Saturday, 17 September 2016

Menerokai Keindahan Taman Diraja Belum

 Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,




Hai korang. Sihat tak hari nii? Apa pun aku harapkan korang semua berada dalam keadaan yang sihat serta ceria-ceria selalu. Hari nii aku nak bawa korang semua ke tempat alam semulajadi di negeri Perak. Seronoknya......dan berbunga-bunga rasa hati bila berpeluang untuk menerokai Taman Diraja Belum Tasik Banding Perak. Kalau korang nak ke sini.... korang kena menuju ke arah Grik. Dari Pekan Grik ke Tasik Banding memakan masa lebih kurang 1 jam. Kalau dari Ipoh hampir 3 jam 40 minit.... 



Kat jeti Tasik Banding ada disediakan bot untuk ke Taman Diraja Belum... boathouse pun ada. Untuk masuk ke Taman Diraja Belum... korang kena beli permit. So make sure... korang plan betul-betul. Kalau korang nak balik hari, korang kena bawa makanan untuk mengalas perut sebab kat dalam tuu tak ada kedai makan.


Taman Diraja Belum nii berusia 130 juta tahun merupakan salah satu tapak penting yang dipilih sebagai sebagai destinasi eko-pelancongan. Kekayaan sumber semulajadi flora dan fauna yang terdapat di sini adalah antara yang terkaya di dunia. Kawasan ini kaya dengan pelbagai khazanah biodiversiti yang telah diiktiraf sebagai Kawasan Sensitif Alam sekitar Tahap 1 dalam Pelan Fizikal Negara (2005). Kedudukanya di Utara Negeri Perak Darul Ridzuan, dan bersempadan dengan Halabal National Park Thailand di bahagian utara, bersempadan dengan Hutan Kelantan di Timur dan di bahagian Barat bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Muda Kedah.



Kawasan ini merangkumi Hutan Simpan Belum dengan keluasan keseluruhan 134,167.00 hektar dan telah diwartakan sebagai Taman Diraja Belum pada 3 Mei 2007 dengan keluasan 117,500 hektar serta kedudukannya adalah bersempadan dengan Hutan Simpan Temengor seluas 148, 870.00 hektar (Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Perak, 1998).



Hutan ini menjadi tempat perlindungan kepada hidupan liar seperti Malayan Tiger, Seladang, Sambar Deer, serow, Tapir, Malayan Sun Bear, babi hutan, pelbagai spesis monyet. Hutan Simpan Belum Temengor juga merupakan satu-satunya hutan di Malaysia yang didiami oleh 10 spesis hornbill, sementara reflesia – bunga terbesar di dunia adalah tumbuhan yang hidup subur di sini (WWF, 2007).

 
Taman Diraja Belum turut dihubungkan dengan Tasik Temengor yang merupakan tasik buatan terbesar dengan keluasan 15,200 hektar, dan mempunyai 20 buah pulau buatan yang pada asalnya adalah puncak bukit (Pelan Ekopelancongan, 1996).




Di samping kekayaan flora dan fauna yang terdapat di Taman Diraja Belum, kawasan ini turut dihuni oleh masyarakat Orang Asli dari suku Jahai dan Temiar. Kawasan Belum Temenggor merupakan kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal sejak tahun 1990-an. Jahai (Senoi) dan Temiar (Negrito) merupakan kumpulan etnik Orang Asli yang utama di kawasan ini.Terdapat 19 buah kampung di kawasan ini dan jumlah penduduknya adalah lebih kurang 2,309 orang (JAKOA, 2013).



Kewujudan Belum Rainforest Resort dan Pulau Banding Rainforest Research Centre di Pulau Banding, Gerik, Perak merupakan satu kejayaan manusia untuk memastikan keindahan alam yang ada perlu sentiasa dipelihara dan dijaga supaya ia berkekalan. Ia sesuai dengan slogan pusat eko pelancongan terkemuka ini untuk menjadikannya sebagai pintu masuk utama atau Gerbang Ke Alam Semulajadi terunggul yang menjadi kayu pengukur dalam memajukan kawasan yang belum diterokai ini.



Kompleks Hutan Belum Temenggor pula merupakan khazanah alam semulajadi yang meliputi kawasan seluas 300,000 hektar yang dikelilingi dengan jasad air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar, hutan simpan, hidupan liar, flora dan fauna yang dipelihara dan diurus dengan baik supaya generasi akan datang dapat terus menikmati keindahan alam. Ia terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum. Kawasan ini adalah antara kawasan hutan hujan tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika. 



