Sunday, 25 September 2016

Muzium Telekom Kuala Lumpur untuk menempatkan Tujuan Awalnya Untuk Menempatkan Ibusawat Telefon Manual Jenis Central Battery.

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua apa khabar. Entri aku kali ini berkenaan dengan bangunan warisan di Kuala Lumpur. Aku sendiri pun tak tahu sebenarnya...adanya Muzium Telekom nii. Kebetulan aku naik bas go KL untuk ke Pavillion melalui kawasan ni. Terdetik dalam hati aku bahawa satu hari nanti aku nak gi lawat ke muzium ni.



Pada pandangan aku....ke mana pun kita pergi..tempat yang wajib kita kena lawat adalah muzium kerana bermula dari muziumlah kita dapat mengenali sejarah tempat tersebut. Entrance muzium ni pun dah menarik perhatian aku dimana terdapatnya telefon ala-ala London diletakkan di hadapannya.




Muzium Telekom nii terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Bangunan ini yang dahulunya lebih dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region) telah siap dibina pada tahun 1928, bercirikan seni bina Greek. 



Tujuan pembinaannya ialah untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery. Bangunan ini dilengkapkan dengan sebuah ruang kabel bawah tanah dan susun atur lantai bagi disesuaikan dengan peralatan telekomunikasi pada waktu itu. 


Reka bentuk binaannya menjadi contoh terbaik bagi bangunan ibusawat telefon di Malaya ketika itu dan pada asalnya direka dengan pelan berbentuk huruf ‘G’ dan mempunyai koridor bersempadan dalam yang mengandungi sebuah gelanggang khidmat.

Oleh kerana reka bentuk bangunan ibusawat ini begitu praktikal, bahagian hadapannya telah dihias secara berlainan iaitu dengan ciri-ciri ketersergaman klasik. Susunan tingkap-tingkap berkaca secara simetri dan elemen-elemen berhias, mempamerkan gaya senibina dari fahaman neo-klasikal yang diambil dari sumber-sumber corak kurun ke-19. Satu ciri senibina bangunan ini yang unik ialah deretan tiang-tiang roman setinggi dua tingkat di bahagian hadapan kiri bangunan.



Muzium Telekom menyediakan dua buah galeri untuk dikunjungi oleh para pengunjung. Galeri sejarah di aras satu manakala galeri moden di aras dua. Galeri-galeri ini mempersembahkan satu bentuk pameran secara interaktif yang unik dan menarik yang menceritakan kewujudan sistem komunikasi bermula sejak era manusia pra sejarah sehinggalah berkembang ke era serba moden.





Pengunjung-pengunjung turut disajikan dengan pengalaman mendengar sendiri situasi-situasi atau penerangan-penerangan tentang sesuatu sejarah melalui gagang-gagang telefon atau bunyi audio yang terdapat di sepanjang laluan galeri.




Muzium Telekom dibuka untuk lawatan setiap hari kecuali hari cuti umum. Waktu lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Para pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran untuk melawat ke galeri Muzium Telekom.



Muzium ni ada courtyard di tengah-tengahnya....kat sini juga dipamerkan telefon lama, kalau nak dail korang kena putar nombornya tuu.... Kat tingkat atas ada disediakan pameran simulator yang boleh korang cuba dengan bayaran yang berpatutan. Setelah penat berjalan korang juga boleh melepaskan lelah kat kantin yang terdapat dibahagian bawah. 


Sekian.

No comments:

Post a comment