Monday, 19 September 2016

Makam Pahlawan Melayu Tok Janggut...Menentang Penjajah Inggeris.


Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang.. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pasti korang selalu dengar nama Tok Janggut dalam buku sejarah...yang merupakan seorang pahlawan Melayu. Dari sekolah dulu aku memang tak minat sejarah...selalu jer dapat markah rendah tapi entah laa...kerja aku pulak yang terbabit dengan benda-benda sejarah nii.... Bila dak kerja terasa seronok pulak nak tahu tentang sejarah... dan aku bertambah-tambah ria gumbira bila dapat peluang untuk melawat ke Makam Tok Jaggut ni.




Makam Tok Janggut terletak di atas tanah kepunyaan Puan Hajah Salamah binti Muhammad Diah di Pasir Pekan, iaitu kira-kira sepuluh rantai jaraknya dari tebing kanan mudik Sungai Kelantan (bertentangan dengan Bandar Kota Bharu).


Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Hasan bin Munas. Beliau ini adalah dianggap sebagai Pahlawan Kebangsaan Orang Melayu kerana ketabahan hatinya menentang penjajah Inggeris yang mula mencengkam Negeri Kelantan. Sayangnya beliau terbunuh dalam satu peperangan yang dipimpin oleh beliau sendiri dalam tahun 1915 kerana menentang penjajah Inggeris. 





Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Kekacauan timbul di Jeram, Pasir Puteh pada 29 April 1915 dikenali dengan "musuh Tok Janggut". Engku Besar tidak lagi berkuasa kerana diambilalih oleh Pegawai Jajahan yang dilantik oleh British. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Encik Latiff, Pegawai Jajahan yang baru adalah "orang luar" menjalankan tugasnya dengan tegas khususnya di dalam hal kutipan cukai.




Engku Besar membuat perundingan dengan Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut), Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, di mana keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Kerajaan British dicapai. Tok Janggut bersama-sama rakan-rakannya mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff.


Pada 29 April 1915, satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Tok janggut. Pergaduhan kecil berlaku di mana Sarjan Che Wan telah terbunuh. Arahan menangkap Tok Janggut dibuat oleh Encik Latiff.





Tok Janggut kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Perintah menangkap Tok Janggut dikeluarkan. Bantuan tentera dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu tiba, dan pada 6 Mei 1915 berlepas ke Pasir Puteh, Toas Tok Janggut dilancarkan pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Di Kampung Pupuhlah Tok Janggut terbunuh dan mayatnya di bawa ke Kota Bharu. Setelah digantung beberapa hari, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayatnya dikebumikan di Pasir Pekan.

Makam Tok Janggut kini terbiar tanpa penjagaan yang rapi. Semasa kedatangan aku ke makam ini...kawasan kampung ini baru setahun terlibat dengan banjir yang besar, menyebabkan kesan-kesan tanah terdapat didinding tembok batu makam ini. Makam ini perlu dilakukan kerja-kerja menaiktaraf kerana menjadintumpuan pelancong serta kenangan sejarah bangsa Melayu menentang penjajah.


Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea..

No comments:

Post a comment