Friday, 26 August 2016

Pengalaman Pertama Dive Di Tioman...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat yea. Hari nii aku nak citer tentang pengalaman aku dive untuk pertama kalinya. Masa mula-mula aku dapat tahu kena gi PADI Open Water Diver Course....aku punyalah terujanya. Memang ini yang aku impi-impikan selama ni...nak cuba dive tapi takut pun ada sebab aku tak reti berenang....




  
Kursus ini anjuran bahagian arkeologi bawah air....kami bertolak dari ofis dengan bas lebih kurang kul 11 malam...sampai kat jeti Tanjung Gemok lebih kurang kul 7 pagi. Feri kami kul 9 pagi baru tiba...so lepak jer laa kat jeti dan tido. Memang bosan giler.






Perjalanan bot mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai kat Jeti Kampung Salang Tioman dengan ombak yang kuat....mabuk laut dibuatnya hingga aku and the geng ramai gak yang muntah. Minyak angin memang dah tak jalan dah....



Sampai dalam jam 1 tengahari di East Divers Resort...terus gi makan sebab lapar sangat walaupun badan dah lembik...kepala dah ting tong. Lepas rehat jab dan solat...kul 3 petang start kelas....pengenalan mengenai dive...kitaorang kena layan video dulu.







Esoknya sambung lagi kelas hingga ke waktu makan tengahari. Selepas solat kena ambik exam plak...boleh tahan laa jugak susah soalannya. Rasa penuh kepala otak nii study. Jam 4:30 petang bermula laa untuk kelas amali kami di air. Ketaq kepala lutut dan berdebar-debar. Bagi orang yang tak pandai berenang macam aku....rasa antara hidup dan mati jerr.... tapi berlakon buat selamba dan cool walaupun ada geng yang nak tarik diri... kami tetap bagi semangat antara satu sama lain... semangat tak kami...



Cikgu kami ni punya laa garang walaupun muda daripada kami semua... kecut perut laa jugak.. tapi demi keazaman yang tinggi untuk mendapatkan lesen menyelam yang sememangnya mahal.... so kami tetap tabah dan gigih.


Bagi yang memang ada niat nak belajar dive...aku cadangkan korang belajar berenang dulu dan teknik asas dive kat swimming pool supaya level confident korang lebih tinggi daripada aku. Kami semua ni 'bidan terjun' so tak buat persiapan langsung. Cikgu kami pun terkejut...main redah jer...terror tak kami korang rasa.





Bagi wanita Islam..bolehlah cari pakaian yang bersesuaian dan sopan sebagai muslimah sebelum nak mengikuti kelas menyelam ini. Yang berkaca mata dengan 'power' yang tinggi...korang belilah sendiri goggles supaya lebih mudah.


Persediaan sebelum menyelam memang sangat rumit supaya tak berlaku kemalangan yang tak diingini. Tong gas tuu pulak beratnya 20kg....memang berat weii...nak patah pinggang dibuatnya... ditambah lagi dengan pemberat yang diletakkan di pinggang aku tu.... adusss... seksa rasanyer. Korang kena pastikan jugak gas dalam tong tu mencukupi mengikut masa yang korang perlukan untuk menyelam. Kalau korang jenis panik, gas akan cepat habis... so korang kena sentiasa bertenang dan kosongkan fikiran dari gangguan yang tak sepatutnya.


Setelah korang pastikan segalanya ok...korang kena minta kawan korang checkkan pula peralatan korang..begitu juga sebaliknya...untuk pastikan segalanya selamat digunakan. Pas tu boleh la menyelam. Mula-mula diajar pada kedalaman 5 meter jer...tapi itu pun aku rasa dah dalam.

  
Pengalaman pertama aku menyelam nii... bercampur aduk...  teruja.. seronok... takut.. berdebar dan macam-macam laa aku rasa. Cuma tempat yang kami menyelam nii kurang menarik dan airnya keruh.

Kat dalam tuu 5 minit macam 5 jam rasanya...korang boleh bayangkan tak betapa takutnya aku...kami diajar cara penafasan tanpa gas dan berkongsi gas. Selain itu kami juga diajar cara untuk mengimbangi badan supaya tak jejak tanah...badan dan kaki kena lurus dalam keadaan menerap. Selagi tak berjaya...kena ulang semula. Setelah semua berjaya barulah kami dibenarkan untuk naik ke permukaan air.


Seksaan kami hari ke dua dah berakhir....esok entah apa laa pulak kami kena buat untuk berjaya dapatkan lesen menyelam tuu...ngeri nak fikir tentang hari esok. Ada geng aku yang panik dalam air menyebabkan masalah pada paru-paru dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Hari yang ketiga...selepas sarapan pagi kami kena menyelam untuk kedalaman 18 meter...takutnya....mampu ke aku buat...rasa-rasa macam mampu. Seperti biasa aku sentiasa pastikan diri aku dalam keadaan yang tenang dan enjoy dengan latihan ini serta menghayati suasana dalam air. Sejam lebih kami buat latihan dalam air ni secara bergilir-gilir. Aku dah mula menggigil kesejukan dan tangan dah kecut..tapi aku cuba jugak untuk bertahan dan jangan cepat mengalah. Ujian yang terakhir kami berempat tidak berjaya untuk mengapungkan diri di permukaan air tanpa menggunakan gas...mungkin disebabkan kami dah terlalu penat dan nafas kami menjadi pendek. Aku dah kehabisan tenaga langsung hingga tak terdaya untuk ke tepian pantai...terpaksalah cikgu tolong tarikkan aku.


Petang tu pulak kami mohon untuk join geng yang lain gi snorkeling dan naik bot keliling pulau. Kali ni baru nampak ikan dan terumbu karang yang cantik-cantik. Seronok dan hilang rasa seksaan pagi tadi. Sebelah malamnya pula diadakan BBQ makanan laut yang segar....bestnyer.


Hari ke empat, kami bersantai sebelum bertolak balik ke KL semula...Walaupun tak berjaya dapatkan lesen menyelam tapi kami sangat puashati...kerana pencapaian kami sebenarnya memuaskan cuma cikgu kami tuu sangat garang dan terlampau tegas untuk orang yang baru nak belajar seperti kami...nii bukan aku yang cakap yea...tapi geng yang dah ada lesen menyelam advance yang beritahu.

Apa pun korang jangan la pulak rasa takut dan serik nak cuba bila baca pengalaman aku nii...sebab aku tak buat persediaan langsung. Persediaan tuu perlu dari segi fizikal dan juga mental supaya korang lebih confident pada diri sendiri. Korang kena cuba...baru korang tahu betapa seronoknya bila tengok hidupan lain di dalam air. Umpama berada di dunia lain....Pengalaman mengajar aku segalanya dan menjadikan aku lebih matang.



Sekian.

No comments:

Post a comment