kebaikan semua... Entri aku bertajuk kerja..kerja...Tekanan Kerja boleh Memudaratkan Diri sendiri.

Selagi kita yang bernama manusia ini hidup kita perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi dan juga untuk memenuhi keperluan hidup kita dan juga keluarga. Tak kira laa... kerja kita tuu jawatan kecik atau besar. Yang penting kita rasa hepi, selesa dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah SWT.



Ok laa... sebenarnya kita kena tahu cara untuk menguruskan kerja kita..
Aku tahu ramai yang workerholic ... aku jugak macam tuu dulu... zaman aku muda-muda. Aku seorang yang suka explore dan suka menambah ilmu pengetahuan. Aku kerja office hour... 8 pagi hingga 5 petang. Sabtu dan Ahad aku memang cuti.

Setiap hari memang ada saja kerja yang aku kena buat terutama sekali laporan pemeriksaan... kerja sememangnya tak akan habis selagi kita hidup. Jadi aku akan balik selepas jam 5 petang.. selewat-lewatnya 5:30 petang. Kecuali sekiranya ofis aku ada buat program atau event dan sebagainya yang memerlukan aku stayback (kerja lebih masa).

Sebab waktu kerja aku hanya sehingga pukul 5 petang. Selepas jam 5 petang adalah waktu untuk aku melakukan aktiviti aku sendiri. Waktu untuk aku buang segala stress kerja aku.
  • Kes satu...Aku lihat ada kawan-kawan aku yang terlalu workerholic...kerja sehingga malam... yang menyebabkan kesihatan mereka sendiri terganggu. Dah laa stress dengan boss... kerja pulak macam-macam arahan. Ada kawan-kawan aku yang baru masuk kerja 2, 3 tahun dah dapat penyakit darah tinggi yang memerlukan mereka makan ubat setiap hari dan setiap bulan... umur baru jer awal dan pertengahan 20an. Belum pun masuk umur 30... dah kena tahan kat wad 2 minggu. Kat dalam wad pun boss still bagi arahan kerja... Hidup yang macam nii ke korang pilih nak hadapi setiap hari hingga korang pencen (bagi yang kerja kerajaan macam aku).
Kalau macam nii laa..aku rasa tak sempat nak pencen...dah meninggal atau kena strok. Sebab tuu jangan terlampau workerholic sangat.. kerja memang banyak dan tak kan habis-habis... bebanan kerja melampau yang terpaksa dibuat dan kadang-kadang kena buat kerja bahagian orang lain boleh menyebabkan masalah kesihatan dan tekanan jiwa.



Bila jatuh sakit.. aku lihat kebajikan tak dijaga pun!! tanggung laa sorang-sorang. Ada yang dinasihatkan pencen awal dan ada yang ditamatkan kontrak serta-merta. So siapa yang harus dipersalahkan dan pertanggungjawabkan?? Diri sendiri kan!!
  • Kes ke dua... ada dua orang kawan aku yang sering sakit kepala... mula-mulanya dia ingatkan sebab selalu mengadap pc untuk membuat kerja... sebabkan tak tahan sakitnya berlarutan, kawan aku ni pun pergilah berjumpa dengan doktor. Bila doktor buat ujian stress.. terkejut sungguh doktor kerana markah kawan aku ni tinggi...so doktor bagi 2 hari cuti rehat dan ubat stress untuk dimakan. Kawan aku ni stress dengan boss kat tempat kerja yang suka meroyan tak tentu pasal.

Sehinggakan nak datang kerja pun rasa fobia... korang rasa camna? Kerja memang best tapi bossnya pulak yang tak best!!
  • Kes ke tiga... ada kawan aku ni dah sarat mengandung tetapi still buat kerja hingga lewat malam sebab dia menjaga urusan Ketua Pengarah. Langsung dia tak perduli akan kesihatan dia dan anak dalam kandungannya. Checkup pun dia tak pergi... sb katanya banyak kerja. Nak dijadikan cerita... dia jatuh pengsan..mungkin sebab keletihan dan tak cukup rehat. Kepalanya terhentak kat lantai dan mengalami pendarahan dalaman. Dia koma dan terpaksa melalui dua pembedahan diotaknya bagi membuang darah beku. Setelah sedar dari koma...dia tak ingat siapa diri dia sendiri...(hilang ingatan). Umur kawan aku nii baru jer pertengahan 20an. Kontraknya terpaksa dibatalkan. Walaupun keadaannya beransur pulih tetapi ingatannya masih lambat. Dirinya sendiri pun tak dapat diuruskan dengan betul dan terpaksa keluarganya yang menguruskannya. Memang aku sangat sedih dan kesian dengan nasib yang menimpa kawan aku ni.. semoga dia terus tabah menghadapi ujian ini.

Itu adalah sebahagian kes yang kawan-kawan aku hadapi akibat stress kerja dan workerholic.



