Wednesday, 21 September 2016

Terpesona Melihat Senibina Istana Tetamu Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Apa khabar hari nii. Jangan lupa untuk ceria-ceriakan diri sendiri hari nii. Hari nii aku nak citer tentang bangunan warisan yang sangat bersejarah. Aku selalu mendengar tentang rekabentuk istana ini daripada teman-teman seperjuangan... memang seperti bagai dikata.... Terpesona aku melihat keindahan senibina Istana Tetamu ini tatkala menjejakkan kaki ke sini.... sebagaimana rekabentuknya yang menyerlah dengan warna putih..begitu juga cerita sejarahnya juga indah. 


Istana Tetamu juga dikenali dengan nama King’s House dibina tidak jauh dengan Carcosa pada 1913 sebagai kediaman bagi Residen Inggeris di Selangor. Tujuan pembinaan Istana Tetamu, yang dulu dikenali sebagai "Seri Negara" (bermaksud "negara indah"), adalah untuk melindungi Gabenor Negeri-negeri Selat serta tetamu-tetamu Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan orang penting pada masa itu.  Ia pernah diduduki oleh Pegawai Tinggi British, Sir Moroboe de Tufo, Sir Donald MacGillivray dan Sir David Watherson.


Semasa pendudukan Jepun, DYMM Sultan Hishamuddin Alam Shah (Sultan Selangor VI) telah dibawa ke istana ini iaitu pada 15 hb Disember 1941 untuk disoal siasat oleh General Minaki. Pada tahun 1989, ia telah dijadikan hotel bertaraf antarabangsa dengan menyediakan enam buah suite yang diberi nama negeri di Malaysia.




Istana Tetamu ini menjadi latar belakang sejarah yang penting kerana di sinilah perlembagaan negara Malaya telah dibincangkan oleh Raja-raja Melayu dan akhirnya ditandatangani di dalam rumah ini. Raja-raja Melayu kemudiannya mengambil gambar beramai-ramai sempena peristiwa bersejarah ini di halaman Istana Tetamu. Gambar ini menghiasi pelbagai akhbar dan penerbitan sebagai rakaman peristiwa yang amat berharga kepada Negara. 



Pada tahun 1989, kerajaan membelanjakan RM20 juta untuk mengubahsuai istana menjadi hotel bertaraf antarabangsa. Hotel berusia lebih 109 tahun ini dilengkapi dengan tujuh suite. Setiap suite dinamakan dengan nama negeri-negeri di Malaysia. Pelbagai kemudahan sukan seperti kolam renang, gelanggang tenis disediakan termasuk laluan joging.




Pengurusan Carcosa Seri Negara dikendalikan oleh Carcosa Sdn. Bhd. anak syarikat Landmarks Hotel and Realty Bhd. dan pengurus besarnya H R Steffan. Beliau yang memastikan ruang dalamannya dikekalkan dengan gaya Inggeris dengan perabot melambangkan kemewahan ala Victorian. Semua bilik diserikan dengan warna pastel dan terang. Lantai bilik mandi dikemaskan dengan marmar manakala kelengkapan lain seperti kepala paip disaluti emas.


Antara tetamu yang pernah menginap di sini ialah Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Perdana Menteri Pertama Kemboja, Putera Norodom Ranariddh, Raja Sepanyol, juan Carlos I, Presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani, Perdana Menteri New Zealand, Jim Bolger, Pemimpin Pertubuhan Pembebasan Rakyat Palestin (PLO), Yasser Arafat, Maharaja Akhihito dan Maharani Michiko.


Kedatangan aku ke istana ini juga dihidangkan dengan mi goreng ala mamak yang sangatlah sedap dan terbaik! Pengalaman ini akan sentiasa terpahat diingatan aku untuk selamanya.

Sekian.

No comments:

Post a comment