Monday, 5 September 2016

Book Review: Biografi Syed Mokhtar AlBukhary

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai semua. Entri aku masih berkaitan dengan buku tetapi kali nii tentang buku biografi. Dah lama aku nak tahu mengenai Syed Mokhtar Albukhary ini. Akhirnya jumpa jugak buku biografi tentang beliau di MPH. Seronok jugak baca buku ini...berkisahkan tentang hidup beliau dari kecil hingga menjadi hartawan. Seorang yang mempunyai bisness minded. Sanggup berhenti sekolah dan tidak mengambil peperiksaan SPM walaupun beliau seorang yang bijak. Atas sifat gigihnya itu maka terbina empayar perniagaan yang besar dan tersenarai dalam 10 orang terkaya di Malaysia.

Kagum aku dengan kisah beliau. Beliau seorang yang merendah diri dan sagat menghargai sesuatu.....pejabat pertama beliau, kilang dan juga kenderaan masih kekal hingga ke saat ini bagi mengingati akan susah payah beliau untuk memulakan perniagaan. Buku ini juga menceritakan tentang kediaman beliau serta keluarga semasa kecil hingga dewasa. Buku ini memang tidak akan menghampakan korang.


Sinopsis
Syed Mokhtar Albukhary merupakan antara hartawan yang terkenal di Malaysia. Namun, tidak banyak yang diketahui mengenai beliau. Biografi ini, yang berdasarkan temubual eksklusif dan penyelidikan penulis, memberi gambaran serba sedikit berkenaan kehidupan masa kecilnya dan keluarganya yang telah menerapkan nilai-nilai yang membentuk peribadinya hari ini.

Penerima manfaat Dasar Ekonomi Baru, satu program tindakan afirmatif, Syed Mokhtar telah mengambil peluang terhadap polisi yang memberi ruang kepada usahawan Bumiputera. Beliau enggan mengguna pendekatan "Ali Baba", melibatkan perniagaan dengan usahawan Cina berjaya yang hanya akan meletakkan beliau sebagai pelabur pasif dan sekadar makan hasil tanpa berusaha. 

Sebaliknya, beliau berusaha mempelajari selok-belok dan terlibat sepenuhnya dalam perniagaan yang dimilikinya. Ini menjadikan beliau lebih tabah menghadapi cabaran dan sekaligus muncul antara nama terbesar dalam landskap korporat Malaysia masa kini.

Buku ini juga mengetengahkan hubungan baiknya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, cabaran-cabaran yang dihadapinya ketika era Abdullah Ahmad Badawi serta kesukarannya berdepan liputan negatif media. Keterbukaan dan kejujuran yang ditampilkan dalam buku ini menjadikannya unik dalam konteks Malaysia, sama seperti individu yang dijadikan bahan penceritaannya.


Buku ini diterbitkan pada 8 November 2012 tulisan Premilla Mohanlall. Buku yang setebal 169 muka surat tidak termasuk muka surat index ini berharga RM19.90.




Saya tidak malu dalam soal meminta pertolongan. Saya juga berusaha untuk terus menjaga hubungan dengan mereka yang pernah menolong saya, dan hari ini, ada di antara mereka yang bkerja dengan syarikat-syarikat saya.”

Beliau bermula daripada seorang peniaga lembu kemudian meningkat sedikit demi sedikit kepada pengusaha lori pengangkut, peniaga beras dan akhirnya memiliki beberapa buah syarikat besar seperti MMC, Tradewinds (PERNAS), DRB-HICOM dan lain-lain. Walaupun ada tuduhan mengatakan beliau sebagai kroni orang tertentu, namun jika diteliti beliau hanya mengenali individu tersebut setelah beliau telahpun maju dalam perniagaan dan menjadi jutawan. Bahkan beberapa syarikat yang berjaya dimiliki beliau pun diserahkan ketika syarikat tersebut berada dalam keadaan tenat dan tidak menjana keuntungan. Namun berkat usaha beliau syarikat tersebut perlahan-lahan bangkit menjana keuntungan. 

Ketika zaman Pak Lah berkuasa, beberapa projek yang telah dianugerahkan kerajaan kepada beliau telah ditarik balik. Namun sebagai seorang yang telah biasa mengalami kepayahan, beliau tidak mengalah bahkan mencari ruang niaga di sebelah timur tengah pula.

Biodata
Tan Sri Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.

Keluarga bapanya Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.

Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya  Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat sejak kecil untuk menderma kepada orang miskin.

Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary.

Walaupun telah berjaya dan bergelar hartawan...beliau tidak pernah kedekut untuk menyumbang kembali kepada yang memerlukan. Setiap rezeki yang diterima di kongsi kepada semua. Beliau juga telah mengeluarkan peruntukan bagi membina Muzium Kesenian Islam dan beliau juga yang menguruskannya.

Sekian.

No comments:

Post a comment