Friday, 9 September 2016

Dah Try Murtabak Mengkasar...??

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua... Hari nii aku nak citer tentang makanan yang sangat femes di Pahang. Aku ke Pekan Pahang sebab ada tugasan... setelah siap member kata ada tempat best nak makan murtabak. Mulanya aku tak la teruja sangat dan ambik pot sebab bagi aku kat mana-mana pun selalunya ada murtabak best terutama bila time bulan posa. Sampai jer kat gerai nii... aku tengok biasa jer kedainya kat tepi jalan tapi ramai orang dok tengah makan. Apa laa yang special sangat dengan murtabak nii...? Rupanya murtabak ni saiznya sangat la besar daripada murtabak biasa...harganya pun boleh laa tahan dan sesuai dengan rupanya itu... Apa lagi..memang tak sabar laa aku nak rasa...




Dari apa yang aku dengar... Murtabak Mengkasar ini mendapat nama kerana kedai asalnya terletak di Kampung Mengkasar di mana tempat perniagaan ini bermula sebelum ianya berpindah ke tempat sekarang.


Murtabak Mengkasar ini dilapisi dengan inti daging lembu atau ayam dengan kuantiti yang banyak... sebab tuu saiznya besar. Selain itu, aroma rempah ratusnya juga harum dan menyelerakan kerana itulah ianya menjadi makanan kesukaan baginda Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah.
Harga untuk sekeping Murtabak Mengkasar ini ialah:
  • Daging biasa - RM 7
  • Ayam biasa - RM 7
  • Daging special - RM 9
  • Ayam special - RM 9
  • Mix special (Ayam + Daging) - RM 10
  • Kambing



Perniagaan Murtabak Mengkasar ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Tajudin bin Abd Hamid (Pak Din Murtabak) sejak tahun 1980an lagi dan gerainya terletak di Jalan Batu Balek iaitu jalan utama Kuantan-Pekan serta berhampiran dengan Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan.
Setiap hari sebanyak 1000 biji telur ayam, dua guni tepung gandum dan 30 kilogram rempah ratun perlu diadun sendiri menggunakan mesin bagi menghasilkan Murtabak Mengkasar ini. 




Kalau tak salah aku... terdapat 4 cawangan Murtabak Mengkasar ini di seluruh Malaysia. Antaranya:

  • Jalan Sultan Abu Bakar, Pekan
  • Medan Selera UiTM Bukit Sekilau
  • China Town, Kuantan
  • Taman Seri Rampai, Setapak Kuala Lumpur
Waktu operasinya ialah daripada jam 3:30 petang hingga 12:00 tengah malam.




Kalau korang nak try korang boleh jugak beli yang frozen untuk dibawa balik. Murtabak Mengkasar ni besar dan boleh dipotong kepada lapan bahagian. Korang makan dua potong pun dah rasa kenyang. Kalau yang jenis kuat makan mungkin boleh habiskan satu keping murtabak nii... tapi aku jenis tak kuat sangat makan... dua potong dah cukup!




Kedai Murtabak Mengkasar nii simple jer...ala-ala kedai kampung dan ada beberapa keratan akhbar tentang Murtabak Mengkasar ini digantung pada dinding. Kedai ini jugak mendapat gred A antara kedai yang terbersih. 




Kalau korang jalan-jalan ke sini... jangan lupa untuk try Murtabak Mengkasar ini..tak cuba macam mana nak tahu sedap atau tak.  Tapi bagi aku... Murtabak Mengkasar ini antara murtabak yang sedap untuk dicuba.



Sekian.

No comments:

Post a comment