Thursday, 18 August 2016

**Drama Slot Akasia Sayangku Kapten Mukhriz Dan Novel Anugerah Terindah**

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

  
Hai korang....Sekarang niii tengah meletop-letop orang bercerita tentang drama Sayangku Kapten Mukhriz di TV3 jam 7:00 petang....Drama slot akasia ini mula bersiaran pada 13 Julai 2016 (Rabu) menggantikan drama Seindah Takdir Cinta.


Walau pun banyak komen-komen negatif tentang cerita ini kerana watak Doktor Ariana yang terlalu tergedik-gedik tp aku selalu melihat dari sudut pandangan yang positif. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai pelbagai jenis sikap....dan setiap percintaan itu mempunyai pelbagai jenis jalan cerita dan ada yang tanpa kita duga. Begitu juga jodoh pertemuan...bagaimana permulaannya dan bagaimana pengakhirannya...kita sendiri tidak tahu.






Aku menyukai cerita ini kerana ia cerita yang ringan... kelakar... sweet... romantik... Kebetulan pula ayah aku tentera dan suami aku berpangkat kapten. Aku dibesarkan didalam kem tentera.


Semasa zaman sekolah aku mempunyai BFF yang perangai macam Doktor Ariana...yang mengejar cinta monyetnya....tapi tak berjaya...kesian kawan aku kan! Ada yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan cintanya....jangan buat cara tak baik sudahlah!!

Disebabkan nak sangat tahu jalan cerita drama ini....aku membaca novelnya Anugerah Terindah...saja nak pastikan sama atau tidak jalan ceritanya...kadang-kadang drama lagi best daripada novel...ada jugak novel lagi best daripada drama...



Ternyata aku sangat menyukai novel ini...banyak sudut yang positif aku lihat terutama dalam kehidupan berumahtangga yang perlukan kesabaran, bertolak-ansur, saling berkomunikasi, saling mengingati dan sebagainya terutama sekali bila rumahtangga jarak jauh.

Selain itu novel ini juga mempunyai banyak unsur...kelakar, sedih, ketabahan,keyakinan, semangat setia kawan, romantik, geram, marah, keagamaan, kekeluargaan dan lain-lain.



Memang tidak dinafikan....ada juga yang tak logiknya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz ini...sebab orang awam tak boleh masuk dan buat sesuka hati dalam kem atau kawasan pejabat....ada prosedur ketat yang harus dipatuhi. Tapi harus kita ingat...ini hanyalah sebuah drama dan novel yang merupakan sebuah hiburan ringan untuk keluarga...kalau serius sangat memang tak best laa kan!! Ramai yang inginkan percintaan ala-ala cinderella kan....

Tahniah buat penulis novel ini Sophilea (Maznie Darnisya) kerana berjaya menghasilkan novel ini.Penerbit : INTENS IDEA INT’L SDN BHD. Harga : RM25.00




Sinopsis

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor.Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan.Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’.Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab?  Ariana… Ariana.
Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz..


MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.


Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz.udahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.




Sekian.



Bijak pendita bermain kata, 

    Di sana sini nama bersemadi;
Cinta manusia ciptaan kita,
    Cintakan Allah kekal abadi.

No comments:

Post a comment