Thursday, 25 August 2016

Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Broga


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,




Hai korang. Apa khabar hari nii... Aku nii seorang yang aktif dan suka mendaki dan hari nii aku nak citer pasal pengalaman aku mendaki Bukit Broga di Semenyih, Selangor. Teruja betol nak daki Bukit Broga kat Semenyih nii...dah lama tak buat aktiviti yang mencabar diri sendiri...last masa zaman belajar dulu ada laa gi camping dan sebagainya. Aktiviti  ni anjuran biro sukan PUSPANITA...biro ni memang aktif.


7:30 pagi kami dah tiba kat parking Bukit Broga nii...memang dah lambat tapi biasalah masalah teknikal kalau dah ramai-ramai....cantik area parking nii kerana dibarisi dengan pokok kelapa sawit yang menghijau. Kebetulan pula kami pergi pada hari sabtu so penuhlah dengan pendaki yang ingin melihat matahari terbit.


Aku langsung tak buat persiapan dari segi fizikal maklumlah sibuk dengan kerja yang tak habis-habis...so aku rasa lebih baik aku relax dan tak paksa diri sangat...nanti aku sendiri jugak yang merana... Aku join team yang pertengahan...team yang dah biasa mendaki....tuuu dah jauh meninggalkan kami kat belakang...huk..huk..huk...



Sambil mendaki...aku menghayati juga kawasan persekitarannya...teruk jugak nak mendaki sebab agak curam dan aku perlu berhati-hati.


Pendakian adalah sejauh 1.7 KM. Ketinggian 400 meter dari paras laut. Korang rasa penat ke tak bagi yang kurang stamina macam aku nii....tapi semangat aku kuat tau...



Setelah bertungkus-lumus mendaki dengan 3 kali stop untuk berehat...akhirnya aku sampai jugak kat puncak Bukit Broga...xde laa puncak sangat sebab aku tunggu team yang  kat belakang...kesian kat diorang...kan..kan..kan...


Memang cantik laa Bukit Broga nii...suasana yang indah dan sungguh mendamaikan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, aku tak lepaskan peluang untuk bergambar sebab tak pasti bila dapat menjejak kaki lagi kat sini.


Time nak turun...mencabar jugak. Aku tengok ramai yang jenis selamba jer turun siap berlari-lari lagi....mungkin sebab dah selalu datang kot. Paling aku respek...terjumpa satu famili mat saleh nii bawa anak dia yang umur baru satu tahun lebih (baru pandai berjalan) untuk mendaki...dibiarkan jer anak dia tu bebas...sambil merangkak-rangkak baby tuu mencuba...




Sampai jerrr kat parking lega rasanyer....terfikir jugak tak nak dah laa mendaki lagi kat sini...hik...hik...hik...Bukan apa kadang-kadang faktor kesihatan juga memainkan peranan yang penting...InshaAllah ada masa akan jejak jugak kaki kat sini lagi...


Kalau korang bosan dok kat rumah tuu...buat laa aktiviti macam aku nii boleh keluar segala peluh dan ambik udara segar....kalau ada geng yang satu kepala lagi best!! Lepas tuu boleh cabar diri mendaki Gunung Kinabalu pulak....haahaahaaa.

Sekian.

**jangan lupa yea follow blog aku....

No comments:

Post a comment