Kerja...kerja jugak!! Tapi kesihatan kena jaga... sebab kesannya pada diri sendiri dan juga ahli keluarga dan mungkin memakan masa yang panjang atau seumur hidup kena hadapi. Pergerakkan juga jadi terbatas.

Aku anak sulung.. tanggungjawab aku sangat besar. Kalau aku sakit... bagaimana dengan famili aku... siapa yang nak sara hidup famili aku. Yang ada anak... bagaimana dengan kebajikan anak-anak?

Oleh itu hargailah masa... terutama dengan keluarga. Kerja memang tak akan habis... Selepas waktu kerja...spend masa pula untuk keluarga tercinta. Agar hidup kita lebih bahagia dan sihat. Famili bahagia...kita pun turut rasa bahagia. Sebab famili sentiasa bersama di sisi kita untuk selama-lamanya.

Sekian.

Kota Lama Duyong Diikhtiraf Sebagai Keajaiban Seni Bina Di Terengganu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang... Apa khabar semua? Jom ikut aku lagii kita pergi ke Terengganu untuk melihat kota bersejarah. Aku teruja bila pertama kalinya aku lihat permandangan Kota Lama Duyong ini... Keindahan senibinanya tak perlu disangkalkan lagi. Tukang kayunya memang sangat hebat... kagum aku dengan tukang-tukang kayu zaman dahulu yang hanya menggunakan peralatan asas bagi membina sesebuah rumah apatah lagi kota.

Kota Duyong Lama ni.... terletak di Duyong Kecil, Pulau Duyong iaitu kira-kira 7 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kota Lama di Pulau Duyong Kecil, Terengganu ini terletak agak tersembunyi di celah rumah-rumah di pulau berkenaan.

Dahulunya, kawasan ini terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Satu kawasan pendapan baru juga telah dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar tahunan.



Untuk datang ke sini korang kena melalui jambatan Sultan Mahmud dahulu dan masuk ke simpang Duyong. Untuk mencari Kota Duyong Lama ni, lebih mudah kiranya korang melalui jalan baru ke Ri-Yaz Heritage dan seterusnya ikut ke perkampungan Duyong. Kota Duyong Lama ni terletak bersebelahan dengan surau.

Daripada catatan sejarah Pulau Duyong, aku dapati yang Pulau Duyong dahulunya merupakan penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong (1802-1889) yang disegani oleh pihak istana dan juga rakyat.




Daripada tulisan tugu tanda Kota Lama Duyong ini mencatatkan :


Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira tujuh kilometer dari Pusat Bandar. Kota Duyong mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambungan dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian. Reka bentuknya mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu. Bangunan (rumah) ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan dihias ukiran sobek di sekeliling beranda.”



Kota Lama Duyong adalah peninggalan rumah lama yang berada dalam kawasan yang dipanggil 'kota'. Kota Lama Duyung ini telah dibina dalam tahun 1919 dan siap pada tahun 1920 oleh Dato' Biji Sura (Nik Muhammad Bin Hitam) yang merupakan seorang Hakim. Tukang yang ditugaskan membina kota ini terdiri daripada bangsa Melayu dan Cina Singapura.

Di dalam rumah inilah diadakan kelas belajar agama dan tempat belajar mengaji Al-Quran pada masa dahulu. Dipercayai bahan yang digunakan untuk membina bangunan Kota Lama Duyong ialah batu bata, namun begitu sebahagian besarnya terdiri daripada madu dan putih telur. Putih Telur digunakan sebagai pengganti simen dan ianya digunakan bersama pasir, madu, batu kecil serta tanah liat.



Ianya mempunyai 9 bumbung utama yang bersambung-sambung dengan bahagian lain seperti bahagian dapur, bilik mandi, berenda. Reka bentuknya seumpama Istana kecil Raja Melayu yang memperlihatkan gabungan pengaruh Islam dalam seni bina Melayu dengan sedikit pengaruh seni bina Mesir. Korang pasti teruja melihat pelbagai ukiran kayu yang diukir dengan pelbagai bentuk. Jika melihat pada pagar konkrit dan tiangnya pula, ianya memperlihatkan seni bina Mesir. 

Kota Lama Duyong ini telah dijadikan galeri pameran. Di dalam bangunan Kota Lama ini dipamerkan artifak-artifak lama seperti tembaga dan barang-barang dapur yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat juga hasil kraftangan dan sejarah mengenai Kota Lama Duyong ini.


Bayaran masuk adalah percuma. Korang akan dibantu oleh seorang pegawai muzium yang menjadi jurupandu juga penerangan mengenai bangunan dan galeri ini.

Kota ini telah dibina semula kerana ianya telah rosak teruk akibat dilanda air deras ketika banjir pada tahun 1986. Pembinaan semula dibuat pada tahun 1996 dan siap pada September 1999 berdasarkan kepada reka bentuk asal tanpa sebarang pindaan.

