Sunday, 18 September 2016

Jom Lihat Istana Alauddin/Istana Bandar Klang


Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua... Hari nii aku nak bawa korang menerokai istana lama yang sangat cantik seni binanya...terletak di Klang. Dah lama jugak aku teringin nak ke Istana Alauddin ini sebab senibinanya menarik minat aku. Aku suka lihat bangunan yang cantik-cantik dan berseni. Kagum rasanya dengan orang yang membina bangunan seperti ini (arkitek/tukang kayu). Apatah lagi dengan susun aturnya yang tersusun cantik. Ditambah pula dengan lanskap persekitaran bangunan yang boleh memukau pandangan. Warna catnya yang putih menyerlahkan lagi keanggunannya.


First time aku lihat... aku tak pasti, kat mana pintu masuk utama istana ini. Aku masuk ikut bangunan sisi kanan yang menempatkan plak warisan pada bahagian dinding pintu masuk.

  

Istana Sultan Alaedin ini lebih dikenali dengan nama Istana Bandar dibina pada tahun 1899 yang didirikan berdekatan dengan Masjid Bandar, kira-kira lima belas kilometer dari Banting, Selangor.
Penjaganya adalah Allahyarham Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1865-1938) yang memilih tapak ini tidak jauh dari jalan dan sungai yang telah sedia ada. Hal ini supaya dekat dengan pusat pengangkutan utama yang menghubungkan bandar Temasya dengan Jugra dan Klang. 




Istana Alauddin nii merupakan sebuah kompleks istana yang tersergam indah di Bandar dan juga merupakan bekas pusat pemerintahan awal kerajaan negeri Selangor. Istana ini dibina dengan 40 buah bilik semasa pemerintahan Almarhum Sir Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke 5).

Istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama permaisuri baginda Hajjah Safiah. Baginda bersemayam di istana ini lebih kurang 35 tahun sehinggalah baginda mangkat pada 1938. 



Tapak ini kemudian dikembangkan oleh masyarakat tempatan dan menjadi daya tarikan kepada ramai orang luar termasuk dari Pulau Jawa sehingga melakukan serangan di sini.Keseluruhan struktur bangunan ini dibiayai oleh DYMM Sultan Alaedin sendiri, yang dibina akibat daripada krisis keluarga yang berkaitan dengan insiden antara Tengku Ampuan Mahrum dan isteri dari orang kebanyakkan. Namun demikian, isteri baginda hanya menduduki istana untuk tiga tahun pertama sebelum kematiannya pada tahun 1920-an.


  

Di Istana ini juga Sultan Salahuddin Abdul Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan ke tujuh yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan telah ditabalkan pada 1926.

Istana ini mempunyai gabungan antara senibina tempatan, Moor dan kolonial. Bumbung limas mengambil beberapa elemen reka bentuk senibina Aceh dan bentuk simetri yang menggambarkan gaya warisan penjajah. Elemen Gothic dan Rom jelas kelihatan pada tiang dan dinding bata tebal.

Reka letak istana dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut hirarki, yang merupakan ruangan awam untuk rakyat jelata, ruangan separa peribadi untuk pegawai istana dan kawasan peribadi untuk kerabat diraja. Tingkat pertama berfungsi sebagai ruang awam dan ruang separa peribadi manakala tingkat bawah mengandungi ruang untuk kerabat diraja. Istana ini mempunyai empat puluh buah bilik untuk disesuaikan dengan keperluan keluarga diraja.



  

Struktur utama bangunan adalah daripada konkrit, marmar dan kayu cengal. Dinding penahan beban diplaster dan disokong dengan struktur tiang dan alang. Koridor dengan ruangan terbuka lebar di tingkat atas disokong oleh sistem struktur rentangan yang panjang.

Istana Sultan Alaedin mempunyai 27 bukaan tingkap dan pintu termasuk panel kayu dengan pelbagai ukuran untuk disesuaikan dengan tujuan. Pintu masuk utama ke istana ini dihiasi dengan ukiran konkrit yang rumit dan terperinci bermotifkan bunga bermula dari gerbang hingga ke pintu masuk.




Lantai di tingkat bawah menggunakan jubin marmar manakala tingkat atas menggunakan kayu keras cengal.

Tangga pusaran utama yang terletak di pintu masuk istana dibuat daripada konkrit dengan menara berada di bahagian atas peleparnya. Ada beberapa anak tangga yang sering digunakan oleh penghuni yang berada dekat dengan bilik tidur keluarga diraja. Ada dua tangga kayu yang dibuat daripada kayu keras cengal yang bersempadan dengan kawasan lain di istana.
 


