Sunday, 25 September 2016

Seni Bina Indah Pada Istana Jahar Di Kelantan


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai korang semua apa khabar hari nii? Korang pernah pergi tak Istana Jahar nii...? Aku dah banyak kali jugak pergi... Aku suka lihat senibina bangunan ini memang cantik dan mempersonakan. Istana Jahar kini dijadikan muzium mempamerkan kebudayaan dan barangan Diraja Negeri Kelantan.




Tak susah nak cari Istana Jahar ini kerana terletak dengan bangunan-bangunan bersejarah yang lain...antaranya Balai Besar, Istana Batu, Muzium Kraftangan, Masjid Muhamadiah, Muzium Islam, Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu dan lain-lain.




Istana Jahar terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar, juga tidak begitu jauh dari Istana Sri Akar, Istana ini dibina selepas pembinaan Istana Balai Besar dan juga Istana Tengku Sri Akar. Pembinaan bermula di zaman Sultan Muhammad II.


 


Tujuan pembinaan ialah untuk dikurniakan kepada cucunda baginda yang bernama Long Kundur Bendahara. 

Apabila Long Kundur Bendahara dilantik menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad III dalam tahun 1889, maka istana ini dijadikan tempat bersemayam baginda. Kemudian istana ini telah digunakan berturut-turut oleh Sultan Kelantan yang kemudian. Pada masa ini Istana Jahar tidak digunakan lagi sebagai istana tempat semayam sultan, kerana telah ada istana-istana baru.


 Jahar adalah nama sejenis pokok yang banyak tumbuh di negeri Kelantan pada masa itu. Pokoknya berbunga kuning lemak ketam sebesar bunga melor. Daunnya sebesar ibu jari dan berbentuk seakan-akan empat bersegi bujur.




Reka bentuk bangunan Istana Jahar ini adalah merupakan gabungan antara dua pengaruh iaitu timur dan barat. Pengaruh daripada barat jelas kelihatan pada bentuk bumbungnya dibahagian hadapan (anjung).




Begitu juga dengan bentuk-bentuk tiang yang menyokong bangunan ini. Tiang-tiangnya berbentuk ‘cylinder’ berbeza dengan tiang rumah Melayu yang biasanya berbentuk bulat atau empat persegi sahaja.


Bangunan Istana Jahar dibina berbentuk empat persegi panjang dan mempunyai dua tingkat. Setiap tingkat mempunyai keluasan yang sama dan dihubungkan melalui dua buah tangga berpusing yang terletak di sudut bahagian belakang Istana Jahar.




Dibahagian bawah Istana Jahar ini terdapat tiga ruang yang utama iaitu:


1.    Ruang Surung


2.    Ruang Serambi


3.    Ruang Tengah
 
  


Pada bahagian belakang istana ini terletak Balai Istana yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain. Di persekitarannya pula terdapat pameran terbuka yang mempamerkan perahu denga ukiran yang sangat cantik dan warna-warna terang yang memukau.

  

Aku paling suka lihat peralatan hiasan yang digunakan oleh kerabat-kerabat Diraja. Di aras bawah ada dipamerkan Pelamin dan baju pengantin Kerabat Diraja Kelantan dan di aras atasnya pula ada dipamerkan barangan peminangan dan barangan  selepas bersalin.




Sayangnya bangunan ini telah mengalami beberapa kerosakan yang perlu dilakukan kerja-kerja pemuliharaan supaya tidak menjadi semakin teruk. Keadaan dindingnya mengalami pelepuhan dan pengelupasan warna cat kerana kelembapan yang terlalu tinggi. Tiang-tiang batu dibahagian ruang pameran ada yang telah mengalami keretakkan. Kerja-kerja pemuliharaan perlu disegerakan supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengunjung. 


Sekian.

No comments:

Post a comment