Thursday, 25 August 2016

Hobi Mengait Sarung Kotak Tisu


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai...hari nii aku nak citer pasal hobi aku yang satu nii...iaitu mengait jarum satu. Mengait sarung kotak tisu ini merupakan minat aku...rasa best jer bila lihat kotak tisu bersarung cantik di atas meja... banyak juga tempahan yang aku terima daripada kawan-kawan... saja untuk suka-suka untuk mengisi masa lapang.. tak laa aku rasa boring kat rumah.



Corak nii namanya granny... corak yang paling mudah nak buat.... dalam sehari dah boleh siap tapi tak boleh buat kerja lain laa...kena mengadap benda nii jer... bila dah siap memang puashati rasanya. aku buat ikut gerak hati...Banyak kali jugak try n error.... Yang penting korang jangan mudah putus asa. Usaha itu tangga kejayaan kan!



Kalau korang minat boleh belajar kat youtube atau gi kelas mengait. Bila selalu buat, lama-lama korang akan jadi pandai gak. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak mahal iaitu 2 buku benang kait, jarum kait saiz 1 atau 2 dan gunting.


Benang yang aku guna adalah jenama Nona atau pun Wina...ikut pada kedai yang menjualnya. Tetapi kalau korang guna Nona...jangan pulak dicampur dengan benang jenama Wina...kerana warna berbeza-beza...ada lari sikit dari segi kepekatan warna.


Harganya pula mengikut kedai tersebut...ada yang menjual dengan harga RM 2.00 sebuku ada ada juga yang jual dengan harga RM 2.50. Agak susah jugak nak cari benang nii sekarang. Tak banyak kedai yang menjualnya.


Untuk membuat sarung kotak tisu ini mudah jer..yang penting korang kena pandai jahit tali air dan juga pandai gabungkan warna untuk menampakkan sarung kotak tisu ini lebih menarik dan seri.


Mengait nii perlukan kesabaran yang tinggi dan juga ketenangan. Tangan korang pun kena dilembutkan supaya mudah korang nak lentur jari-jari korang tuu. Oh yaa...jarung kait pulak harganya dalam RM 1.50 hingga ke RM 2.50..ikut kepada saiz dan mata yang korang gunakan. Kalau mata 1..murah sikit tetapi kalau mata dua..setiap hujung ada mata...harganya agak mahallah sedikit.


Selalunya aku membelinya di kedai jahitan...kadang-kadang ada juga dijual di kedai-kedai barangan menjual alat/goodies pengantin. Kat kawasan rumah aku hanya ada satu sahaj kedai yang menjual benang nii. Nasib baik lebih kurang 7 minit jer perjalanan...jadi mudahlah untuk aku pergi membeli.





Corak nii namanya granny...corak yang paling mudah nak buat....dalam sehari dah boleh siap tapi tak boleh buat kerja lain laa...kena mengadap benda nii jer... bila dah siap memang puashati rasanya. aku buat ikut gerak hati...Banyak kali jugak try n error....Yang penting korang jangan mudah putus asa. Usaha itu tangga kejayaan kan!

Kalau korang minat boleh belajar kat youtube atau gi kelas mengait. Bila selalu buat, lama-lama korang akan jadi pandai gak.

Sekian.

3 comments:

  1. ada ke diagram utk membuatnya sb saya baru nak belajar buat ni

    ReplyDelete
  2. Maaf la nors...diagram yang ni saya tak ada sebab saya ikut gerak hati jer tapi saya cuba dapatkan kat google untuk nors. InshaAllah. Nanti nors cuba rujuk kat ruangan drawings saya yea...

    ReplyDelete
  3. Kat photo FB Mycraft Dee ada tutorial kait sarung kotak tisu nii...sarung kotak tisu yang dia kait pun cantik-cantik semuanya Nors

    ReplyDelete