Thursday, 1 September 2016

Homestay Haji Razali Di Bukit Gantang Taiping

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Hari nii aku nak citer tentang sebuah homestay. Terkesima sejenak aku melihat homestay (Inap Desa) berwarna merah jambu ni... Dalam hati terdetik... cantiknya homestay nii walaupun simple tapi seni ukiran yang terdapat padanya menyerlah keindahannya. Lamannya pula sangatlah luasnya..... Tak sabar aku nak lihat macamana rupa dalamnya...



Cuma...aku kurang berkenan dengan warna merah jambu yang digunakan untuk dinding rumah terutama bahagian luar... Dah hilang keaslian wajah sebenar rumah tradisional. Tapi mungkin sebab rumah ini dijadikan homestay dan pemilik hendak rumah ini mudah dikenali serta diingati sebab itu ia di cat dengan warna pink dan bumbung berwarna merah... Atau mungkin juga ini warna feberet pemilik rumah. Korang rasa yang mana satu..?



Homestay ini terletak kat Bukit Gantang berhampiran dengan tol Bukit Gantang Taiping... selepas tol korang kena ambik simpang kanan untuk ke Bukit Gantang... Kalau korang ambik simpang kiri korang akan menuju ke bandar Taiping.


Pemilik homestay ni bernama Haji Razali...kalau tak salah aku..beliau merupakan bekas guru.

Tuan Haji Razali

Tel : +6012-4842742/ +6012-8551311

Email: ppik_bktgtg@yahoo.com

Alamat: Homestay Bukit Gantang, Pejabat Penyelaras Homestay Bukit Gantang, Jalan Kuala Kangsar, Changkat Jering 34850 Taiping, Perak.


Bagus juga idea ini... daripada rumah terbiar kosong lebih baik dijadikan homestay... Konsep homestay dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung. Selain itu rumah ini dapat dikekalkan untuk tatapan generasi seterusnya.


Malaysia antara 10 negara tertinggi yang menerima kedatangan pelancong asing pada setiap tahun. Jumlah yang tinggi ini mempunyai kaitan rapat dengan produk pelancongan yang pelbagai yang dimiliki Malaysia. Antara produk yang turut diba­ngunkan adalah pelancongan inap desa atau lebih ter­kenal sebagai program homestay. Produk ini telah mendapat tempat dan dibangunkan di semua negeri di Malaysia.


Program homestay mula diperkenalkan di peringkat nasional pada tahun 1995 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Homestay merupakan cabang pelancongan desa yang dapat memperkenalkan aktiviti sukan, permainan dan kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia.



Antara Ja­nuari hingga Ogos 2015 se­perti dilaporkan oleh Timbalan Ketua Setia­usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah, seramai 48,626 pelancong antarabangsa memilih tinggal di homestay. Jumlah ini telah mencatatkan pulangan sebanyak RM16.5 juta.



Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hanya menggalakkan kewujudan homestay di luar Bandar. Homestay di kawasan bandar perlu mengemukakan permohonan lesen dengan berlandaskan syarat-syarat yang terpakai ke atas hotel dan melibatkan permohonan tukarguna bangunan yang biasanya melibatkan kos dan perbelanjaan yang tinggi.

Yang seronoknya bila korang menginap di homestay, korang akan dapat mengenali kebudayaan masyarakat setempat...merasai makanan tradisional. Kiranya mengimbau kembali nostalgia lama laa... dan kalau bernasib baik.. korang dapat makan buah-buahan tempatan... kat sini femes dengan durian Bukit Gantang. Setiap tahun selalu diadakan program Jom Makan Durian di kawasan ini. Best Giler...

Sekian.

**jangan lupa yea follow blog aku nii

No comments:

Post a comment