Tuesday, 6 September 2016

Jom Kreatif Di 3D Art Museum Langkawi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Hari nii aku nak story berkenaan dengan tempat yang wajib korang pergi, kalau datang ke Langkawi nii. Korang tahu kan...kat Malaysia nii dah banyak sangat Muzium 3D...antara yang terbaik adalah di Langkawi. Langkawi Art In Paradise ini adalah merupakan muzium 3D yang ke dua aku dah terokai... yang pertama aku dah pergi kat Singapura. Memang best giler-giler...rasa tak nak keluar jer dari sini...seronok berposing dengan macam-macam gaya laa.... Penat tuu memang laa penat tapi menyeronokkan. Kalau korang nak pergi seeloknya biar berkawan so senang korang nak bergambar...



Langkawi Art In Paradise ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Oriental Village dan berkeluasan 21,000 kaki persegi. Perjalanan dari jeti Pekan Kuah mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Korang juga boleh menginap kat sini.... Selain dari Langkawi Art In Paradise, korang boleh juga cuba aktiviti SkyBridge, SkyPos, Skytrail, SkyBoutique, SkyBistro, 6D Cinemation, SkyAdventure Park, Sky Dome, F1 Simulator, Lake Activity di Oriental Village ini. Di sini juga adalah lokasi terkenal untuk menaiki SkyCab dan DuckTours.



Harga tiket adalah RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Harga ini mungkin berbeza sekiranya dibeli secara pakej SkyCab ataupun DuckToursPengunjung diwajibkan untuk membuka kasut untuk masuk ke dalam muzium ini bagi mengelak hakisan teruk pada lukisan terutama yang terdapat pada bahagian lantai.



Di sini ada sebanyak 9 zon lukisan yang disediakan diantaranya adalah “Safari Zone”, “Fantasy Zone”, “Classic Zone”, “Aquarium Zone” dan “Malaysia Zone”

Setiap lukisan ini dilukis pada dinding dewan ataupun hall yang sangat luas di bangunan setinggi 3 tingkat. Ianya dilukis oleh pelukis handalan dari Korea dengan 200 lukisan yang berwarna-warni dalam pelbagai tema. 
Pelukisnya pula terdiri daripada warga emas yang berpengalaman tinggi dalam seni lukisan ini sebab tuuu...lukisannya sangat cantik dan warnanya menyerlah.


Korang akan rasa excited nak bergambar. Yang penting jangan ada rasa malu-malu...selamba jer...so akan nampak lebih natural. Jangan korang bergambar hanya dengan berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku pulak! 
Muzium 3D nii menelan belanja hampir 17 juta. Aku mengambil masa 2 jam lebih untuk menerokai dan berposing kat dalam nii... Pelbagai aksi boleh dicipta.




Aku difahamkan bahawa Langkawi Art In Paradise ini telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records sebagai  Muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan yang ke dua terbesar di dunia. Hebatkan!!

Bagi yang tak reti sangat nak berposing tuu...korang tak perlu risau kerana terdapat gambar contoh dan penanda yang menentukan di mana sepatutnya korang berdiri untuk mengambil gambar bagi mendapatkan sudut yang sesuai supaya gambar korang tu nampak menarik serta real. Yang penting korang make it fun and be creative!





Aku sendiri tak tahu nak pilih, lukisan mana yang aku paling suka dalam muzium ini...kerana semuanya menarik belaka. Lukisan di sini berbeza dengan lukisan yang terdapat di 3D Art Museum di Singapura... Kalau korang pergi waktu cuti sekolah...korang terpaksa berebut dengan pengunjung yang lain untuk mengambil gambar... siapa cepat dia dapat atau mungkin korang kena tunggu giliran.





Ini adalah antara gambar-gambar yang aku ambik di muzium 3D Langkawi ini. Korang jugak boleh berpeluang untuk bersalaman dengan Dr Mahathir tau....

Gambar kucing tuu...memang nampak hidup.


