Friday, 9 September 2016

Adiguru Tekstil: Hajah Azizah Binti Yusof (Tekat Benang Emas)


Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,




Hai semua...hari nii aku nak story mory tentang seni kraf yang sangat hebat di negeri Perak. Mungkin bagi penduduk Negeri Perak terutama sekali di Daerah Kuala Kangsar sangat mengenali beliau ini. Kalau korang nak tahu.... Beliau sangat popular serta mahir dalam seni tekatan benang emas. Kemahiran beliau membawanya hingga ke serata negara. Minat beliau dalam seni tekatan benang emas ini bermula dari kecil lagi. Korang pasti kagum melihat hasil seni beliau...memang sangat kemas dan cantik. Sebab itulah ramai kerabat Diraja yang menempah hasil tangan beliau ini. Mari aku kenalkan korang dengan Tokoh Adiguru pada tahun 1995 oleh Kraftangan Malaysia serta terpilih sebagai penerima Anugerah Usahawan Berjaya peringkat Perlimen Kuala Kangsar pada 2006.....iaitu Hajah Azizah Binti Mohd Yusof.




Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam, Kuala kangsar Perak dan kemudian melanjutkan pelajaran sehingga darjah enam di Sekolah Methodist Girl School. Mempelajari kemahiran menekat daripada ibunya Puan Mahiyah Abdul Majid seorang tukang tekat mahir ketika itu yang sering mendapat tempahan dari istana. Selain daripada ibunya, beliau turut mengkagumi seorang lagi tukang tekat tersohor iaitu Allahyarhamah Puan Ainatishah Bilal Din. Ia merupakan pendorong kuat kepada beliau untuk terus berjaya dalam bidang tekatan ini.


KETOKOHAN DAN KEPIMPINAN

Bermula pada tahun 1980-an, beliau banyak menyumbang bakti mengembangkan kemahiran seni tekatan benang emas melalui beberapa agensi dan pertubuhan antaranya:-


  1. KEMAS
  2. Kraftangan Malaysia
  3. Kementerian Belia Dan Sukan
  4. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Malaysian Tourist Development Board).
  5.  Institut Pengajian Tinggi
  6. Persatuan Nelayan
  7. Muzium-muzium Negeri
  8. Individu

Beliau mengambil inisiatif memajukan kegiatan menekat dengan membuka bengkel menekat dan sebuah ruang pameran berhampiran rumah beliau di Kampung Changkat, Kuala Kangsar. Selain daripada itu beliau juga memiliki sebuah kedai tekatan di Kuala Kangsar. Di samping bekerja keras mengusahakan tekatan benang emas beliau turut bergiat aktif dalam pergerakan politik dan aktiviti kemasyarakatan terutama di sekitar Kuala Kangsar, Perak. 


DAYA KREATIVITI DAN INOVASI


Beliau memiliki kemahiran melukis, menebuk empulur dan menekat . Ketiga-tiga kemahiran ini merupakan asas kepada kejayaan beliau. Beliau memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif flora kemudian disesuai dengan warna mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Antara dan motif yang beliau gubah:-


  • Paku pakis
  • Pucuk rebung
  • Sulur bayung
  • Bunga-bunga padi, anggerik, asam batu, bunga raya, kemboja dan mawar
  • Awan larat
  • Tulisan Khat


Karya seni beliau sering dijadikan perhiasan dan alat kelengkapan perkahwinan antaranya:-


  • Set bilik tidur (cadar, sarung bantal, kusyen, kipar, tetampan, ombak-ombak, tepak sireh, buah dan pengikat kelambu).
  • Hiasan pelamin (kipas tangan, cior-alas duduk pengantin, kusyen, ombak-ombak, tetampan, bantal inai dan sebagainya)
  • Kelengkapan rumah seperti tudung saji, sarung kusyen, hiasan dinding, cenderamata dan sebagainya.
  • Pakaian, kasut, beg tangan dan hiasan kepala.

Puan Azizah turut meneroka penggunaan mesin dalam seni tekatan. Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran. Penggunaan mesin menpercepatkan sulaman namun kualiti dan keindahan tekatan benang emas masih terus dikekalkan. Perkara yang paling penting kos pengeluaran dapat dikurangkan dan ia memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memiliki barangan tekatan. Sungguhpun demikian beliau masih terus mengusahakan tekatan tradisional menggunakan tangan kerana permintaan produk ini masih tinggi.



SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT


Puan Hajah Azizah terlalu banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Komitmen yang diberikan kepada setiap program –program anjuran kerajaan digunakan sepenuhnya.


  1. 1990 Menjadi jurutunjuk bagi latihan KBSM kepada pelajar –pelajar sekolah di sekitar Kuala Kangsar, Perak
  2. 1995 Menjadi Jurutunjuk di Kompleks Budaya Kraf, Langkawi
  3. 1991 Menjadi jurutunjuk bagi Latihan Kemahiran Seni Tekatan kepada peserta PERKEB, Ulu Kinta, Perak
  4. 1989 Menjadi jurutunjuk Latihan Kemahiran kepada peserta Persatuan Nelayan dan FELDA Peramu, Pahang.
  5. 1988 Menjadi jurutunjuk kepada beliawanis dari Persatuan Anak Nelayan Negeri Pahang.
  6. 1985 Menjadi jurutunjuk tekatan benang emas di Pekan, Pahang.
  7. 1984–1989 Kementerian Belia dan Sukan melantik beliau sebagai jurutunjuk tekatan untuk persatuan belia. Peserta yang terdiri daripada beliawanis dari seluruh negara dipilih mengikuti latihan tekatan benang emas.