Kota ini telah diikhtiraf sebagai salah satu keajaiban seni bina di Terengganu dan menjadi daya tarikan yang unik kepada pelancong dengan memaparkan artifak tempatan dan menjadi bukti sejarah perkembangan Islam.


Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang mempunyai panorama yang sangat indah dan permai. Lokasi ini amatlah sesuai dijadikan tempat bersantai dan berkelah bersama keluarga. 
Namun, disebalik keindahannya tersingkap seribu rahsia yang mungkin kita tidak ketahui iaitu di sini terdapatnya Perusahaan Membuat Bot dan Kapal Layar Warisan.

Kewujudan lokasi penganjuran Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa dan pembinaan pangsapuri mampu milik, nyata amat membanggakan penduduk tempatan. Selain itu, lokasi Pulau Duyong menghadap Laut China Selatan sememangnya terkenal dengan pelbagai bahan sejarah yang unik dan menarik.


Monsoon Cup mula diperkenalkan pada tahun 2005. Kejohanan bertaraf dunia ini merupakan perintis kepada usaha memperkasakan sektor pelancongan untuk perkenalkan nama Terengganu di serata dunia kerana ramai peserta dari luar dan dalam negara yang mengambil bahagian seperti Sweeden.

Selain itu, ia juga menyumbang kepada sektor pekerjaan bagi penduduk Terengganu kerana bagi menjayakan acara ini, ia memerlukan seramai 1522 orang pekerja.

(sumber: Noor Hazani Musa)
Penyampaian Anugerah Pembangunan Pemuliharaan dan Warisan oleh Badan Warisan Malaysia pada 18 September lalu, menandakan satu acara penting dalam usaha memelihara kesan fizikal sejarah negara.

Anugerah yang julung kali diberikan itu memberi pengiktirafan kepada semua pihak yang terbabit dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan, daripada pemilik, arkitek, pereka runding sehinggalah kepada kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja tersebut.



Tegas Presiden Badan Warisan Malaysia, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, pengiktirafan yang diberikan kepada pihak yang melaksanakan pemuliharaan bangunan lama itu diharap dapat mendedahkan kepada masyarakat mengenai proses yang betul dalam membaik pulih bangunan lama.

Sebanyak empat anugerah telah disampaikan, iaitu satu untuk projek terbaik dan tiga hadiah pengiktirafan bagi dua kategori peraduan iaitu membaik pulih bangunan dan kajian pemuliharaan. Tidak ada anugerah diberikan dalam kategori membaik pulih bangunan untuk kegunaan semula.

Satu-satunya projek yang mendapat anugerah dalam kategori kajian pemuliharaan telah diberikan kepada Kajian Sejarah Seni Bina Kota Lama Duyong. Bekas rumah Datuk Biji Sura, se-orang tokoh terkenal di Terengganu, ini diperbuat daripada batu bata dan kayu serta dihiasi dengan pelbagai ukiran menarik.

Ketika kajian dibuat terhadap rumah berkenaan, keadaannya agak teruk dengan hanya sebuah daripada lapan buah rumah asalnya masih ada. Ini menyukarkan kerja-kerja untuk membina semula rumah itu kerana ia melibatkan penentuan mengenai letak ruangnya, bentuk rumah, bentuk bumbung dan ketinggian lantainya.




Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Alam Lingkungan Melayu, Universiti Teknologi Malaysia terhadap Kota Lama Duyong ini telah diperakui kesahihannya oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Lembaga Muzium Negeri dan Persatuan Sejarah Terengganu.

Laporan tersebut menjadi asas penting untuk projek pemuliharaan dan penggunaan semula kota itu yang kini dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Inisiatif yang dilakukan oleh Pihak Kerajaan Negeri Terengganu sangatlah bagus kerana dahulunya kawasan ini terbiar dan sunyi... sekarang Kota lama Duyong ini telah dijadikan galeri pameran dan juga pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan kawasan ini sebagai tempat kunjungan pelancong tempatan ataupun luar.

Sekiranya aktiviti sebegini tidak dilakukan... Kota Lama Duyong ini akan terus terbiar dan mungkin runtuh dimakan usia.

Sekian.

Thursday, 27 October 2016

A Samad Said....Sasterawan Negara 1986 dan Penulis Asia Tenggara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua...Apa khabar hari nii? Hari nii aku nak citer kat korang tentang seorang tokoh yang sangat hebat dalam penulisan. Beridentitikan janggut dan rambut yang panjang membuatkan beliau ni seorang yang unik dalam kelas yang tersendiri serta dengan kaca matanya yang berbentuk bulat. Apatah lagi dalam usia beliau kini yang telah mencecah ke angka 81 tahun...rambut dan janggut beliau telah bertukar putih menyebabkan beliau mudah dikenali... itulah dia rajah kasar diri A. Samad Said.

