Monday, 29 August 2016

Filem Review: Bajrangi Bhaijaan vs Dilwale

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai semua...Korang semua apa khabar? Hari nii entri aku bukan pasal review buku tetapi pasal filem. Aku nii bukanlah kaki filem atau peminat tegar filem Hindustan. Tapi... aku suka layan filem-filem yang bagus dan bermutu serta ada mesej yang ingin disampaikan. Kalau filem tuu ada Shah Rukh Khan berlakon...sure aku akan tengok sebab aku minat lakonan dia dari dulu hingga sekarang.

Saat orang lain tengah kecoh dengan filem Dilwale...aku pula secara tak sengaja telah menonton filem Bajrangi Bhaijaan ini. Ceritanya memang sangat luar biasa dan sungguh mengejutkan aku... Memang teruja aku menonton citer nii hingga akhir untuk tahu akan kesudahannya.... Boleh menitis air mata dibuatnya bagi korang yang dalam hati ada taman bunga tuu....Banyak mesej yang diberikan dalam filem ini antaranya kekeluargaan, kejujuran, keagamaan, birokrasi, politik, semangat membantu tanpa kira agama dan sebagainya. Budak tu plak sangat laa cute dan pandai sungguh berlakon.






Sinopsis filem



Seorang gadis cilik muslim yang bisu berusia 6 tahun dari Wilayah Azad Kashmir, Pakistan. Shahida terpisah daripada ibunya ketika dalam perjalanan menuju ke India bagi mengubati penyakit bisunya itu. Shahida kemudiannya bertemu dengan Pawan Kumar Chaturvedi (Salman Khan) yang dikenal sebagai “Bajrangi”, seorang Hindu dan penganut Dewa Hanuman.


Persahabatan antara mereka bermula walaupun menghadapi permasalahan dari segi agama dan konflik kedua buah negara. Pawan seorang yang taat dan jujur bertekad untuk memulangkan Shahida kembali kepada keluarganya walaupun rintangan berat menanti mereka. Bajrangi harus menempuh ribuan kilometer dari tempat tinggalnya di India demi menghantar Shahida pulang ke desa Sultanpur kawasan Kashmir, Pakistan. Dia harus mengantarnya sendiri kerana kedutaan hingga biro pelancongan menolak dengan alasan hubungan diplomatik antara India dan Pakistan yang tidak baik.


Aku bagi 5 bintang untuk cerita Bajrangi Bhaijaan ini dan 3 bintang untuk filem Dilwale (ikut persepsi serta minat aku). Korang memang takkan menyesallah tengok citer nii...sebab korang tak boleh nak agak sangat jalan ceritanya so...korang mesti akan melekat depan tv sampai habis tengok citer ni. Aku tak sangka Salman Khan mempunyai idea yang sehebat ini untuk bikin filem sebegini. Filem Dilwale pun bagus tetapi ia lebih kepada aspek percintaan yang mendapat tentangan daripada keluarga...klise sangat!! 



Sinopsis Filem Dilwale


Dilwale mengisahkan tentang cinta yang kompleks antara dua orang kekasih berasal dari dua keluarga yang bermusuhan dan saling jatuh cinta. Cinta yang mendapat tentangan keluarga. Meera (Kajol) dan Raj (Shahrukh Khan) adalah anak dari Bos Mafia yang saling bersaing dan bermusuhan. Kerana permusuhan itu juga mereka terpisah selama 15 tahun. 


Percintaan antara adik Raj dan Meera, akhirnya menemukan kembali mereka. Kedua-dua mereka masih lagi tidak berkahwin dan menyimpan cinta sesama sendiri. Namun oleh kerana silap faham, Meera menyangka yang Raj membunuh Ayahnya Malik. Salah faham inilah yang menukarkan cinta kepada benci. Kebencian inilah yang menghalanag adik keduanya, Veer (adik Raj) dan Ishika (adik Meera) daripada bersatu di dalam sebuah perkahwinan. Namun setelah kebenaran diperolehi, mereka berbaik semula dan kehangatan cinta lama mereka kembali bertaut.


Apa pun aku suka kedua-dua filem ini....pelakonnya yang sememangnya hebat-hebat belaka serta lagunya yang best lagi memukau jiwa. Terutama sekali lagu Janam Janam tuu....Aku rasa ramai yang tergolek-golek atas katil layan lagu nii. Aku tak laa sampai macam tuu...aku nii biasa-biasa jer. Betaul tau...korang jangan tak percaya plak...hik...hik...hik...


Sekian.

**jangan lupa yea...follow blog aku nii

No comments:

Post a comment