Wednesday, 21 September 2016

Jom Rehatkan Diri...Lapangkan Minda di Wet World Resort Air Panas Pedas

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai...hai...hai... Apa khabar korang hari nii ? Entri aku hari nii masih berkaitan dengan aktiviti kekeluargaan. Sekali lagi...adik-adik ipar aku buat plan mengejut untuk gi mandi-manda kat kolam air panas...kali nii kat Pedas Negeri Sembilan pulak! Almaklum laa...cuti sekolah seminggu sekali dengan cuti Raya Haji dan Hari Malaysia...berjalan sakan laa kami... Tapi kalau korang nak tahu...kali nii lagi besar dan banyak makanan yang kami bawa...sebab semasa gi Pusat Rekreasi Air Panas Bemban tempohari....makanan kami tertinggal kat rumah satu beg. Kiranya macam nak balas dendam laa....hik...hik..hik...

  


Selesai subuh jer..aku dan adik ipar aku ina, gi menyoping ketam kat Pasar Borong Hang Tuah. Terkejuz beruk aku...ketamnya punya laa murah...2 kilo lebih baru RM30. Aku rasa....aku sorang pun boleh habis sebab aku nii peminat setia ketam. Adik ipar aku, si...busu pun peminat ketam macam aku...dia laa yang punya idea untuk masak ketam nii.

  
  

Setelah selesai memasak ketam (goreng kunyit dan masak lemak cili api...memang TERBAIK laa masakan adik ipar aku ina) dan membuat sandwish...kami pun bersiap-siap laa untuk bergerak dan kali ni pastikan tak de barangan yang tertinggal...3 kali kami check tau. Pukul 11 pagi...kami pun bertolak dengan 3 biji kereta. Sepanjang jalan memang best giler sebab aku dapat lihat banyak rumah-rumah tradisional Melaka yang cantik-cantik terpelihara. Lebih kurang jam 12 tenghari...kami tiba di Wet World Resort Air Panas Pedas nii. 


  

Tiba jer kat sini kami dikejutkan dengan papantanda amaran..."Makanan Luar Tidak Dibenarkan Bawa Masuk". Maka...idea-idea luar biasa pun muncul...mula laa kami punggahkan segala makanan dan sorokkan dalam setiap beg pakaian mandi...beg aku pun tak terkecuali, dimasukkan sandwish. Apabila hampir nak tiba kat pintu masuk...rupa-rupanya ada disediakan meja untuk checking beg. Aku tengok beg pengunjung yang kat depan tu dibuka satu persatu. Alamak!! kantoi laa macam nii... 



Nak punggah balik...rasa malas laa pulak. So kami plan untuk ke tempat lain. Yea laa...ketam feberet aku tak dapat nak bawa masuk...takkan nak simpan dalam kereta jer...

Kami pun menuju ke Hutan Lipur Gunung Datuk di Rembau...Alangkah terkejuz jugak kami kerana air terjun kat sini dah cetek had buku lali jerr....camna nak berendam! frust betul!! Perut dah buat bunyi keroncong...terbayang-bayangkan ketam...Namun dengan tekat dan keazaman yang kuat...supaya kami boleh makan dengan tenang dan menghayati ketam masak lemak...so kami try cari "pot" lain.
 

Kami pun menuju ke satu tempat swimming pool nii (aku terlupa plak namanya dan daerah mana)...Malang jugak nasib kami kerana tempat ni ditutup sementara kerana renovation. Adussss....Perut dah lapau... nasib baik tadi aku ada songlap sandwish dalam beg aku so kami pun makan la dalam kereta sambil cari tempat mandi-manda yang sesuai.



Untuk kali keempatnya pula kami menuju ke Kolam Air Panas Cherana Putih. Sampai jer kat parking....aku dah terasa pelik...nape tak de kereta langsung sedangkan hari ni hari cuti...orang pun tak de. Kami cuba meninjau dan masuk ke dalam kawasan nii...pintu terbuka...radio berbunyi tetapi tiada orang... Disebabkan cuaca pulak terlampau panas..kawasannya pula kecil dan tempat teduhan kurang...so kami plan ke tempat lain.


Korang bayangkan...masa nii dah 3 jam kami dalam kereta...muka masing-masing dah kelaparan dan kebosanan. Si muaz dah tarik muka dan pandang keluar tingkap. Last-last...kami sepakat untuk kembali semula ke Wet World Resort Air Panas Pedas....

  


So sebelum masuk ke wet world nii....kami makan di kawasan parking di bawah panas terik matahari...sebab tak de wakaf disediakan. Kami tak dapat menghayati ketam dengan sepenuhnya sebab panas dan jam pun dah hampir pukul 3 petang. Yang penting isi perut dulu...
Masa nak masuk beli tiket...tak de pulak budak tukang checking beg tuu....angin jer rasa satu badan...mungkin bukan rezeki kami tadi...saja disuruh ronda-ronda kat Negeri Sembilan dulu...haa..haa...haa. Anak buah aku apa lagi...semua dah tak 'sabau' nak terjun.

  

Aku difahamkan Wet World Resort Air Panas Pedas ini menggunakan sumber air panas semula jadi yang dikatakan ditemui oleh penduduk kampung di situ pada abad ke-19. Uniknya air panas ini tidak mempunyai sulfur. Air panas ini juga dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit dan lenguh sendi serta melegakan otot badan yang tegang. Jadi tidak hairanlah wet world ini didatangi pelancong dari Thailand, Jepun, dan Singapura. 




Cuma yang kurang menariknya kawasan luar wet world nii di area parkir....tidak memberi perasaan sense of welcome. Alat permainannya telah rosak dan uzur serta mencacatkan pemandangan. Dan korang kena hati-hati juga dengan kehadiran monyet yang berkeliaran mencari makanan.


Tetapi apabila korang masuk ke dalam kawasan wet world nii...suasana bertukar menjadi lain dan lebih menarik. Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti restoran, gimnasium, surau, bilik persalinan, pelampong,  gelanggang tenis, kedai cenderamata dan wakaf. Wet world ini dibuka setiap hari bermula dari jam 1 petang hingga 7 malam manakala pada hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 petang.
Pengunjung dikenakan bayaran masuk RM15 bagi dewasa manakala kanak-kanak RM13 dan mereka yang menjadi ahli kelab dapat manfaat dengan potongan harga sebanyak 10 peratus.
Wet World Resort Air Panas Pedas ini terletak di Kilometer 20, Jalan Seremban - Tampin dan pengunjung yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan boleh turun ke Plaza Tol Senawang dan terus menuju Jalan Seremban - Tampin.
 

Kalau korang datang ke sini pada musim cuti memang ramai pengunjung tetapi kawasan kat sini sangat luas dan pelbagai permainan air korang boleh cuba. Aku cuba main gelongsor air dengan menaiki pelampung besar tuu...gayat sungguh. Habis suara aku menjerit...rasa macam keluar segala macam stress kerja.

Aku juga berendam dan melayan anak buah aku bermain air...budak-budak biasa laa..memang seronok dan leka bermain dengan air. Aku tidak melepaskan peluang untuk kandid gambar diorang dengan pelbagai aksi. Tuu..memang hobi aku.

  


Aku sangat berpuashati dapat berendam kat Wet World Resort Air Panas Pedas. Kawasannya juga sangat bersih. Makanan dan minuman memang sangat mahal. Lanskap kat sini pun cantik dengan wakaf ala-ala tradisional yang boleh disewa. Dan pastinya aku akan datang lagi kat sini.


Sekian.




No comments:

Post a comment