Dari keluasan Kompleks Hutan Belum Temengor ini, hanya Taman Negeri Diraja Belum berkeluasan 117,500 hektar yang diberikan status sebagai Taman Diraja pada 31 Julai 2003 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan digazetkan sebagai Taman Negeri Diraja Belum pada 3 Mei 2007. Bagi memastikan keindahan yang tidak ternilai terus dipelihara, Kumpulan Emkay memajukan Belum Rainforest Resort dan Pulau Banding Rainforest Research Center untuk menjadikan Pulau Banding laluan keluar masuk ke alam semulajadi. Belum Rainforest Resorts adalah kemudahan infrastruktur untuk pelancong dan Pulau Banding Rainforest Research Centre adalah satu lagi pusat penyelidikan dalam bidang bio-diversiti dan pharmaseutikal.





Daerah Hulu Perak memiliki alam semulajadi dan Hutan Diraja Royal Belum kaya dengan biodiversiti hutan tropika yang telah berusia 130 juta tahun. Ia merupakan projek pelancongan yang amat bernilai jika dibangunkan secara holistik dengan memastikan bahawa khazanah negeri terus terpelihara. Projek ini dilancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlah Shah pada 9 Julai 2008.
 



Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, bagi merealisasikannya, Kumpulan Emkay melabur sebanyak RM37 juta bagi menaik taraf kemudahan penginapan kepada 70 buah bilik bertaraf tiga hingga empat bintang. Ia adalah salah satu daripada lima fasa pembangunan Pulau Banding bagi tempoh 10 hingga 15 tahun dengan keseluruhan pelaburan dianggarkan RM600 juta.


Resort ini lengkap dengan kemudahan tambahan seperti Restoran Hornbill, bilik mesyuarat, surau dan kemudahan serta pakej rekreasi ke Kompleks Hutan Belum Temenggor serta jeti yang menempatkan beberapa buah bot dan sebuah bot penyelamat. Belum Rainforest Resort ini siap tidak sampai setahun dan mula beroperasi pada penghujung Mac tahun ini.




Apa yang menarik, Kumpulan Emkay menerima pekerja dari kalangan Orang Asli dan menyiapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan seperti mengadakan latihan mengurut secara tradisional. Mereka ini diberi elaun kursus serta disediakan kemudahan tempat tinggal dan makan minum. Mustapha Kamal berkata, sebagai permulaan, empat wanita Orang Asli sedang dilatih dan setelah tamat latihan mereka akan diserap sebagai pekerja tetap di resort ini. Bagi memberi pendedahan kepada kumpulan kugiran remaja Orang Asli, mereka diundang mengadakan persembahan pada majlis anjuran syarikat dan resort. Ini dapat memberi peluang kepada Orang Asli mendapat sumber pendapatan baru,katanya. 

Sementara Pulau Banding Rainforest Research Centre di bawah naungan Yayasan Pulau Banding pula berperanan sebagai pemangkin penyelidikan botani, zoologi dan lain-lain untuk mengkaji kepelbagaian biologi, flora, fauna dan kehidupan akuatik yang ada di Kompleks Hutan Belum-Temenggor.


Projek perintis di bawah pusat kajian ini dijalankan bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan melantik Usains Holdings untuk membuat kajian bagi mengatasi masalah kepupusan spesies ikan kelah dan temoleh di Tasik Temenggor yang berkait rapat dengan masyarakat Orang Asli di sini.


Adalah diharapkan hasil penyelidikan yang dijalankan, spesies ikan temoleh dan kelah dapat dipulih dan dapat memberi peluang pendapatan lebih lumayan dan berterusan bagi masyarakat Orang Asli. Di samping itu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah membuat kajian bagi pokok-pokok yang terdapat di Pulau Banding ini. Kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal juga menjejaskan sumber makanan Orang Asli di kawasan ini. Begitu juga dengan ekosistem flora dan fauna serta spesis haiwan yang mendiami Kompleks Hutan Belum-Temenggor ini turut terjejas.




Mustapha Kamal berkata, Emkay tidak menjalankan pembangunan di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya dan mewujudkan Piagam Pulau Banding yang digubal bersama panel penasihat yang berpengalaman dan berpengetahuan sebagai garis panduan pembangunannya. Panel tersebut terdiri daripada Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof. Dr. Mashor Mansor (USM), badan-badan bukan kerajaan seperti WWF-Malaysia yang diketuai oleh Datuk Dr. Dionysius Sharma dan Persatuan Pencinta Alam atau MNS yang diketuai oleh Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab serta penyelidik dari FRIM sendiri.