Tahun 1980-an


  • Puan Hajah Azizah menyertai KEMAS sebagai pengajar seni tekatan dan memberi latihan kepada beliawanis di sekitar Kuala Kangsar.
  • Kraftangan Malaysia turut melantik beliau sebagai tenaga pengajar dalam bidang tekatan bagi membimbing pelatih Kraftangan Malaysia.
  • Beliau turut membantu mempromosi tekatan benang emas dengan menyertai beberapa siri pameran dan demosntrasi di dalam dan luar negara, seperti:-

Tahun 2000

  • Menyertai Pesta Kraf dan Seni Negeri Perak di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur.
  • Menyertai Pesta Seni dan Budaya Negeri Perak.
  • Menyertai Pameran di Lake Town Resort, Bukit Merah sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong ke Perak Darul Ridzuan.

Tahun 1998

  • Menyertai Projek Anak Angkat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Perak
  • Menyertai Fesatival Pekan Seni Ipoh III
  •  Menyertai Pesta Kesenian Negeri Perak

Tahun 1993

  • Menyertai pameran dan promosi di Ekspo Pulau Pinang.
  • Menyertai pameran dan promosi sempena perasmian rumah Perak di Bukit Cahaya, Shah Alam.

Tahun 1990 

  • Menyertai pameran dan jualan sempena pembukaan Muzium Pasir Salak Perak.

Tahun 1988 dan 1987 

  • Menyertai pameran dan demonstrasi di Universiti Malaya.

Tahun 1984 

  • Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysa menjemput membawa beliau sebagai wakili Malaysia ke Pameran Antarabangsa (Asean Centre) di Tokyo, Jepun untuk mempromosi tekatan benang emas.

Lain-lain penyertaan:

  • Pameran dan Jualan Karnival Singapura
  • Pameran dan jualan di Muzium Ipoh Perak
  


Sumbangan beliau dalam membangunkan aktiviti seni antaranya:


  1. Menjadi Ahli Jawatankuasa Kesenian Perak di Universiti Malaya pada 7 hingga 12 Disember1987.
  2. Menjadi Jawatankuasa Persiapan Rumah ‘Kutai’ semasa perasmian tempat bersejarah Pasir Salak oleh DYMM Raja Muda Perak pada tahun 1989.
  3. Menjadi Penyelengara barisan raptai beliawanis berpakaian tradisional di Majlis Keberangkatan Ratu Elizabeth II dan Prince Philip ke Kolej Melayu Kuala Kangsa, Perak.


Beliau turut bergiat aktif dalam bidang politik dan aktiviti kemasyarakatan terutama di Kuala Kangsar. Sepanjang penglibatan tersebut beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting:


  • Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar
  • Ketua Wanita bagi Zon Bukit Chandan
  • Ketua Biro Kebajikan Wanita Bahagian Kuala Kangsar
  • Ketua Biro Ekonomi Wanita Bahagian Kuala Kangsar
  • Ketua Kumpulan Pembaca Surah Yassin.
  • Ketua Kumpulan Marhaban, Ketua Kumpulan Berzanji dan Ketua Kumpulan Nasyid.


  1. Beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Tekatan oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 1995.
  2. Pada tahun 1986 beliau menubuhkan kedai khas untuk jualan barangan cenderamata, jahitan dan kraf iaitu Gesamas Sdn. Bhd. Yang bertanggungjawab mengendalikan tempahan dan pemasaran barangan tekatan sulaman benang emas atau tekatan.
  3. 1985 menjadi johan pertandingan menekat benang emas anjuran PUSPANITA Kuala Kangsar, Perak
  4. 1982 menjadi johan dalam pertandingan menebuk empulur anjuran KEMAS di Ipoh, Perak. 

Lain-lain:-


  • Menjadi johan tekatan benang emas anjuran KEMAS di Ipoh.
  • Menjadi johan tekatan benang emas peringkat Daerah Kuala Kangsar


Kegiatan beliau turut mendapat liputan daripada media masa tempatan :-


  • RTM (Radio dan Televisyen)
  • Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3)
  • Berita Harian
  • Utusan Malaysia


PEWARIS 

Empat orang anak beliau mewarisi kemahiran membuat tekatan iaitu:

  1. Mardzian bt Hj Abu Kassim
  2. Marshitah bt Hj Abu Kassim
  3. Maizirah bt Hj Abu Kassim
  4. Haris bin Hj Abu Kassim

Aku dapat berjumpa dengan beliau beberapa kali di rumah beliau sendiri dan di tempat beliau mengajar seni tekatan benang emas ini. Hajah Azizah mula terbabit dalam bidang tekatan ini lebih 50 tahun yang lalu dan merupakan pelopor di Kampung Padang Changkat ini. Beliau mewarisi kemahiran menekat ini daripada ibunya Allahyarhamah Mahiyah Abdul Majid. Banyak hasil seni tangan beliau yang tersimpan di rumah yang menjadi koleksi peribadinya sejak awal beliau menceburi bidang ini. Semoga hasil seni tekat benang emas ini terus terpelihara untuk selama-lamanya. 


Sekian.

** jangan lupa follow blog aku nii yea..

No comments:

Post a comment