Wednesday, 21 September 2016

Jom Berendam Di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Jasin, Melaka (Jasin Hot Spring)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai semua... Apa khabar hari nii ? Hari nii aku nak citer tentang aktiviti aku di waktu cuti. Cuti Raya Haji tempohari...aku berpeluang ke Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Jasin, Melaka. Kolam air panas nii dah ada sejak tahun 1884...dah seratus lebih tahun. Ni adalah merupakan kali pertama aku sampai ke sini. 



Perancangan ini dibuat oleh adik-adik ipar aku yang sememangnya suka meronda-ronda melakukan aktiviti sihat bersama anak-anak mereka sempena cuti sekolah. Setelah menyiapkan segala macam makanan kami pun bertolak ke Jasin dalam pukul 1130 pagi dengan menaiki dua buah kenderaan. Budak-budak apa lagi...memang hepi sesangat laa...


Sepanjang perjalanan aku akan menghayati permandangan Negeri Melaka...Yealah dah banyak sangat pembangunan baru. Bila masuk area Bemban (sebab kolam air panas ni terletak di Bemban) terlihat kehijauan pokok-pokok di sepanjang jalan dan ada beberapa rumah-rumah kampung. Terasa syoknyer...sebab aku nii giler sikit bab-bab rumah tradisional. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 40 minit...kami pun tibalah di Kolam Air Panas nii...



Walau pun Jasin mungkin tidak sehebat Banda Hilir mahupun Ayer Keroh di Melaka tetapi aku suka tempat ini kerana jauh dari kesibukan bandaraya. Kolam Air Panas ini terletak di Kampung Air Panas mukim Bemban di Jasin iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari Tol Ayer Keroh.



Aku rasa tempat ini juga tak kurang dengan daya tarikannya yang tersendiri. Puas laa main air kalau korang ke sini. Tempatnya juga bersih. Yang paling bagus...korang boleh bawa makanan sendiri dan ada disediakan meja serta wakaf bagi kemudahan pengunjung. Yang tak bestnyer...makanan dan minuman kami tertinggal satu beg kat rumah...huk..huk..huk..Kelam-kabut punya pasal laa nii...tapi tak per sebab ada kedai menjual makanan dan minuman disediakan...korang bawa duit jerr.





Pusat Rekreasi Air Panas Jasin ini bukan hanya terdapat kolam air panas tetapi kolam-kolam biasa juga ada untuk kanak-kanak bermain. Lebih kurang macam taman tema laa.

Keistimewaan kolam air panas nii kalau korang nak tahu...kerana ia mempunyai unsur-unsur galian semula jadi iaitu boron, kalsium, fluorida, besi, magnesium, fosforus, silika dan sulfur yang baik merawati pelbagai penyakit tubuh badan seperti sakit sendi dan pinggang. Ia juga dikatakan mampu memulihkan penyakit kulit serta tidak memudaratkan walaupun kepada kanak-kanak dan orang tua.




Air panas yang disalurkan ke setiap kolam di taman tersebut datangnya daripada lima perigi sumber (asal) dan ia sememangnya dijaga keasliannya dan tidak bercampur dengan air hujan.


Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Jasin ini dibina di kawasan seluas dua hektar yang mempunyai sembilan kolam air panas, dua kolam taman air dan satu kolam mineral sejuk di mana pengunjung boleh menikmati kehangatan air panas dengan suhu mencecah dari 40 hingga 41 darjah celsius. Aku tak sempat nak cuba...



Bagi penduduk di sekitar Jasin dan juga Bemban, kolam air panas ini menjadi salah satu kunjungan wajib pada setiap hujung minggu. Memang beruntung laa orang area sini kan!!

Selain kolam air panas, pusat rekreasi ini juga ada menyediakan pelbagai kemudahan lain antaranya tandas, tempat salin pakaian, kolam aktiviti kanak-kanak, surau, pentas, wakaf dan kafeteria.




Mengikut sejarah, seorang lelaki berketurunan Baba iaitu Tan Kim Tian adalah orang pertama yang menemui kolam air panas ini pada tahun 1884 dan seterusnya membukanya.

Pada Ogos 2008, Kementerian Pelancongan memberi peruntukan bagi membaikpulih Pusat Rekreasi Kolam Air Panas ini untuk dijadikan salah satu tempat kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.



Selepas dibaikpulih, pusat rekreasi ini dibuka secara komersial kepada orang awam dan menjadi satu lagi tarikan pelancongan di daerah itu.

Pengurus Eksekutifnya, Awaruddin Abd. Rahman berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kedatangan orang ramai mandi di kolam berkenaan bagi merasai khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh badan. Katanya, air yang digunakan sememangnya asli tanpa campuran bahan kimia dan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk mandi di kolam itu khususnya mereka yang datang bersama keluarga. Pihak pengurusan kolam juga melancarkan tema mandian yang baru iaitu mandi mineral di air panas Jasin untuk kesegaran dan cergas sepanjang hari, katanya. (sumber: Utusan Online)


Waktu operasi pusat rekreasi ini adalah pada setiap hari iaitu pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin, 9 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Ahad, Selasa, Rabu dan Khamis serta 9 pagi hingga 2 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu.



Harga tiket pada hari Isnin hingga Jumaat ialah RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pula, tiket masuk adalah RM6 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Untuk tiket combo ialah RM10 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak.


Aku jamin laa...korang pasti puashati punya kalau datang ke sini. Aku sendiri pun puashati dok melayan anak buah aku si...muaz...awis..dan ichad. Memang aku akan datang lagi ke sini untuk kali ke dua..ke tiga...dan seterusnya.

Sekian.



6 comments:

  1. Replies
    1. Kalau tak salah saya sehingga jam 6 petang sahaja..

      Delete
  2. Klu nk bermalam...ada chalet atau homestay x kat sana?

    ReplyDelete
  3. Di kawasan berhampiran saya rasa ada homestay. Atau boleh menginap di kawasan pekan bandar Jasin.

    ReplyDelete