Saturday, 27 August 2016

Pengalaman Menjalankan Kerja-kerja Penyelidikan Masyarakat Orang Asli Dan Peribumi

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,




Hai korang. Aku harang korang semua sihat sentiasa hendaknya. Dahulu aku banyak buat research pasal rumah orang Asli dan rumah masyarakat Peribumi di Sabah dan Sarawak...Kadang-kadang penyelidikan ini memakan masa hingga sebulan. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi bagi menyiapkan tugasan ini...meredah sungai...meniti titian usang...dikejar anjing....cuaca yang panas terik, menaiki sampan kecil dan sebagainya.




Dan seperti kebiasaannya...tugasan aku adalah mengukur, membuat pelan rumah atau lakaran.....tugasan ni memang kena berpanas laa...so jangan haraplah nak tengok aku sentiasa cantik...bedak pun cair...


Buat kajian ni....banyak pengalaman dan ilmu baru yang aku perolehi sebab budaya mereka yang sangat asing bagi aku. Dari segi bahasa pun kadang-kadang sukar dimengertikan....so far kerjasama yang diberikan sangat ok.



Kajian yang aku dah buat seluruh Cameron Highlands Pahang pasal masyarakat orang asli. Pengalaman yang sangat berharga dan kenangan yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini.


Kehidupan mereka yang sangat simple dan mereka lebih selesa begitu. Walau pun pihak kerajaan ada menyediakan mereka rumah batu tetapi mereka tetap setia dengan rumah buluh yang dirasakan lebih sejuk.


Kenderaan 4W kami pernah tersekat dijalan yang berlumpur kerana pada masa tuu musim hujan tetapi disebabkan kepakaran pemandu yang cekap...kesulitan ini dapat diatasi. Laluan ke perkampungan orang asli ini juga sangat mencabar dan kecil serta berhadapan dengan gaung...kecut perut aku. Dalam hati dok berdoa banyak-banyak.


Dalam aku melakukan kerja-kerja penyelidikan awalan ini...tidak pernah lagi kami mengalami isu kesukaran....kebanyakannya memberikan kerjasama yang bagus. Selain itu aku juga mendapat bos dan team yang bagus serta memberikan komitmen yang tinggi dalam bertugas. Masing-masing dah tahu tugas sendiri tanpa perlu diarahkan.


Selain itu....kajian peribumi di Sabah dan Sarawak jugak tidak kurang menariknya....antaranya kajian tentang masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah, masyarakat Pulau Bonggi, rumah Panjang di Sarawak dan lain-lain lagi. Kehidupan mereka semua sangat simple dan bergantung kepada hasil laut serta bercucuk tanam.


Aku selalu rasa teruja ingin mengenali setiap masyarakat yang ada di Sabah dan juga Sarawak. Kebudayaan mereka sendiri pun sudah menarik...apatah lagi pakaian tradisional mereka.


Pertama kali aku dapat menjejaki kaki ke rumah panjang....best giler korang! Dapat menerokai rekabentuk dalam rumah nii. Aku siap panjat loteng lagi sebab nak tengok apa yang diorang simpan kat atas nii... kalau jumpa tengkorak kepala pengsan aku dibuatnya.


Sebenarnya agak menakutkan jugak kerana rata-rata masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak mempunyai raut wajah yang agak kasar serta garang...dan ramai jugak yang bertatoo. Tetapi bila kita mula mengenali mereka...sebenarnya mereka nii friendly.


Mereka juga sangat kreatif membuat barangan hiasan manik dan juga anyaman tikar. Sempat jugak laa aku borong tikar Sarawak yang cantik tuu.

Kajian di Sabah dan Sarawak banyak menggunakan pengangkutan air....gayat suit! Sebabnya aku nii tak pandai berenang. Tapi still buat-buat ala berani gitu...


Sekarang aku nak citer bab makan...aku ni bukan laa jenis pemakan sangat dan bukan jenis suka mencuba. Tetapi aku still tak nak melepaskan peluang untuk cuba merasai masakan sana yang halal....makan rumpai laut mentah, laksa Sarawak, mi kolok dan lain-lain lagi. Makanan laut kat sana fresh, murah dan besar-besar.


Boss aku dah banyak kali gi sini...so macam-macam laa menu makanan yang keluar dari mulut dia. First...of coz laa...laksa Sarawak. Aduhhhhh....macam nak try tapi macam tak boleh jerr...



Cubaan pertama memang tak boleh masuk tekak aku....tapi aku tengok boss aku makan selamba jer...macam sedap jerr... Aku memang tak puashati!! Esoknya aku try lagi...macam sedap laa pulak! esok dan esok dan esoknya...laksa Sarawak jadi menu aku...haaahaahaa.


Oh yaa ada satu lagi makanan yang sangat gerun untuk dicuba. Korang rasa apa yea..?? Paling adventures untuk cuba makan ulat sagu. Ada berani!! Aku memang tak berani...korang bagi laa duit beratus sekali pun...aku rasa tekak aku memang tak boleh nak telan.




Puas laa aku makan....shopping jangan cerita laa...selagi duit tak habis...aku tak stop. Dapat plak boss yang kaki menyoping...panjang laa langkah aku...macam-macam yang aku shopping...dari tikar hingga ke kain baju. Hiasan rumah...makanan kering dan sebagainya.


Lagi satu aku nak bagi tahu...kalau korang datang ke Sabah...jangan lupa untuk ke Muzium dan kalau ke Sarawak pula...korang gi laa ke Taman Budaya dia...memang best giler...macam-macam yang korang boleh lihat terutama sekali rumah-rumah tradisional yang terdapat di kedua buah negeri ini.

Rasa macam nak pergi lagi...dah lama aku aku tinggalkan semua ini...Apa pun...semuanya menjadi kenangan yang paling bernilai dan terindah buat diri aku....


Sekian.

**jangan lupa yea follow blog aku....

No comments:

Post a comment