Tuesday, 23 August 2016

Hiasan India..**Kolam / Rangoli**

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Korang pernah cuba tak buat hiasan 'kolam' nii...Aku first time nak cuba buat dan merasai sendiri membuatnya semasa program kat Ipoh yang lalu. Nampak macam senang tapi memerlukan kesabaran yang agak tinggi jugak bagi memastikan beras yang ditabur kemas tersusun mengikut corak yang telah dilukis.
 



Aku tabik spring betul dengan masyarakat India yang kreatif membuat 'kolam' ni...yea laa ada pelbagai bentuk terutama sekali yang pandai buat corak burung merak...korang rasa tak kagum ke... Rupanya...kemahiran membuat “kolams” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik. Yang mana kebanyakannya bermotifkan flora fauna.
 




Bagi penganut Hindu, sambutan Deepavali kurang serinya kalau kediaman tidak dihiasi dengan 'kolam' iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Simbolik  di  sebalik hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk. 

Bahkan berdasarkan catatan, kolam terbesar di dunia yang pernah dihasilkan ialah pada 22 Mei 2008, bersaiz 4,900 meter persegi dan dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di Dataran Murda, Tiswadi, Goa, India.
  




Meletakkan "Kolam" di hadapan rumah menjadi amalan penting di kampung-kampung. Tetapi malangnya amalan ini menjadi hampir pupus di bandar-bandar metropolitan yang menetap di dalam bangunan pangsapuri tinggi. Yea laa...rumah tinggi-tinggi sekarang nii mana ada ruang sangat...semuanya serba terhad.




Selain corak warna 'kolam' ini juga memainkan peranan bagi mencantikkan lagi hiasannya. Pemilihan warna kena sesuai dan terang. Aku tak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut bagaimana beras ini diwarnakan sebab begitu teruja nak try membuatnya...




Apa pun hiasan sebegini merupakan warisan yang harus dikekalkan hingga ke generasi akan datang kerana generasi sekarang ramai yang telah memodenkan hiasan 'kolam' ini dengan menggunakan sticker. Nampak dah hilang ciri tradisionalnya kan...


Sekian.

No comments:

Post a comment