Selain itu di dalam bangunan ini juga terdapat kedai menjual barangan cenderamata untuk korang jadikan buah tangan dan hadiah untuk insan tersayang. Di luar muzium ini terdapat juga kedai makan dan minuman (di area parking) dan harganya murah sedikit. Penginapan yang disediakan di sini juga sangat selesa dengan view yang cantik...mengadap cable car dan gunung Mat Chincang. Rasa damai jer...



Aku ke muzium ini pada sebelah petang...Selepas itu aku try menaiki cable car. Cable car ini ialah yang terpanjang di Malaysia dimana panjangnya ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

Cable car Langkawi ini terletak di Gunung Mat Chinchang iaitu di sebelah barat laut pulau tersebut. Cable car ini mula dibuka pada 27 Februari 2005 bagi memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung tersebut yang tingginya lebih kurang 713meter. Panorama gunung batu kapur pada zaman geologi Cambrian yang lebih kurang 500 juta tahun ini amat menarik. Panjangnya 2.2km dan terpanjang di dunia ini mengalahkan cable car yang berada di Switzerland.



Perrrgh...memang gayat korang. Tak berani nak tengok ke bawah tapi aku jeling-jeling gak nak tengok pemandangan luar yang menghijau...nampak air terjun bertingkat Telaga Tujuh. Gondola-gondolanya menggunakan kaca termasuklah lantainya sebab tu korang boleh lihat pemandangan 360 darjah. Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut.


Kalau yang penakut tuu...aku sarankan korang jangan naik... takut korang pitam atau pengsan.

Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan cable car lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Cable car ni ada 2 perhentian. Aku turun di perhentian yang last sekali. Masa tu dah lewat petang so....kami nak tengok matahari terbenam dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. 


Bergambar merupakan satu kemestian untuk dijadikan kenang-kenangan. Pukul 7:00 petang kami dah kena turun semula.

Di sekeliling kawasan Village Oriental ini banyak terdapat kedai menjual barangan cenderamata dan aku...beli T-shirt serta keychain untuk dijadikan cenderahati buat kawan-kawan sepejabat. memang rambang mata dibuatnya...harga pun boleh tahan. 

Selalunya kalau datang ke Langkawi ini aku akan borong coklat kisses...my feberet di Haji Ismail Group (HIG). Sebenarnya aku dah banyak kali datang ke Langkawi ini...cuma tak berpeluang untuk menerokai sebab datang kerana kerja.

Mungkin selepas nii...jika ada keizinan, aku nak datang untuk bercuti...bolehlah pergi meronda-ronda ke Tasik Dayang Bunting, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Galeri Perdana, Tempat membuat minyak gamat, Pantai Chenang, Pulau Payar, Pulau Tuba, Pantai Tanjung Rhu, Dataran Lang, Taman Tema, Underwater World dan lain-lain lagi.

Pada 15 Julai 2008, Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim telah bersetuju dengan perubahan nama kepada Langkawi Permata Kedah sempena Sambutan Jubli Emas beliau.


Langkawi merupakan daerah pentadbiran dengan Pekan Kuah sebagai bandar utama. Langkawi adalah sebuah pulau bebas cukai bermula tahun 1987 dan ia adalah destinasi percutian yang menyeronokkan dan popular!

Kalau korang hendak menaiki feri.....Feri-feri akan bergerak dari pelabuhan Kuala Kedah di tanah besar pada pukul 7 pagi hingga 6 petang. Perjalanan menaiki feri mengambil masa 1jam 45 minit. Terdapat juga perkhidmatan feri dari tanah besar ke pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan Satun Thailand, kedua-duanya sejauh 45 minit daripada Langkawi. 
Tiket feri pula berharga RM18 (Kuala Perlis) dan RM23 (Kuala Kedah), manakala jika dari Penang berharga RM60 dan Satun pula RM30.


Aku harap korang tak lepaskan peluang untuk menerokai Langkawi Art Of Paradise ini. Semoga Langkawi sentiasa menjadi tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

Sekian.

No comments:

Post a comment