Wednesday, 17 August 2016

Hobi: Mengait Di Masa Lapang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai kengkawan semua... Korang minat Mengait tak...??? Minat aku dalam mengait ini timbul di zaman remaja lagi apabila melihat mak tersayang dan kawan-kawannya menghabiskan waktu petang mengait dan berkongsi benang. Mungkin disebabkan minat yang sangat mendalam, setiap kali balik sekolah aku akan try untuk mengait tanpa tunjuk ajar daripada sesiapa....2 minggu mencuba akhirnya berjaya juga kait tali air. seronok rasanya bila dah berjaya...percubaan pertama mengait corak granny...ala-ala corak papan dam tuu...aku buat alas meja...corak tuu jer laa yang aku tahu pada masa tuu pun....hik3x. 



Pada suatu hari rakan sekerja aku bagi pinjam buku mengait arwah ibunya untuk aku photostat....sebab dia tahu aku suka mengait...seronok betul aku...so dapat laa 3 buku untuk aku jadikan panduan. Masa dulu memang susah nak cari buku mengait...dan kebanyakkannya dari luar negara dah laa tuu mahal sangat.
 





Sekarang semakin banyak buku mengait dalam Bahasa Melayu yang dijual. Sedikit demi sedikit aku membelinya untuk dijadikan koleksi peribadi. Dalam famili pada mulanya hanya aku seorang jer pun yang mewarisi dan minat mengait ini...tetapi sekarang adik yang ke 6 pun turut sama meminati hobi ini.
 



Mengait ini memerlukan kesabaran dan ketelitian serta minat yang tinggi untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan. Bagi pandangan peribadi aku....benang juga memainkan peranan....kerana ada benang yang lembut dan ada yang keras...ada juga yang mudah putus. Aku suka menggunakan benang jenama Nona kerana ia lebih lembut dan tidak mudah putus.

Pemilihan warna yang betul membuat hasil mengait jadi lebih menarik dan cantik di mata. Ia juga mungkin boleh disuaipadankan dengan tema hiasan rumah.
 




Aku lebih berminat untuk mengait alas meja dan juga 'chairback'. Minat aku juga ini bergantung kepada musim...3 tahun lepas minat aku lebih menjurus kepada mengait sarung kotak tisu. 8 tahun yang lalu...minat aku lebih kepada mengait untuk kraftangan yang comel seperti keychain, pin tudung, pin baju, cucuk sanggul, kelip rambut dan lain-lain.





Hobi ini aku lakukan di masa yang terluang...seperti waktu malam sambil tengok tv dalam sejam dan juga pada hari cuti...Sebenarnya bukan mudah untuk mengait nii....tangan perlu dilembutkan dan mood kena ada...kalau tak de mood memang tak menjadi....



Kedai yang menjual barangan untuk mengait nii juga agak terhad dan jauh dari kawasan kediaman aku. Selain itu harga benang juga sudah semakin mahal dibandingkan 15 tahun yang lalu....dulu harga benang dalam RM 1.00 hingga RM 1.20 untuk sebuku/sebiji.
 





Sekarang harganya RM 2.00 untuk sebuku/sebiji....Benang yang mempunyai banyak warna lagi mahal harganya. Bagi menyiapkan 1 set chairback aku memerlukan lebih kurang 50 buku/biji benang....Mengait ini merupakan seni turun temurun yang perlu dikekalkan. 


Sekarang semakin ramai menjadikan hobi mengait ini sebagai sumber pendapatan sampingan di online. Sumber kajian mengatakan mengait ini bermula sejak era Renaissance di mana para wanita mengait benang untuk dijadikan renda.



Mengait mungkin saja telah berkembang daripada seni jahit-menjahit bangsa Tiongkok, India, Persia dan Afrika Utara yang merujuk kepada sulaman di abad ke 18.  

Mengait jarum satu (crochet) lebih mudah rasanya jika dibandingkan menggunakan dua jarum (knitting).
 



Aku suka merujuk buku mengait dari Jepun kerana aku mudah memahami lukisan pola (gambar rajah) yang terdapat di dalamnya berbanding dengan buku yang perlu dibaca step by step.
Apa pun aku masih lagi dalam proses belajar dan masih belum mahir lagi kerana aku belajar sendiri tanpa guru.
 



Kepuasan mengait hadir apabila melihat hasil kerja yang cantik serta kemas. Kadang-kadang datang juga rasa jemu bila asyik mengadap benda yang sama jer....tapi hati kena kuat untuk menyiapkan hasilnya.






Mengait ini merupakan satu hobi yang memberi aku keseronokan dan kegembiraan di masa lapang. Bagi yang ingin cuba mengait cari dulu maklumat dan bahan asas untuk dijadikan rujukan. Mungkin boleh mencuba corak granny dulu seperti aku. Jangan mudah putus asas dan teruskan mencuba.

Sekian.

No comments:

Post a comment