A. Samad Said merupakan seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen. Kemudian beliau meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera.



Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.


Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana. A. Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940–1946) sebelum meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution. Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956).

Sejak di bangku sekolah menengah lagi, A. Samad Said sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku sekolah. Sebelum terbitnya novel Salina yang mengharumkan namanya, A. Samad Said membaca karya-karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly.

Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan dan hasilnya, A. Samad Said berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan. Kecenderungannya terhadap dunia sastera telah berakar dan berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar cerita-cerita daripada ibunya.

Daripada pengakuannya, A. Samad Said berkata :
“… kalaulah saya diterima sebagai penulis – saya lahir daripada “Batu Belah Batu Bertangkup”. Saya masih tetap mendengar cerita ini walaupun orang yang menceritakannya ketika memandikan saya, menyuapkan makan saya dan menidurkan saya sudah tidak ada lagi.

Pekerjaan pertama A. Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar baginya mendapat kerja di mana-mana pun pada masa itu. Di hospital itu, beliau tidak bekerja lama dan hanya dapat bertahan selama enam bulan sahaja. A. Samad Said kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Selepas enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali semula ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah tunjuk ajar Usman Awang. Apabila syarikat itu berpindah ke Kuala Lumpur, A. Samad Said juga turut berhijrah.



Sejak bergiat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat ingin meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya.

Pengarang Berita Harian ketika itu, telah memujuk A. Samad Said agar menyertai Berita Harian. Di sekitar tahun 1960-an A. Samad Said sekali lagi bertukar kerja. Samad Said pula dilantik menjadi Pengarang Berita Harian apabila beliau diberikan tugas lebih besar dalam surat khabar The New Straits Times.

Semasa A. Samad Ismail berada dalam tahanan, beliau telah dilantik menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times di samping menjalankan tugasnya sebagai Pengarang Berita Harian. Tetapi A. Samad Said menyedari bahawa minatnya dalam bidang penulisan dan tanggungjawab yang besar yang diamanahkan kepadanya boleh merugikan, bukan sahaja bakat dan kreativitinya, tetapi dunia kesusasteraan umumnya. Justeru itu, A. Samad Said meminta agar beliau dibebaskan daripada menjadi Pengarang Berita Harian dan mulai 8 Mac 1978 Samad bertugas sebagai seorang daripada enam orang penolong khas dengan tugas-tugas tertentu seperti menulis rencana pengarang dan artikel feature. Sejak akhir 1981, beliau bertugas pula sebagai Ketua Pengarang Akhbar Warta Teberau.

Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya kepada bidang penulisan.



Isterinya A. Samad Said juga seorang penulis yang cukup dikenali dikalangan peminat-peminat sastera iaitu penyair Salmi Manja. Seperti A Samad Said, Salmi juga meminati bidang penulisan sajak dan juga cereka.

Kejayaan A. Samad Said sebagai sasterawan ialah hasil daripada pengalamannya dan berkat kerajinannya membaca karya-karya penulis lain. Dalam karya A. Samad Said korang akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai seorang pengarang yang hebat. Beliau bukan sahaja begitu cermat dan teliti menghadapi dan membentuk watak-watak, tetapi juga terhadap alam, benda hidup dan mati, yang menjadi latar belakang ceritanya. Beliau seolah-olah mencari erti dalam semua itu.

A. Samad Said juga sedar bahawa untuk melahirkan karya yang bererti, seseorang tidak hanya bergantung kepada bahan dan bakat kekuatan fikiran sahaja, tetapi pembacaan dan pengalaman yang luas amatlah penting. Kerana itu, A. Samad Said meluaskan pembacaannya kepada bidang politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Cara beliau membaca agak aneh, yakni dengan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik dalam prosa, novel, dan malahan puisi. Ini memperlihatkan betapa teliti pembacaan dan pemerhatiannya. Sikap telitinya ini terpancar juga pada deskripsi dan dalam dialog-dialog karyanya.

Sungguhpun A Samad Said sangat mengutamakan nilai sastera, beliau tidak pula menolak konsep “Seni Untuk Masyarakat”, malah puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). A. Samad Said sendiri pernah menjadi anggota ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni Untuk Masyarakat “ tetapi pendekatan A. Samad Said berbeza daripada penulis-penulis lain. Beliau berhasil mengabungkan tugas sastera dengan nilai yang diperlukan. Beliau dianggap sebagai tokoh yang menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan-sasterawan generasi kemudiannya yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.

Meskipun A. Samad Said lahir di tengah-tengah Angkatan 50, tetapi daya ciptaannya berbeza daripada tokoh-tokoh ASAS 50 yang lain. Hal demikian kerana, beliau dibesarkan di kota kosmopolitan Singapura, terdidik secara formal dalam bahasa Melayu dan Inggeris dan tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.