Piagam Pulau Banding ini turut memberi penekanan kepada kepentingan komuniti tempatan terutama masyarakat Orang Asli yang mendiami Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor.Program perintis kemasyarakatan ini akan dinikmati oleh 1,632 masyarakat Orang Asli dari tiga penempatan iaitu perkampungan Sungai Tiang, Kampung Semelor dan Rancangan Penempatan Tersusun Air Banun. Usaha kemasyarakatan ini dijalankan bersama dengan Mercy Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah, Malaysian Medical Association dan Syarikat Educate To Learn iaitu syarikat yang melaksanakan program-program pembelajaran awal kanak-kanak. 



Yayasan Emkay memberikan peruntukan dana sebanyak RM850,000 untuk menjalankan program kemasyarakatan selama setahun. Sementara itu, masyarakat Orang Asli di sekitar Taman Negeri Royal Belum menyambut baik langkah Kumpulan Emkay membangunkan Pulau Banding sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semulajadi. Langkah itu menurut mereka sangat dinantikan kerana dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.



Seorang penduduk, Chali Itam, 75, berkata, langkah Kumpulan Emkay melibatkan penduduk tempatan dalam aktiviti ekonomi serta pekerjaan yang diwujudkan akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli.Katanya, sebelum ini, masyarakat Orang Asli di sini banyak melakukan kerja kampung dengan pendapatan yang tidak seberapa. Seorang lagi penduduk, Anjang Semangoi, 38, berkata, pembangunan di kawasan itu akan menarik kehadiran ramai pelancong dan ini membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat Orang Asli. Katanya, mereka bukan sahaja boleh bekerja di resort, malah boleh mencari pendapatan dengan menjadi pemandu pelancong, menjual hasil kraf tangan serta melakukan pertunjukan kebudayaan.



Pendekatan ini tepat pada masanya kerana pihaknya kini sedang menghadapi masalah kepupusan ikan di Tasik Temengor dan kayu gaharu disebabkan aktiviti pembalakan.Arau Bekrek, 22, pula berkata, usaha Kumpulan Emkay untuk memulihara alam sekitar termasuk ikan di Tasik Temenggor adalah sangat baik kerana ramai Orang Asli bergantung kepada hasil hutan dan tangkapan ikan sebagai punca pendapatan. Sekarang, hampir semua spesies ikan seperti kelah, temeloh dan tenggalan sukar ditemui sehinggakan kami nak makan pun susah katanya.




Sementara itu dalam titah Sultan Perak, baginda menyarankan agar Kerajaan Negeri melaksanakan Pelan Pengurusan Bersepadu (Integrated Management Plan) bagi memastikan keindahan alam semulajadi dan kekayaan kepelbagaian bio di kawasan Belum-Temenggor ini sentiasa terpelihara demi generasi akan datang. (sumber: Utusan Online 13 Julai 2008).



Aku hanya berpeluang untuk menerokai suku saja kawasan Taman Diraja Belum ini.. iaitu dibahagian utara. Kawasan ini merupakan punca air bagi Negeri Perak yang mencantumkan Sungai Perak dengan Sungai Kelantan. Di sini terdapat banyak batu-batu sungai yang besar dengan air yang sangat jernih hingga nampak ke dasarnya.



Selain itu, aku jugak dapat menjejakkan kaki ke Air Terjun. Untuk ke air terjun ini...korang kena jungle tracking dalam 40 minit... so badan korang kena la 'fit'. Penat dan mencabar jugak... kalau korang hendak melihat bunga pakma... korang kena teruskan pendakian lagi 40 minit dengan kecondongan 80 darjah. Memandangkan kami kesuntukan masa dan hanya ingin membuat survei awal...jadi kami tidak meneruskan tracking hanya di air terjun saja.





Korang juga boleh pergi melihat perkampungan orang asli.. Aku jejak kaki ke Kampung Aman Damai yang dikatakan menjadi tumpuan para pelancong. Sebenarnya aku dah banyak kali pergi perkampungan orang asli terutama di Daerah Cameron Highlands tetapi masih lagi teruja. InshaAllah next time aku nak terokai bahagian selatannya pula....

Sekian.

No comments:

Post a comment