Wednesday, 31 August 2016

Seni Guntingan Kertas Tradisional Cina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai.... hari nii aku nak citer tentang satu kesenian yang sangat menarik dan berseni. Perrgh... Kagum sungguh aku tengok untie-untie ni semua buat seni guntingan kertas tradisional Cina ini... Sungguh sabar, teliti serta kreatif... Bagaimana aku tak kagum dan melopong.. Guntingan kertas ni boleh jadi bentuk harimau, naga, rama-rama, bunga, ular, buah epal dan sebagainya. Korang tak kagum ke..?? Entah berapa lama diperlukan untuk diorang mahir buat seni guntingan kertas nii... Minat kena mendalam. Kalau tak aku rasa memang tak menjadi laa...

Aku berpeluang untuk belajar serta merasai sendiri bagaimana membuat sebiji limau dimensi 3D melalui seni guntingan kertas ini. Mesti korang terkejut dan kagumkan..kan..kan... Sebenarnya taklah susah sangat kalau kita tahu teknik guntingan dengan cara yang betul tapi....  kena ada sifat sabar untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 




Korang semua mesti tahu yang Seni Guntingan Kertas Tradisional Cina ini banyak dihasilkan untuk hiasan rumah pada Tahun Baru China. Guntingan kertas ini dibuat dalam pelbagai bentuk serta ditampalkan di tingkap, jenang pintu atau meja tulis bagi menghidupkan suasana kegembiraan dan keceriaan. Yea..laa warna merah memang nampak menarik.

Seni guntingan kertas ini merupakan satu karya seni tradisional yang paling popular di Negara China. Ada yang mengatakan guntingan kertas ini bermula daripada upacara persembahan masyarakat zaman silam. Orang zaman dulu menggunting kertas dengan rupa bentuk haiwan dan manusia untuk ditanamkan bersama mayat atau dibakar dalam upacara pemakaman sebagai pendamping orang mati..
  



Berdasarkan catatan sejarah pada 1000 tahun yang lalu, wanita Dinasti Tang pernah menggunakan guntingan kertas sebagai hiasan kepala. Selain itu, guntingan kertas bentuk rama-rama dibuat bagi mengalu-alukan kedatangan musim bunga.


Pada era Dinasti Han, guntingan kertas ini adalah salah satu kerajinan masyarakat Tiongkok yang paling popular, Jian zhi atau disebut juga Chinese Paper Cutting semasa era penemuan kertas oleh Chai Lun. Jian zhi ini pada awalnya digunakan dalam seni menggunting kertas untuk perayaan Imlek bagi menghiasi rumah. Disebabkan keindahan seninya maka  ia sering disebut "chuāng huā" (窗花)" yang bermaksud karangan bunga untuk jendela.



Seni guntingan kertas ini dilakukan secara manual. Bagi seorang tukang guntingan kertas, mereka harus mempunyai gunting dan pisau ukir dalam pelbagai saiz untuk menghasilkan pola yang rumit. Kertas yang selalu digunakan adalah berwarna merah kerana dikatakan mempunyai 'ong'. Kerja menggunting kertas harus dilakukan dengan berhati-hati dan tidak boleh tersalah sedikit bagi mendapatkan hasil yang terbaik.




Aku sendiri tak tahu.... rupanya ada seni guntingan kertas macam nii. Yang selalu aku lihat ialah tulisan khaligrafi Cina dan guntingan kertas khaligrafi Cina. Selain itu, aku juga pernah lihat cara pembuatan kepala singa yang selalu dimainkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Aku rasa bertuah sungguh di bumi Malaysia ini dapat mempelajari seni kaum lain yang ada.

Sangat rugi rasanya jika generasi muda sekarang tidak mengambil peluang untuk belajar seni guntingan Kertas Tradisional Cina ini. Kesenian begini memang susah untuk dipelajari tanpa minat yang mendalam dan kesabaran yang tinggi tetapi jangan pula korang dijadikan ini sebagai satu alasan. Seni ini mungkin akan pupus satu hari nanti akibat permodenan. Mungkin jugak seni ini patut diajar di sekolah-sekolah.


Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea kengkawan...

No comments:

Post a comment