Sunday, 28 August 2016

Book Review: Memori Di George Town

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang...sekarang nii aku tengah giler sikit nak membaca. Entri kali nii jugak pasal review buku. Buku Memori ni aku beli sebab nak tahu keistimewaan bandar Georgetown pada masa lampau yang dikatakan sangat popular dan penuh dengan nostalgia serta mendalami detik-detik dari pelbagai aspek yang dialami oleh para penyumbang cerita mengenai bandar bersejarah ini.




Buku Memori di George Town ini merupakan himpunan pengalaman hidup dan ingatan masa lalu masyarakat Melayu yang pernah menghuni bandar George Town. Seramai 29 orang dari pelbagai latar belakang sosial, umur dan keturunan telah menyumbangkan ingatan masing-masing sama ada dalam bentuk ingatan yang khusus mahupun ingatan yang umum tentang kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan mereka sepanjang menjadi penghuni bandar.

Memori ini banyak kisah-kisah menarik yang tidak tercatat dalam dokumen dapat dicungkil. lngatan umum tentang suka duka kehidupan pada zaman pendudukan Jepun, sambutan hari kemerdekaan yang pertama di Pulau Pinang, kehidupan di Jalan Trang, Jalan Rangoon, Lebuh Acheh, dan kampung-kampung dalam bandar seperti Kampung Syed, Kelawai, dan Kampung Selut (kini Sungai Pinang), hubungan sesama kaum dan jiran, permainan zaman kanak-kanakdan lokasi tempat hiburan, riadah dan membeli belah yang popular dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang amat penting bagi kajian sejarah sosial.

Kisah kenangan persahabatan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kehidupan semasa zaman pendudukan Jepun di Pulau Pinang, kisah ciptaan resepi mi sotong yang popular, kehidupan seorang peniaga buku terpakai di Pasar Chowrasta dan kisah penemuan identiti diri di bandar bersejarah George Town adalah antara memori segelintir penduduk George Town yang tercatat di dalam buku ini.

Buku Memori ni bagi aku kurang keseronokkan dari segi olahan penceritaannya...idea dah ada tapi feelingnya kurang. Kekurangan buku ini juga adalah dari segi peta lokasi bagi setiap penceritaan tersebut...agak sukar bagi aku untuk membayangkan ceritanya kerana aku orang luar dari Georgetown. Walaupun kebanyakkan tempat tersebut telah aku kunjungi tapi aku masih tak dapat feel jalan penceritaan memori ini...aku rasa sayang sangat sebab ideanya dah cukup bagus. Apa pun tahniah kepada penulis atas usaha yang dilakukan bagi mengimbau semula kenangan lama ini untuk tatapan generasi sekarang.


 

Sekian.

3 comments:

  1. Nak tanya sikit ,awak beli buku ni kat mana?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya sikit ,awak beli buku ni kat mana?

    ReplyDelete
  3. Saya beli di MPH Bookstore NuSentral, Kuala Lumpur

    ReplyDelete