Tokoh-tokoh lain itu terlibat dengan perjuangan membebaskan masyarakat, karya mereka berlatarbelakangkan daerah desa dan rakyat serta lebih banyak terdedah kepada bahan bacaan dari Indonesia yang secara sedar menjadikan sastera sebagai alat kedua dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Walaupun A. Samad Said bergaul dengan mereka dalam satu tempoh masa yang sama dan mempunyai latar belakang dan pendidikan yang berbeza, namun A. Samad Said cuba menyamakan cita-cita sasteranya dengan mereka tetapi membezakan dirinya dari segi stail dan pencapaian.

Novel pertamanya, yang asalnya berjudul Gerhana kemudian diterbitkan dengan judul Salina ialah sebuah novel yang tebal dan berjaya mengangkat martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang disifatkan oleh Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana sebagai bertaraf antarabangsa. Novel yang hanya memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan penulisan novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1958) dan yang dihasilkan oleh A. Samad Said sewaktu beliau baru berusia 23 tahun ini, akhirnya menjadi sebuah karya yang menjadi garis pemisah antara karya-karya penulis lama dengan baru dan antara A. Samad Said dengan penulis-penulis 50-an. Karya beliau Salina telah diterjemahkan ke dalam lain-lain bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Ia menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk mempertahankan peribadi di tengah-tengah kebobrokan. Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu tetapi A. Samad Said telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina ialah manusia yang natural bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Novel ini telah diadaptasi menjadi bentuk teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian Kuala Lumpur (1986) dan kemudiannya di Singapura.

Aku juga telah pun membeli novel ini tetapi belum berkesempatan untuk membacanya... aku dengar novel ini sangat hebat dan telah memenangi beberapa anugerah serta telah dicetak semula beberapa kali. Hepi sesangat sebab aku dapat memiliki novel ini sekarang kerana jalan penceritaan sangat menarik.



Seperti Salina, novelnya Sungai Mengalir Lesu juga menampilkan pengalaman langsung A. Samad Said dalam masyarakat yang menderita akibat peperangan. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang, memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri A. Samad Said yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Beliau mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura.

Aku sedang mencari novel Sungai Mengalir Lesu ini.. kerana kawan aku kata novel ni memang best dan dia pernah membacanya semasa di zaman sekolah dulu.


Di samping novel, A. Samad Said juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan puisi seperti yang terkumpul dalam kumpulan Liar di Api. Beliau juga antara penulis yang terawal melakukan eksperimen dalam sajak-sajak bebas. Selepas itu, beberapa buah lagi kumpulan puisinya telah diterbitkan seperti Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).

A. Samad Said memberikan banyak waktu untuk menulis beberapa buah lagi novelnya seperti Di Hadapan Pulau, Langit Petang dan Daerah Zeni. Sebuah buku tentang latar belakang pengalamannya menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang telah diterbitkan, berjudul Dari Salina ke Langit Petang. Ia merupakan hasil tulisan bercorak autobiografi, rakaman pengalaman A. Samad Said yang menceritakan bagaimana beliau lahir menjadi seorang pengarang dan proses penghasilan tiga buah novelnya yang penting itu.

Novel pertama beliau yang aku baca ialah Langit Petang.... sebabnya kerana aku nak tahu sangat gaya penulisan beliau... Awal pembacaan aku rasa sangat
stress kerana aku tak dapat tangkap jalan penceritaannya. Aku rasa ceritanya sangat berat mungkin sebab aku bukan berjiwa sastera. Tetapi setelah hampir ke helaian 30... barulah aku boleh mengikuti ceritanya.

Antara karya besar yang lain dihasilkan ialah Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Hujan Pagi, Lantai T. Pinkie, Benih Semalu, Benih Harapan, Warkah Eropah, Al-Amin, Rindu Ibu dan lain-lain lagi. Beberapa karya beliau juga telah diadaptasi menjadi teater atau drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T.Pinkie dan Memori di Hadapan Pulau.

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976, bersama-sama beberapa pengarang lain, beliau diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.

Tahun 1979, juga turut memberi erti kepada A. Samad Said, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama, beliau telah dipilih menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (
S.E.A. Write Awards). Kemuncak pencapaian A. Samad Said sebagai sasterawan ialah apabila beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu juga telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam tahun 1993, A. Samad Said menerima Anugerah ASEAN 1993 (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.




Anugerah lain yang diterima ialah Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan UPSI pada tahun 2003. Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran `Datuk’ dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.

