Monday, 19 September 2016

Tempat Tumpuan Pelancong Seluruh Dunia...Batu Caves

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang...Sihat tak hari nii ? Jom aku bawa korang melihat tempat bersejarah di negeri Selangor nii. Aku dah lama teringin nak gi kat Batu Caves nii... destinasi yang menjadi kegilaan pelancong dari seluruh dunia terutama masa perayaan Thaipusam. Aku terasa nak cabar jugak diri aku untuk mendaki tangga Batu Caves ini di ketinggian 100 meter dari aras laut.
 

Kompleks Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves ini terdiri daripada tiga buah gua utama dan beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. Di dalamnya tedapat sebuah kuil Hindu. Untuk sampai ke gua ini pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga. Pada asalnya tangga menuju ke gua kuil ini hanya diperbuat daripada kayu dan pada tahun 1920 ianya digantikan dengan tangga batu seperti sekarang. Ketika menaiki tangga korang harus berhati-hati kerana terdapat ratusan ekor monyet yang berkeliaran untuk mendapatkan makanan.


Batu Caves telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India. Beliau mendapat inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk 'vel' dan dan mendapat inspirasi untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Murugan dalam gua tersebut.


Pada tahun 1890, Pillai, yang juga telah mengasaskan Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur,dan memasang Arca Dewa Murugan yang masih terdapat sehingga sekarang. 

  


Pada kaki bukit adalah dua lagi gua kuil, iaitu Gua Galeri Seni (Art Gallery Cave) dan Gua Muzium (Museum Cave), kedua-duanya penuh dengan arca-arca dan lukisan Hindu. Panorama di bahagian dalam gua cukup indah dengan adanya batuan stalaktit serta cahaya matahari yang masuk melalui celah – celah gua. Kompleks ini telah diubahsuai dan dibuka sebagai Cave Villa pada tahun 2008.

Arca-arca dan lukisan di gua ini menggambarkan kisah kemenangan kemenangan Dewa Murugan ke atas Soorapadam.



Gua Ramayana terletak ke kiri Kompleks Kuil Batu Caves. Dalam perjalanan ke Gua Ramayana, terdapat Tugu Dewa Hanuman yang setinggi 50 kaki serta sebuah kuil yang didedikasikan untuk Dewa Hanuman. Gua Ramayana menggambarkan cerita Rama dalam cara kronik sepanjang dinding dan tidak teratur.


Batu Malai Sri Subramaniar Temple diuruskan oleh Lembaga Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, yang juga menguruskan Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur dan Kuil Kortumalai Pillaiya. Lembaga ini juga melakukan peranan Perunding Agama Hindu kepada Kerajaan Malaysia dalam menentukan kalendar Hindu tahunan.

  


Pada bahagian depan tangga utama menuju ke gua kuil terdapat patung Dewa Murugan berwarna emas setinggi 42,7 meter berdiri dengan gagah dan menjadi ikon kepada Batu Caves. Patung yang dirasmikan pada Januari 2006 ini menjadi patung Dewa Murugan tertinggi di dunia. Di bahagian kiri terdapat kuil bagi pemujaan Dewa Ganesha yang direka khas dari India. 



Gua Ramayana terletak pada dinding bukit bahagian kiri. Menuju gua ramayana para pengunjung akan menyaksikan patung Hanoman berwarna hijau dengan posisi tangan ke dada dengan ketinggian 15 meter. Dalam mitologi Hindu, Hanoman yang digambarkan berwujud seekor monyet telah berjasa menyelamatkan Dewi Shinta dari tangan raksasa jahat bernama Rahwana. Semua kisahnya tergambar pada alur dinding gua Ramayana.


Kepuasan jelas terasa apabila dapat mendaki tangga Batu Caves ini... aku ingatkan susah dan mencabar tapi sebenarnya tidak. Keindahan gua dan angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan kepenatan aku terasa hilang. Korang jangan lupa pulak untuk bawa air minum sebab kawasan gua ini terlalu luas untuk diterokai dan korang akan mudah rasa dahaga..tapi hati-hati jangan sampai air minuman korang dirampas oleh sang monyet.


Sekian.





 

No comments:

Post a comment