Wednesday, 21 September 2016

Kenali....Bank Pitis Di Kelantan

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua. Aku harapkan korang semua ceria-ceria yea hari nii. Korang tahu tak kat Kelantan ada Bank Pitis?? Bank nii kecil jer dan boleh dilihat di hadapan Istana Balai Besar. Ia menjadi tarikan pelancong dan dijaga dengan baik oleh Kerajaan Negeri.


Bank Pitis, iaitu sebuah bangunan batu tertua, terletak di bahagian luar sebelah kanan pintu masuk Istana Balai Besar. Bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889- 1890). Bangunan ini digunakan untuk menyimpan pitis-pitis (wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu. Bangunan ini berbentuk empat segi berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintu diperbuat daripada kayu cengal dengan tiga penyelak (kunci) diperbuat daripada besi. 


Pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad IV pada tahun 1903 telah menghantar "pohon duit" kepada Raja Siam. Pada masa itu, Kelantan masih merupakan negeri di bawah perlindungan Siam. "Pohon Duit" ini juga dikenali sebagai Pohon Pitis. Berdasarkan dialek Kelantan, "pohon" merujuk kepada "pokok" manakala "Pitis" atau "Pitih" pula merujuk kepada wang. Berdasarkan sejarah, Kelantan menggunakan Pitih sebagai matawang sehingga tahun 1920.



"Pohon Pitis" Kelantan dibuat daripada logam timah yang mengandungi 13 syiling menggunakan teknologi acuan yang diperkenalkan oleh pedagang dari China. Pada bahagian muka syiling tertulis “Thuriba Fi Zul-Hijjah Sanat 1321” bermakna bulan Zul–hijjah 1903 dan dibelakangnya pula tertulis perkataan “Belanjaan Kerajaan Kelantan” untuk mengesahkan bahawa ianya adalah matawang rasmi kerajaan Kelantan.
 

Sekian.

No comments:

Post a comment