Sebenarnya Abdul Samad Said merupakan seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang penulisan kreatif. Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A.Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil. Beliau berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

Bagi aku itu memang betul... aku pun suka baca buku-buku yang telah memenangi anugerah untuk mengetahui gaya penulisan pengarang tersebut yang menyebabkan bukunya menang anugerah tersebut. 
Dalam usia awal 70an, A. Samad Said masih cergas memenuhi undangan majlis sastera. Beliau sanggup mengembara sehingga ke kawasan pedalaman di Sarawak dan juga Sabah untuk menunaikan jemputan di samping membantu perkembangan sastera tanah air.


A. Samad Said memiliki keistimewaan yang jarang dimiliki oleh semua penulis. Beliau menguasai semua genre sastera. Sehingga kini A. Samad Said tidak jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen dan esei.

Keunikan, keistimewaan dan keikhlasan A. Samad Said berkarya sewajarnya menjadi model dan sumber inspirasi berkarya bagi generasi penulis muda masa kini. Sejak di awal pembabitannya dalam bidang sastera ini, A. Samad Said telah banyak menghasilkan karya yang bermutu dan menjadi karya tersohor di seluruh negara. Pelbagai genre karya telah dihasilkan termasuklah cerpen, novel, puisi, drama, esei dan warkah.

Ringkasannya.....
Antara cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh A. Samad Said ialah :
  1. Hati Muda Bulan Muda
  2. Longkang
  3. Ahmad Zago
  4. Perempuan Dari kampung Kambing
  5. Di Tepi Jalan
  6. Liar Di Api
  7. Daun-Daun Berguguran
  8. Debar Pertama
  9. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja
  10. Panorama
  11. Bunga Gunung
  12. Angin Pulau
  13. Titisan Indah Di Bumi Merkah
  14. Malam Merangkak Ke Hujungnya
  15. Hari Ini, Hari Gembira
  16. Antara Kembang dan Layu
  17. Rita Hamidah
  18. Serangkai Kata untuk Dinda
  19. Dinda
  20. Mengandung
  21. Mesranya Malam Pertama
  22. Pencuri yang tidak Adil Dihukum
  23. Si Juita
  24. Kenangan yang Jernih
  25. Sayangkah Dara Padaku Seorang?
  26. Sapu Tangan Tanda Kasih
  27. Dahagakan Cahaya Kasih Mesra
  28. Bekas-Bekas Tapak di Lumpur Kering
  29. Sekolah
  30. Ke Daerah yang Lebih Kerdil
  31. Langit Malam Tiada Berbintang
  32. Tiada Lagi Jadi Kebanggaan
  33. Dari Tanah ke Tanah
  34. Sebuah Bangunan Tiga Tingkat
  35. Pengalaman di Sebuah Rumah Sakit
  36. Dari Tingkap Sebuah Bangunan
  37. Seminggu
  38. Kawan di Kelas Lima 'B'
  39. Daun Jejawi
  40. Kakak
  41. Sentil Tembakau
  42. Menanti Malam Hari Raya Kedua
  43. Kerani Besar
  44. Kereta Api ke Kuala Lumpur
  45. Lahirnya Seorang Anak
  46. Sehari
  47. Pagi
  48. Penyerahan
  49. Ada Sayang di Malam Kelam
  50. Gelap
  51. Pulang Malam
  52. Menanti
  53. Asap Berkabung
  54. Debar
  55. Sebuah Bilik
  56. Buruh Paksa
  57. Saat Terakhir
  58. M.P. Gudu-Gudu
  59. Sasterawan Daiman Kereko
  60. Malam Merangkak ke Hujungnya
  61. Tamrin Gil
  62. Di Sisi Rinda
  63. Dosa Pejuang

Karya novel hasil ciptaan beliau :
  1. Salina
  2. Sungai Mengalir lesu
  3. Di Hadapan Pulau
  4. Hujan Pagi
  5. Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Fikri
  6. Cinta Fansuri
  7. Adik Datang
  8. Daerah Zeni
  9. A Samad Said (Antologi Puisi)
  10. Dirgahayu Dr. Mahathir
  11. Dosa Pejuang
  12. Lantai T. Pinkie
  13. Rindu Ibu
  14. Suara Dari Dinding Dewan

A. Samad Said juga seorang sasterawan yang cukup terkenal dalam menghasilkan puisi. Antara contoh-contoh puisi terkenal yang dihasilkannya ialah :
  1. Al-Amin
  2. Ombak
  3. Peludah Bahasa
  4. Tetamu Senja
  5. Rindu Ibu
  6. Janda Setinggan
  7. Hidup Bersama
  8. Dalam Librari
  9. Bahasa Terindah
  10. Menambat Rakit
  11. Nikmat

Drama
  1. Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
  2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja,: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
  3. Wira Bukit,: DBP, 1986, 92 hlm.
  4. Lantai T. Pinkie,: DBP, 1996, 137 hlm.
  5. Lazri Meon Daerah Zeni,: DBP, 1992, 138 hlm.

