Monday, 22 August 2016

Nama Mu Terukir Di Hatiku...Uji Rashid

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,





Hai korang...aku merupakan peminat Uji Rashid...suaranya sangat merdu dan lagu-lagunya mengusik kalbu membuat aku terpesona. Aku suka memainkan lagu beliau di dalam kereta sambil memandu. Tak sangka aku dapat bertentang mata dan bergambar dengan beliau. Seronok dan terujanya bukan main....Masa tu ada program di JKKN Perak...aku memang tak nak lepaskan peluang yang ada... aku bawa sekali album beliau untuk ditandatangani...Orangnya lemah lembut dan sangat pemalu...





Boss akucerita...diawal kemunculan, beliau ditolak oleh seorang komposer terkenal kerana mengatakan suara beliau tidak sedap dan tidak boleh jual. Tetapi bakat beliau dikesan oleh Datuk Ahmad Nawab dan menjadi popular. Selain itu potongan rambutnya pun menjadi kegilaan selepas beliau balik dari London (ala-ala Puteri Diana). Lagu raya nyanyian beliau sentiasa segar sehingga sekarang.



  
Jom kita kenali beliau....

Uji Rashid (dilahirkan sebagai Fuziah binti Haroun Al Rashid) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita dari Malaysia yang terkenal. Beliau pernah menyanyi berpasangan dengan pasangan duet pertamanya di pentas iaitu Sudirman Haji Arshad, Latif Ibrahim, D J Dave dan Hail Amir.



Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 60-an. Ketika itu beliau sedang menuntut di sekolah diBandar Seri Begawan,di Negara Brunei Darussalam,dalam tarian ballet. Bila beliau berhijrah keKuala lumpur, beliau aktif pula dalam sukan, seni lukis, debat, dan seni.


Akhirnya, dari desakan rakan-rakan sekolahnya, beliau menyertai aktiviti tarian untuk pementasan akhir tahun sekolahnya. Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tarian dan pada masa sama mula berjinak-jinak dengan teater.

 

Boleh dikatakan apa jua cabang seni yang disertainya, sama ada tarian dan lakonan telah membuatkannya berazam untuk mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi tidak mencapai sebarang kejayaan. 


Biarpun tidak berjaya, bakatnya dikesan oleh Datuk Ahmad Nawab dan berikutan dengan galakan yang diterima daripada penggubah lagu terbabit, beliau telah merakamkan empat lagu di sebuah studio di Singapura tetapi lagu berkenaan tidak diterbitkan.

Nasibnya berubah selepas itu sebaik sahaja bertemu dengan Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya untuk membintangi filem terbaru yang berjudul "Permintaan Terakhir" (1975) bersama Nozie Nani, Datuk Sani Abdullah dan Yusof Haslam. Tuahnya kemudian cukup menyerlah di layar perak. Apabila filem pertamanya itu mendapat sambutan hangat di pawagam dan namanya semakin menjadi sebutan, barulah lagunya yang pernah dirakamkan dulu diedarkan sekali gus meledakkan lagi popularitinya sebagai bintang baru.
 
 


Sama ada lakonan mahu pun nyanyian, kedua-dua bidang ini cukup sinonim dengannya. Dia dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai. Sebut apa saja, fesyen pakaiannya hingga ada sejenis ikan pun turut diberi gelaran Ikan Uji Rashid dek matanya yang besar. Hingga kini, idak ada seorang artis pun diberi gelaran begitu. Juga sempena popularitinya, tidak ketinggalan orang Melaka, menggelar duit syilling 50 sen, duit Uji Rashid, dan seorang pengusaha kain batik juga mengambil kesempatan untuk mencipta Kain Uji Rashid, sejenis corak kain batik. Rasanya, Uji Rashid sendiri tidak pernah meraih apa-apa keuntungan daripada semua ini, melainkan rasa terharunya.



Filem lakonannya cukup berkesan seperti: Permintaan Terakhir, Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok, Yassin, Langit Tidak Selalu Cerah, Dendang Perantau, Mistik, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Misteri Balan -Balan dan beberapa buah lagi... Uji juga merakamkan lebih puluhan piring hitam (EP), cartridge dan album termasuk album duetnya dengan Hail Amir dan bersama artis-artis lain beramai-ramai.


Semasa EMI mula serius dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid berjaya terjual melebihi 30,000 unit menjadikan Uji Rashid sebagai salah seorang artis yang paling laris pada waktu itu. 
Lagu-lagu beliau akan sentiasa menggamit nostalgia sepanjang zaman.

Sekian.
 

Semakin Hari Semakin Sayang

No comments:

Post a comment