Saturday, 3 September 2016

Book Review: Catatan Matluthfi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Hari nii korang semua apa khabar? Seperti biasa...aku nak citer pasal buku sebab tengah giler membaca pulak sekarang nii. Aku beli buku ini kerana ramai sangat yang cakap buku ni best dan Matlutfi ni femes kat Youtube.... Aku pernah tengok satu Youtube dia tapi masa tu aku tak perasan plak dia tu sebenarnya matlutfi. Aku beli buku ni kat Airport Senai Johor sebelum nak check in.... Masa tu aku ada kursus kat sana.

Sementara tunggu flight, aku layan buku ni dulu... Memang best!! Penuh dengan humor dan pengalaman serta penulisannya sangat santai gaya orang muda sekarang. Aku tahu korang mesti suka punya dan korang tak kan bosan punya baca buku nii.  Kulit buku ni pun lain daripada yang lain serta penuh warna-warni.


Catatan Matluthfi telah mecatatkan jualan sebanyak 125,599 naskah. Buku ni berkisahkan tentang kehidupan dan pengalaman dia sendiri, keluarga, kawan-kawan dan pengajian dia di universiti. Buku ini diterbitkan pada tahun 2015 oleh Puteh Press dengan 243 muka surat.

Sinopsis
Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.

Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.

Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."

Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.


Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.


Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi anugerah yang paling dihargai oleh dia adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.

Bahasa yang digunakan bercampur aduk...ada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Aku paling suka cerita tentang nasi lemak bungkus yang dia dok makan selalu tuu...memang kelakar habis... Mak dia pun jenis yang sempoi jer aku rasa...cara mak dia bagi perumpamaan memang sempoi giler laa.. (Semalam call mama tanya pasai politik. Mama kata, " Politik ni macam bilik hang. Dia bersih tetapi orang yang mengotorkannya"). Sebab tu perangai Matlutfi ni pun sempoikan!! 

Sekian.

No comments:

Post a comment