Tuesday, 27 September 2016

Mengenali Nama Bandaraya Ipoh daripada Pokok Upas/Ipoh..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua.... Entri kali ini aku nak cerita tentang nama bandaraya Ipoh yang diambil sempena nama pokok Ipoh. Kalau dahulunya pokok Ipoh banyak ditanam di sekitar bandar Ipoh tetapi sekarang hanya tinggal 3 pokok sahaja yang masih kekal. Salah satunya ada ditanam dan diselenggara oleh pihak MBI di taman berhadapan dengan bangunan stesyen Keretapi Ipoh.

Getah Pokok Ipoh digunakan oleh orang asli sebagai racun untuk memburu yang disapu pada hujung mata sumpit. Racun Ipoh dikatakan boleh melumpuhkan malah membunuh sesiapa yang terkena akannya.


Nama saintifik bagai pokok ipoh ataupun juga dikenali sebagai pokok upas ialah Antiaris toxicaria Lesch. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan tropika seperti di Malaysia, Filipina, Borneo, Indonesia, India, Mynmar, Indochina dan sebahagian dari Kepulauan Fiji. Ia hidup subur di kawasan bertanah rendah dan lembab dan amat jarang ditemui di kawasan tanah tinggi dan beriklim sejuk. 






Pokok Ipoh merupakan sejenis tumbuhan berkayu keras serta bercabang dan ia boleh mencapai ketinggian sehingga lebih daripada 50m. Pohonnya disokong oleh akar banir yang besar dan batangnya mempunyai lilitan melebihi satu meter.


Pokok Ipoh merupakan tumbuhan yang beracun. Masyarakat Melayu dan orang asli menggunakan getah pokok ini sebagai salahsatu bahan di dalam rumusan racun panah atau sumpitan mereka. Getah ipoh yang telah diolah bersama beberapa bahan lain akan disapukan pada hujung anak panah atau sumpitan untuk digunakan ketika berburu. Lazimnya, mereka akan menggunakan racun yang kurang kuat untuk memburu binatang kecil seperti burung dan tupai dan racun yang lebih kuat untuk binatang yang lebih besar seperti monyet.


Menurut sejarah, getah ipoh telah digunakan secara meluas pada anak panah dan sumpitan oleh penduduk tempatan di Tanah Melayu dan Indonesia semasa menentang Portugis dan Belanda suatu ketika dulu.

Bahan Toksik

Terdapat lebih 400 glikosid jantung yang boleh diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan pokok ipoh merupakan salah-satu daripadanya. Getah ipoh mempunyai sifat-sifat agen iritasi dan glikosid jantung. Ciri-ciri sebatian glikosid jantung inilah yang membuatkan rumusan racun tersebut bertindak dengan berkesan terhadap mangsa. Beberapa glikosid jantung telah ditemui dalam getah ipoh, antaranya a-antiarin, b-antiarin, 12 b-hydroxycannogenin 3 b-O-b-D-deoxygulopyranoside dan 3b-O-a-L-rhamnopyranoside.


Dalam kepekatan kecil, sebatian yang mempunyai sifat-sifat sebagai glikosid jantung mampu menguatkan jantung yang lemah dan memperlahankan degupan jantung yang cepat. Sebalik-nya, pada kepekatan tinggi, ia boleh mengakibatkan kegagalan jantung.


Pendedahan yang berlebihan boleh mendatangkan masalah pada usus dan sistem saraf. Antara tanda-tanda keracunan adalah rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit, gangguan peng-lihatan, sakit kepala, letih, rasa keliru, badan menggeletar, kacau fikiran dan sawan. Masalah jatung merupakan masalah yang biasa terjadi dan ia merupakan kesan yang paling merbahaya sekali. Kematian berlaku akibat jantung gagal berfungsi.


Kegunaan lain

Ramai yang keliru dalam membeza-kan antara pokok ipoh dan akar ipoh. Akar ipoh atau nama botaninya Strychnos ovafolia ialah sejenis tumbuhan yang melilit dan memanjat. Walau bagaimanapun, akar ipoh juga beracun dan sering digunakan dalam rumusan membuat racun panah atau sumpitan bersama-sama getah ipoh.


Tiada laporan yang menyebut getah  ipoh atau bahagian-bahagian lain pokok ini pernah digunakan sebagai bahan ramuan perubatan tradisional. Kebanyakannya hanya menyebut kegunaannya sebagai racun panah atau sumpitan.


Perkataan ‘ipoh’ atau ‘upas’ juga tidak merujuk secara khusus kepada pokok ipoh atau akar ipoh sahaja. Ia lebih merujuk kepada tumbuhan yang beracun. Oleh yang demikian ada kalanya ditemui perkataan tersebut digunakan untuk merujuk tumbuhan beracun yang lain seperti ‘Upas kamarunggi’ (Sophora tomentosa) dan ‘Upas laki-laki’ (Ochrosia oppositifolia).
 

Famili: Moraceae



Nama saintifikAntiaris toxicaria Lesch.


Nama tempatan: Pokok Upas, Pokok Ipoh.

Daun: Ringkas dan berselang-seli. Berbentuk bujur memanjang antara 7.5-20sm. Lebar 3.8–9sm. Terdapat 10 hingga 14 pasang urat daun. Tangkai daun  0.25 –1sm panjang. Tepi daun licin atau sedikit bergigi; pangkal daun berbentuk bulat, kebiasaannya berbentuk hati yang tidak sama rata.

Bunga: Uniseks; terdapat di celah/axil daun. Bunga jantan dan betina terdapat pada pokok yang sama. Bunga jantan – kecil, berkepala dan berada di bawah ranting; setiap satu bunga mempunyai 4 sepal dan 3 –8 stamen. Bunga betina wujud secara berkelompok di bahagian atas ranting.

Buah: Berbentuk buah ‘pear’, berwarna merah tua yang bertukar kepada. Hitam; lebih kurang 4.5sm panjang dan 1.25sm lebar, lembut dan lembab seperti baldu..(sumber: Razak Haji Lajis dan Adenan Jaafar). 

Aku sendiri pun tidak mengetahui berapa usia pokok Ipoh ni sekarang...kerana sejak sekolah lagi pokok ini dah sememangnya wujud dan masih teguh berdiri. Memang sangat istimewa sebab pokok ini ditanam di hadapan Stesen Keretapi Ipoh dan mudah dilihat oleh orang ramai dengan jarak dekat. Pokok ini juga masih kekal terpelihara dengan baik.
 
Sekian.

**jangan lupa tau follow blog aku nii

No comments:

Post a comment