Thursday, 1 September 2016

Book Review: Misteri Firaun Musuh Para Nabi

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Aku sangat meminati buku yang berkaitan sejarah firaun dan juga tentang piramid. Kalau korang nak tahu.... Tamadhun Mesir Purba nii telah terasas sekitar lima ribu tahun yang lampau dan gagah bertahan selama tiga ribu tahun. Siapa sangka masyarakat yang hidup di padang pasir yang kontang berjaya memajukan peradapan mereka dengan penuh gemilang. Ini adalah antara buku yang terbaik aku pernah baca tentang firaun dan juga piramid...Yang paling best.... dalam buku ni banyak sangat gambar berwarna dan peta lokasi so.... korang lebih mudah memahami jalan ceritanya dan lebih menghayatinya. Khusyuk dan enjoy sangat aku membacanya...
  





Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian 1: pengenalan, Penyatuan Mesir, Zaman Pembinaan Piramid, Kebangkitan Kerajaan Baru, Raja Hatshepsut dan Firaun Akhenaten. 


Bahagian 2: Firaun Tutankhamun, Makam Firaun Tutankhamun, Firaun Ramesses 11 (Ramesses Agubg), Pemerintahan Nubia, Kemasukan Yunani (Greek), Dinasti Ptolemaic, Firaun Cleopatra dan 

Bahagian 3: Nabi Yusuf memasuki Mesir, Kelahiran Nabi Musa, Nabi Musa diancam bunuh dan melarikan diri, Nabi Musa berhadapan dengan Firaun, Firaun mengejar Nabi Musa, Di mana berlakunya Peristiwa Lintasan Laut Terbelah.

Bagi aku harganya sangat murah kalau dibandingkan dengan isi kandungan yang terdapat di dalamnya iaitu RM 35.00.

Buku ini di karang oleh  Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Penulis buku yang sama dan pernah muncul dengan Masterpiecenya Iskandar Bukan Alexander. Buku ini antara lain menimbulkan persoalan siapa Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa dan juga Nabi Yusuf, dimana lokasi air laut terbelah, sejauhmana kezaliman Firaun ini kepada rakyatnya, benarkah semua Firaun itu jahat dan zalim dan banyak lagi persoalan menarik.
 




Penulis berjaya membawa pembaca untuk meneroka kemasyhuran Tamadun Mesir Purba dengan persembahan yang menarik serta gambar-gambar yang belum pernah dilihat serta cerita-cerita kontroversi dikalangan firaun. Korang juga dapat mengetahui bagaimana penulisan purba yang dikenali sebagai Hieroglyphs telah digunapakai oleh masyarakat Mesir Purba dan akhirnya dapat dipecahkan kodnya dan mula dibaca serta difahami oleh seorang berbangsa Perancis bernama Jean Francois Champollion.

Aku suka kisah Nefertiti....dikatakan wanita yang paling cantik pada zaman itu. Juga kisah Raja Hatshepsut (Raja Mesir pertama dalam kalangan wanita) yang hebat dan banyak menyumbang kepada pembangunan Mesir Purba. Yang paling femes beliau mendirikan Obelisk di Ma'bad Karnak.
Selain itu diceritakan juga bagaimana idea piramaid tercetus dan terbinanya piramid pertama yang dikenali sebagai 'Piramid Tangga' oleh Raja Djoser di Saqqara lebih kurang 35 kilometer dari pusat bandar Kaherah sekarang. Raja Sneferu pula adalah penyumbang yang terhebat kepada tamadun binaan piramid. 

Selain itu diceritakan juga mengenai Lembah Raja-raja dan bagaimana pemakaman firaun dilakukan. Firaun paling terkenal sepanjang sejarah yaitu Firaun Tutankhamun, adalah Firaun ke-12 dari dinasti ke 18 Mesir. Dia memerintah dari 1334-1323 SM yang dikenal isebagai Kerajaan Baru.
 


Biodata Penulis 

·         Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz dilahirkan di Batu Pahat, Johor. 

·         Mendapat pendidikan rendah di Amerika Syarikat. Pada peringkat ini beliau berjaya melangkah beberapa darjah (melompat kelas) dan memenangi anugerah penulis muda. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Johor Bahru.

·         Seterusnya, mendapat diploma dalam bidang tahfiz Quran (JAKIM). 

·         Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang pengajian Quran.

·         Sekembalinya ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (M.A) dan doktor falsafah (Ph.D) dalam pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan sedang menyiapkan dissertasinya.

·         Beliau aktif dalam program penyelidikan dan pendidikan di universitinya dan juga di luar negara hingga ke Mesir, Yaman, Greece, Arab Saudi, Singapura, Iran dan India.

·         Beliau mencetus idea dan membuat penyelidikan bagi sebuah dokumentari ilmiah tempatan yang bertajuk Alexander Bukan Zulkarnain yang mana penyelidikan ini mendapat pengiktirafan di Greece dan mendapat sambutan yang menggalakan di Iran. 

Fir’aun (bahasa Inggris : Pharaoh) adalah seorang tokoh Mesir yang disebutkan dalam Al Qur’an (43:51). Fir’aun adalah julukan bagi raja-raja di kerajaan Mesir. Dengan demikian, para Fir’aun Mesir mempunyai nama gelar raja yang berbeza-beza. Misalnya, nama gelar raja Mesir dinasti ke 19 adalah Rameses/Ramesses atau Ramses. 


Aku rasa tak puas baca...rasa nak baca lagi sekali. Mungkin sebab minat aku kat penyelidikan warisan. Memang aku kagum  dengan ketamadhunan mereka yang agung tuu...bagaimana mereka boleh mencipta piramid yang besar....mendirikan obelisk yang tinggi dan berat....mencipta Lembah Raja-raja....bagaimana mayat firaun diawetkan yang bertahan beribu tahun, bagaimana 'book of the dead'  ditulis dan lain-lain lagi. Semoga buku-buku sebegini dapat diterbitkan lagi untuk rujukan kita dalam penyelidikan warisan negara.


"Peninggalan warisan adalah untuk direnungi, dipelajari dan diambil iktibar bagi membina dunia yang lebih selesa dan selamat untuk diwarisi oleh generasi akan datang."

Sekian.

No comments:

Post a comment