Monday, 5 September 2016

Boggo Di Pulau Omadal, Semporna Sabah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Pengalaman yang tak dapat aku lupakan dan sangat-sangat berharga buat diri aku, ketika menjalankan penyelidikan tentang perahu di Pulau Omadal, Sabah. Melihat sebuah perkampungan yang begitu indah dengan kebudayaannya...Pemandangan rumah di atas air dan masyarakatnya yang masih mengamalkan cara hidup serba ringkas. 


Agak mencabar jugak masa aku mula menjejak kaki ke perkampungan ini kerana aku perlu menaiki bot dan juga sampan kecil....gayat dibuatnya...dah laa aku ni tak pandai berenang. Tetapi keterujaan itu lebih membuatkan aku jadi berani....


Kali ini aku nak menceritakan tentang sampan kecil yang dipanggil Boggo oleh masyarakat Bajau Laut di Sabah. Boggo adalah sampan kecil atau kolek yang diperbuat daripada sebatang pokok yang dibakar dan dilubangkan dengan menggunakan kapak.


Boggo ini berukuran antara 3 – 5 meter panjang.  Boggo yang mempunyai sisi dan muncung yang berkelok ini memerlukan seseorang yang pakar untuk mengemudikannya, lebih-lebih lagi apabila melalui laluan yang agak sempit.




Di dalam sesebuah kampung, boggo selalunya digunakan oleh penduduk yang lebih muda, wanita  dan juga kanak-kanak, dan ianya menjadi pengangkutan utama untuk mereka berulang-alik dari rumah ke rumah yang tidak dapat dihubungi dengan pelantar/jambatan. Boggo ini digerakkan dengan menggunakan kayu pengkayuh (poling) atau pendayung. 



Bagaimanapun terdapat juga boggo yang dibuat lengkap dengan memasang layar. Tidak seperti lepa, boggo cuma boleh memuatkan seorang atau dua orang dan kebiasaannya digunakan untuk aktiviti perikanan inshore. Boggo juga ada kalanya ditarik oleh lepa dan digunakan di laut bagi memasang atau menarik jala/pukat di kawasan laut cetek.


Kalau korang berkesempatan dan ingin melalui pengalaman yang sangat menarik ini...korang singgah laa di Pulau Omadal. Bandar terdekat dengan Pulau Omadal ini ialah Bandar Semporna yang terletak di sebelah barat laut pulau tersebut dan jarak dari Pulau ini ke Semporna adalah kira kira 15 batu mengikut jalan laut.



Airnya sangat jernih hingga korang boleh lihat ke dasar laut.. rasa macam nak terjun jer... semoga korang dapat jejak kaki ke  pulau yang indah dan penuh dengan pelbagai kaum serta kebudayaan ini.

Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea...

No comments:

Post a comment