 Esei/Kritikan
  1. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang):Penerbitan Federal Berhad, 1963
  2. Damai (kata pengantar),: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
  3. Laungan (Kata pengantar),: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  4. Tangan yang Simpatik,: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
  5. Between Art and Reality (Selected Essays),: DBP, 1994, 479 hlm.

Autobiografi
  1. Dari Salina ke Langit Petang,: DBP , 1979, 83 hlm.

Umum
  1. Warkah kepada Salmi Manja,: Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
  2. Antara Bulan dan Wira,: DBP, 1989, 632 hlm.
  3. Warkah Eropah,: DBP, 1991, 235 hlm.
  4. Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon),: DBP, 1995, 510 hlm.

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah;

  • Anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976
  • Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1985
  • Dalam Peringkat Antarabangsa, menerima Hadiah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award pada tahun 1979).
  • Penerima anugerah ASEAN pada tahun 1993
  • Melalui novelnya yang bertajuk Salina, A. Samad Said menerima hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel DBP 1961.
  • Memenangi Hadiah Sastera Malaysia melalui novel Daerah Zeni pada tahun 1984 dan 1985, manakala novel Hujan Pagi untuk tahun 1986 dan 1987.

(Sumber: Utusan Malaysia)

Ramai yang tidak tahu bahawa imej janggut dan misai Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sebenarnya berlaku secara kebetulan. Ia berlaku pada tahun 1980-an apabila beliau dimasukkan ke hospital.

Doktor telah menasihatkan saya supaya tidak berbuat apa-apa dan sekadar berehat. Selepas dua atau tiga minggu saya melihat diri saya di dalam cermin dan melihat yang perbezaan pada diri saya. Saya menyukainya dan sejak hari itu saya kekal dengan rupa ini,” katanya dalam satu temu bual di sebuah kedai kopi di Bangsar.

Apabila ditanya tentang penyelenggaraan janggutnya, dia ketawa sebelum berkata hanya syampu sekali seminggu.


Dengan wajahnya yang mudah dikenali, Pak Samad mempunyai status seperti selebriti di mana-mana saja dia pergi. Rakyat mahu mengambil gambar dengannya atau berjabat tangan.

Saya tinggal di sekitar sini supaya orang mengenali saya ,” kata Pak Samad yang sering dilihat di sekitar stesen LRT Bangsar.

Apabila ditanya apakah pesanan minumannya, Pak Samad yang berpakaian serba putih menolak kerana sedang berpuasa.

Malah beliau sering berpuasa selang sehari kerana mengikut amalan Nabi Daud. Beliau telah mengikuti amalan ini sejak tiga hingga empat tahun lalu.

Kebanyakan daripada hidup saya, saya telah berpuasa tetapi sebelum ini saya hanya berpuasa tiga hari sebulan. Kini dengan usia yang semakin tua , saya lebih hampir dengan kubur dan lebih hampir dengan kehidupan akan datang. Saya perlu lebih suci,” kata lelaki bersia 81 tahun yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1986 atas sumbangannya kepada dunia sastera.

Dia sering berada di Masjid Negara pada setiap hari Selasa dan Khamis. Pada hari Jumaat dia biasanya berada di masjid KLCC. Banyak masa dihabiskan untuk solat dan membaca al-Quran.

Saya mahu berada di masjid apabila saya mati ,” kata Samad yang dilahirkan di Melaka.

Agama dan usia yang tua menjadikan Pak Samad sentiasa melakukan pelbagai usaha untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik. Walaupun dia sentiasa dikenali di atas kerja-kerja sastera, beliau kini dilihat sebagai aktivisme, terutamanya dengan penglibatannya dengan Bersih. Beliau telah menjadi pengerusi bersama gabungan itu sejak 2011.

Apa yang berlaku sangat mengganggu saya dan membuatkan saya sedih. Saya hanya seorang penyair dan pemerhati selama ini. Saya tidak berada di tengah-tengah sesuatu. Saya menoleh ke belakang dan melihat bahawa saya boleh melakukan lebih banya. Saya sepatutnya melakukannya sejak dari awal. Saya bersama dengan orang-orang seperti Ahmad Boestaman sebelum ini. Pena tidak mencukupi. Saya rasa sekarang wang adalah lebih kuat daripada pedang,” kata beliau merujuk kepada pemberian kerajaan.

Samad tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi dan mendakwa bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan itu kewangan negara. Beliau juga kesal dengan kenaikan harga bahan api baru-baru ini .


Ia tidak benar apabila mengatakan (kenaikan harga minyak) tidak menyakiti rakyat di jalanan. Sesetengah harga barangan telah meningkat,” katanya.


A. Samad Said berkata, dia sangat terasa dengan kenaikan harga barang kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Orang menyangka saya seorang Saterawan Negara dan saya menerima bayaran, tetapi sebenarnya tidak. Ia hanyalah gelaran, yang kini telah menjadi beban,” kata beliau.