Bahagian dalam Balai Rong Seri ditatah dengan ukiran kayu yang penuh dihiasi dengan motif geometri dan tanaman. Struktur tiang di atas tanah yang berukuran 50cm x 50cm dan di tingkat atas berukuran 40 cm x 40 cm dihiasi dengan tanaman dan motif bintang tunggal.


Papan tumpu kasau dihiasi dengan bulan sabit dan bintang simbol Islam. Jelas disini, adanya tekanan yang kuat terhadap senibina Moor yang tergambar pada pintu dan tingkap. Gambaran motif Arab daripada senibina Timur Tengah kelihatan menghiasi tepi pintu dan tingkap. Pelepar konkrit dan pagar kayu yang dihiasi dengan motif diulangi dengan motif pasu dari Timur Tengah dan lepaan. 



Selain itu, ada binaan kecil di tengah bumbung dipanggil astaka yang dihiasi dengan tunjuk langit dan papan cantik di bahagian birai bumbung yang melengkapkan ciri pembinaan istana Melayu. Ukiran tebuk dan kerawang bersilang adalah antara penyeri memperlihatkan ketelitian dan kesenian tukang-tukang mahir terdahulu untuk pengudaraan yang baik.

Istana ini menerapkan unsur-unsur seni ukiran dan ragam hias dengan pengaruh Cina kerana menggunakan khidmat tukang Cina yang mahir. Selain itu, persekitaran istana ini juga mempunyai lanskap yang menarik serta kolam-kolam yang terletak di bahagian hadapan istana.


Genting bumbungnya jenis genting India profail ‘V’ yang disusun berlapis. Terdapat pinnacles/spike berhias yang terletak di bahagian menara seperti hiasan di bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Struktur bumbungnya juga berbeza-beza ketinggiannya kerana dikatakan untuk menggambarkan struktur hierarki pentadbiran dalam istana.

Bumbung limas melitupi kawasan utama yang dibina mengikut ketinggian yang berbeza sebagai cerminan hirarki politik istana. Bumbung bertingkat digunakan untuk memberi perlindungan kepada kawasan utama yang dikhususkan kepada pegawai kerajaan, dapur dan balai nobat. Sementara itu, bumbung datar ditambah kemudiannya, ketika dilakukan pengubahsuaian pada tahun 1900.


Selepas kemerdekaan, Istana Alauddin telah ditinggalkan berikutan pusat pentadbiran berpindah ke Kuala Lumpur. Bangunan ini kemudiannya dijadikan Pusat Kraftangan Daerah dan Maahad Tahfiz selama beberapa tahun.


Projek pemuliharaan istana mula dilaksanakan pada bulan Disember 2008 sehingga pertengahan tahun 2009 oleh Jabatan Warisan Negara setelah menjalankan kajian awal pada 2007 dan mendapati bahawa bangunan ini perlu dibaiki dan dipulihara demi sejarah dan warisan untuk tatapan generasi akan datang.

Antara kerja-kerja yang dilaksanakan termasuklah kerja-kerja pembaikan struktur bumbung dan bumbung serta elamen-elemen bangunan yang diperbuat daripada bahan organik seperti kayu dan papan.
 


Masalah kelembapan juga telah dirawat dengan menggunakan teknik penggunaan kokun (coccun) dan suntikan bahan kimia. Kerja-kerja mengikis, merawat dan mengecat semula dinding, lantai dan siling turut dilaksanakan pada keseluruhan bangunan.

Kerja mengganti dan merawat atap genting India juga dilaksanakan secara berperingkat. Kerja-kerja baru hanya melibatkan kerja lanskap termasuk binaan laluan pejalan kaki, menanam rumput dan membina kawasan parkir bertar untuk kenderaan pelawat.
 

Tapi kini setelah 8 tahun berlalu....istana ini mengalami kerosakan semula kerana tiada pengisian dan penggunaan dilakukan kerana kekurangan peruntukan. Bangunan yang tidak didiami akan cepat mengalami kerosakan. Pihak Muzium Insitu sedang berusaha mencari dana bagi membaiki dan menjadikan istana ini sebagai galeri.

Tidak dinafikan istana ini sangat cantik rekabentuknya tetapi aku tidak dapat menerokai keseluruhan istana ini kerana terdapat ruang yang membahayakan diri kerana keadaan lantainya yang telah mereput. Aku dapat melihat ruang bilik, ruang dapur, ruang mahkamah, ruang sel, ruang dewan dan lain-lain lagi. 


Sekian.

**jangan lupa yea follow blog aku nii

No comments:

Post a comment