Monday, 5 September 2016

Mengenali Suku Kaum Bajau Laut Di Semporna Sabah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang... semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari nii aku nak citer tentang sebuah masyarakat yang sangat menarik dari sudut pandangan aku...akan rumah kediamannya. Aku terasa macam berada dimensi lain bila melihat rumah Bajau Laut ini. Menarik dan kreatifnya mereka membina rumah mereka sendiri di atas air. Mereka sangat survive untuk meneruskan hidup. Mereka juga sangat handal berenang.... Ini merupakan first time aku menjejak kami kat Semporna tempat dimana terdapat ramainya suku kaum Bajau Laut ini. 


Sebenarnya kalau korang nak tahu....nama asal bagi Semporna dalam istilah Suku Kaum Bajau adalah “Tong Talun” yang bererti “Hujung Hutan”. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ini ialah Panglima Udang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti daripada keturunan Bajau Kubang. Oleh kerana pada ketika itu Daerah Semporna, diliputi oleh hutan belantara, maka nama Tong Talun telah ditukar dengan nama Semporna, yang membawa pengertian  Tempat Yang Aman atau Damai,” sehinggalah sekarang.



Para sejarawan pula mengatakan bahawa Suku Kaum Bajau adalah golongan masyarakat yang berhijrah ke negeri Sabah sejak beberapa dekad yang lalu. Penghijrahan mereka adalah dari sekitar Pulau Borneo terutama daripada Pulau-pulau  Filipina, Indonesia, mahupun dari Johor di Semenanjung Malaysia.




Menurut David E. Sopher, Orang-orang Bajau adalah golongan yang berkaitan dengan nomadic boat people “ (golongan yang menjadikan perahu sebagai tempat kediaman) dan juga golongan yang berkait rapat dengan aktiviti laut. Mereka juga dikenali sebagai nelayan yang sering bergerak dari tempat ke tempat yang lain.



Sebenarnya istilah Bajau adalah merupakan istilah yang kolektif dan merangkumi berbagai kumpulan etnik termasuk IIlanun, Bajau Suluk atau Suuk, Obian, Kagayan, Balangigi, Magindanun, Yakan, Tabawan, Luwaan, Simunul, Pangutaraan, Sekubung, Banran atau Binadan, Sibutu, Megaki, Sama-samaan dan lain-lain lagi. Setiap kumpulan ini mempunyai dialek yang berlainan tetapi serupa dari segi nilai-nilai hidup. 

Walaupun orang Bajau ini terdiri daripada berbagai suku kaum, tetapi kumpulan yang terbesar ialah
 Bajau Laut dan Bajau Darat. Pembahagian ini mungkin disebabkan oleh faktor alam persekitaran dan juga faktor sejarah.



Bajau Darat

Golongan Bajau Darat ini amat mudah dikenali atau dibezakan dengan golongan Bajau Laut kerana mereka tinggal di darat dan menetap disatu-satu tempat. Boleh dikatakan, golongan ini tertumpu dibahagian pantai barat Pulau Borneo. Mereka tinggal di kawasan tepi pantai dan biasanya memilih untuk menetap di rumah yang beratap dan berdinding daun nipah serta dibina di tepi-tepi pantai yang akan terdedah pada air pasang surut. Mereka banyak menjalankan aktiviti di laut dan terkenal dengan kepakaran membuat kapal. 


Selain itu mereka juga menjalankan aktiviti pertanian dan juga penternakan. Orang Bajau Darat ini juga memanggil diri mereka sebagai  “ Orang sama” dan mereka ini  boleh didapati diantara kawasan Kota Kinabalu hingga ke Sg. Tempasuk juga disekitar pantai di Teluk Marudu, di Pulau Banggi dan Pulau Balambangan dan sebilangan kecil di Teluk Darvel sebelah pantai timur.

Bajau Laut
Golongan ini adalah merupakan suku kaum yang lebih bersifat maritime dan bergantung penuh dengan kegiatan di laut. Mereka ini menjalankan sistem barter dengan menukar ikan dan hasil-hasil laut lain untuk untuk barang keperluan harian. Boleh dikatakan mereka tidak mempunyai tanah yang tetap atau harta benda di darat kecuali tapak-tapak pengkebumian sahaja. Golongan Bajau Laut ini boleh didapati dengan banyaknya dibahagian pantai timur Sabah, khasnya di Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.



Bajau Laut ini amat mudah dikenali kerana tinggal di dalam perahu yang dikenali sebagai “perahu lepa “. Sikap mereka lebih suka berada di laut sewaktu cuaca tidak baik dari tinggal di atas darat kerana mereka mudah "mabuk darat". Suku Kaum Bajau Laut ini juga dikenali sebagai Bajau Perahu atau Bajau Pelauh, tetepi mereka ini akan rasa terhina apabila dipanggil dengan nama ini. Manakala sebutan Bajau Pela’uh pula adalah salah dan hanya digunapakai oleh kaum Cina sahaja. Suku kaum ini sebenarnya lebih suka memperkenalkan diri mereka sebagai suku kaum “Sama”.



Suku kaum Bajau Laut ini juga bersifat pemalu dan terlalu merasa rendah diri tetapi mereka terkenal dengan sifat baik hati dan tidak suka bermusuhan. Mereka tidak menganut sebarang agama. Aktiviti harian mereka hanyalah menangkap ikan sahaja. Walau bagaimanapun mereka akan naik ke darat atas tujuan tertentu seperti membeli keperluan harian, menjual hasil tangkapan ikan, merayakan sesuatu perayaan dan sebagainya.



Secara keseluruhannya, kedua-dua puak Bajau di Sabah pada abad ke 20 ini amat mudah dibezakan di antara satu sama lain kerana golongan di pantai barat lebih suka menetap di darat dan golongan Bajau Laut di pantai timur lebih selesa tinggal di dalam perahu. Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa kedua-duanya lebih cenderung kepada kehidupan di laut dan bergantung sepenuhnya kepada aktiviti di laut.

Sekian.

** jangan lupa yea...follow blog aku nii

No comments:

Post a comment