Kumpulan NGO Melayu Perkasa dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS ) menyeru supaya gelaran Sasterawan Negara dilucutkan kerana beliau didakwa terlibat dalam satu perhimpunan ketika bendera Sang Saka Malaya dikibarkan.

Saya seorang yang beragama. Gelaran duniawi tidak memberi makna apa-apa kepada saya, walaupun saya menghormati gelaran ini kerana rakyat telah memberikannya kepada saya ,” kata beliau.

Beliau juga menolak bahawa Bersih menggunakannya kerana mempunyai persona umum.

Saya berusia 81 tahun. Siapa yang boleh menggunakan saya? Saya telah menulis 72 buah buku. Adakah saya begitu bodoh untuk digunakan sebagai alat? Jika saya suka mereka, saya akan bersama mereka secara sedar,” katanya.

Datuk S. Ambiga mengimbas kembali ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011 lalu apabila Pak Samad bersama-sama dengannya di dalam terowong ketika pemedih mata dilepaskan kepada mereka. Dalam keadaan huru-hara itu Pak Samad kehilangan seliparnya, tetapi masih berjalan sepanjang jalan ke istana.

Pak Samad mempunyai banyak sifat-sifat monumental kerana pendirian berprinsip beliau mengenai isu-isu , integriti, berani dan merendah diri. Dia tidak pernah menggunakan gelaran Sasterwan Negara. Dia tidak pernah melakukan apa-apa demi untuk kepentingan peribadi semasa beliau dalam Bersih,” kata Ambiga.

Pak Samad sering yang bercakap mengenai pandangannya dan percaya semua orang yang perlu dilayan sama rata.

Dia tidak suka apabila kebanyakan ahli-ahli politik menggunakan bangsa , agama dan juga bahasa Melayu untuk mendapat laba. Beliau juga ada pandangan tersendiri terhadap komunis .

Jika anda komunis, anda jahat. Itu tidak semestinya benar kerana Chin Peng adalah seorang wira ketika memerangi Jepun semasa zaman peperangan. British memberinya pingat. Kemudian beliau menentang British kerana mereka adalah penjajah. Anda tidak boleh mengatakan dia seorang pengganas. Dia seorang pejuang kebebasan dan harus dibenarkan pulang,” kata Pak Samad, menariknya temu bual ini dibuat beberapa hari sebelum Chin Peng meninggal dunia.

A. Samad Said turut menambah bahawa beberapa orang seperti Rashid Maidin , Abdullah CD dan Mat Indera semuanya berjuang untuk kebebasan negara daripada penjajah dan bukanlah pengkhianat.


Pemimpin yang berkuasa merasai nikmat kebebasan, hari ini juga disebabkan oleh usaha-usaha orang-orang ini ,” kata beliau.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak menulis di dalam bahasa Inggeris, Pak Samad berkata beliau mahu untuk memperkayakan bahasa Melayu melalui kesusasteraan.

Saya memilih untuk menulis dalam bahasa Melayu, tetapi ini tidak bermakna orang lain juga perlu menulis dalam bahasa Melayu. Mereka boleh menulis dalam bahasa Tamil atau Cina. Perkara yang paling penting adalah isinya,” kata Pak Samad yang menggemari penulis daripada Russia, Alexander Solzhenitsyn dan Pramoedya Ananta Teor daripada Indonesian.

A. Samad Said yang masih menulis buah fikirannya dalam diari setiap hari dan turut tweet puisi pendek mengenai apa yang berlaku di negara ini mempunyai hampir 125,000 pengikut di platform rangkaian sosial.

Selain sastera, A. Samad Said juga seorang penggemar filem. Filem kegemarannya sepanjang zaman adalah filem klasik 1950 ’12 Angry Men’ kerana perbincangan sengit yang berlaku di kalangan ahli-ahli juri atas satu kes pembunuhan.

Dia menonton filem di dalam semua bahasa di pawagam. Salah sebuah filem yang dia tonton baru-baru ini adalah filem Hindi, Chennai Express. Malah beliau turut menonton filem kontroversi Tanda Putera .

Saya bimbang dengan Tanda Putera. Filem ini tidak sihat dan tidak membantu. Seni seharusnya membantu dan bukannya memusnahkan,” katanya.


Walaupun aku tidak pernah mengenali beliau dan tidak pernah jumpa beliau depan-depan tapi penilaian aku melalui pembacaan kali pertama novel Langit Petang.... aku berpendapat gaya penulisan beliau sangat jujur tetapi agak mendalam dan sastera.... untuk diri aku sendiri. Apa pun moral didalam novel ini memberi banyak inspirasi dan motivasi kepada diri aku. Ianya membuka lagi minda aku dalam sudut yang berlainan. Aku tak sabar nak baca novel terhebat karya beliau iaitu Salina....

Sekian.