Saturday, 3 September 2016

Book Review: Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight. - Adam Corrie

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Hari nii aku nak buat review tentang sebuah buku nii...tengok muka memang garang orangnya dan takut untuk didekati tapi setelah baca buku ini....aku rasa Adam ni seorang yang banyak merendah diri dan penyabar. Aku meminati watak jahat yang selalu dibawanya dan buku ini aku beli untuk mengetahu perjalanan hidup beliau dalam penghijrahan sebagai seorang saudara baru (mukalaf). Bagaimana boleh terbuka pintu hatinya memeluk Islam? Mari kita kenali insan yang bernama Adam Corrie Lee bin Abdullah...



Sinopsis
"Saya masih baru dalam Islam, setiap orang ada khilaf masing-masing dalam bab kehidupan dan agama. Kalau saya silap tegurlah saya dengan cara yang berhikmah." Adam Corrie


Kalau rajin cari duit siang malam, kejar dunia siang malam tapi solat pun malas, dimana berkatnya rezeki kita?


Buku ini menceritakan kehidupan beliau setelah memeluk agama Islam. Sebelum beliau memeluk Islam beliau telah berdoa..


"Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan aku sehingga mati, berikan aku petunjuk." 

Itulah doa beliau sehari sebelum beliau mengambil keputusan untuk kembali kepada fitrah. Begitulah hebatnya kuasa doa.

Beliau memeluk Islam kerana keindahan yang ada dalam Islam itu sendiri yang beliau kenali pada zaman kanak-kanak.

Keluarga beliau pun menerima dengan hati yang terbuka. Selepas 10 bulan beliau memeluk Islam...beliau dijemput menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan umrah... 3 bulan selepas pulang dari umrah, beliau bertemu jodoh dengan isterinya sekarang Fazi.

Buku ini juga menceritakan... apa itu hijrah dari sudut pandang Adam Corrie. Bagaimana hendak istiqamah dalam penghijrahan. Selain itu terdapat juga kata-kata buat renungan kita semua. Antaranya...

Apabila kita tidak suka seseorang, kita akan mencari dan menyelak kesalahannya, dan pastinya kita akan jumpa kesalahan mereka walaupun remeh. Kebaikan mereka yang banyak di depan mata, kita akan nafikan dan butakan mata kita




Buatlah kebaikan dan amal sebanyak yang mungkin. Kerana kita tidak tahu amal yang mana diterima Allah swt.

Senang menjadi seorang muslim, tapi bukan mudah menjadi seorang mukmin.

Buat solat sunat taubat selalu supaya doa kita mudah diperkenankan.

Jangan lihat permulaan hidup seseorang, tapi lihatlah pengakhiran hidupnya.

Orang kaya yang sebenar adalah orang kaya yang selalu merasa hidupnya cukup dan tidak merungut-rungut.

Jangan malu mengaku tak tahu, daripada mengaku tahu tapi sebenarnya tak tahu. itu bodoh sombong namanya. ingat ya wahai diri ini.

Kalau akar tak kuat, jangan diperdebat perkara yang ranting.

Tunjukan keindahan islam melalui akhlak, peribadi, dan tutur kata kita.

Buku ini padat dengan gambar-gambar berwarna yang membuat korang rasa seronok nak baca. Pengisiannya simple tetapi penuh bermakna. Bukunya pun nipis sahaja setebal 144 muka surat, diterbitkan oleh Mustread Sdn Bhd dengan harga RM 20. Buku ini diterbitkan pada tahun 2015.

Sekian.

No comments:

Post a comment