Wednesday, 31 August 2016

Book Review: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - HAMKA

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua...apa khabar hari nii...? hari nii aku nak story mory tentang sebuah novel yang sangat-sangat hebat!! Novel ini... sebenarnya dicadangkan oleh kawan aku yang mengatakan ceritanya best giler dan sedih sebab dia dah baca novel ini banyak kali. Kebetulan pulak memang susah nak cari novel ini...sehinggalah pada suatu hari tu ia dicetak semula dan dijual di MPH. So...aku tak lepaskan peluang laa untuk membelinya. Dah bertahun-tahun aku cari... Aku dengar novel ni femes sesangat hingga dibuat filem di Indonesia. Sebab itu laa jugak kenapa aku beria sangat nak beli novel ni.



Novel ni memang lain daripada yang lain.... Sepanjang pembacaan, aku asyik tertanya-tanya kenapa novel ini diberi tajuk "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck"...sehinggalah dipenghujung ceritanya barulah aku menemui jawapan. Pertama kali dicetak pada 1937 dan novel ini telah diulang cetak beberapa kali. Aku suka gaya penulisan HAMKA nii...sangatlah indahnya dan berbudi bahasa serta bersopan-santun...umpama dibuai syahdu.  



Novel ini juga memaparkan tentang adat, agama dan kebudayaan Minangkabau di tahun 1936. Memang tak dinafikan kisah novel ini menyedihkan...mungkin ada yang akan menitis kan air mata. Karangan Hamka atau nama sebenar beliau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim ini tidak akan menghampakan korang....kalau korang ni jenis suka baca novel 'tradisi' sikit laa. Kalau korang ni jenis suka cerita ala-ala cinderela  dan bukan jenis yang puitis... novel ni memang tak sesuai untuk korang.




 Sinopsis


Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati.

Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya.

Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.


"Sudikah engkau menjadi sahabatku, Hayati? Saya tahu saya orang dagang melarat dan anak orang terbuang yang datang dari negeri jauh, yatim dan piatu. Saya akui kerendahan saya, itu agaknya akan mennagguhkan hatimu bersahabat dengan daku, Tetapi Hayati, meskipun bagaimana, percayalah bahawa hatiku baik. Sukar engkau akan bertemu dengan hati yang begini, yang bersih lantaran senantiasa dibasuh dengan air kemalangan sejak lahirnya ke dunia!" - Zainuddin




"Kalau demikian, hari inilah saya terangkan di hadapanmu, di hadapan cahaya matahari yang baru naik, di hadapan roh ibu bapa yang sudah sama-sama berkalang tanah, saya katakan : Bahawa jiwaku telah diisi sepenuh-penuhnya oleh cinta kepadamu. Cintaku kepadamu telah memenuhi hatiku, telah terjadi sebagai nyawa dan badan adanya. Dan selalu saya berkata, biar Tuhan mendengarkan, bahawa engkaulah yang akan menjadi suamiku kelak, jika tidak sampai di dunia, biarlah di akhirat. Dan saya tiadakan khianat kepada janjiku, tidak akan berdusta di hadapan Tuhan, dan di hadapan arwah nenek moyangku"- Hayati

Aku difahamkan kisah ini sebenarnya terinspirasi daripada kisah benar dimana berlakunya tragedi sebuah kapal penumpang Van Der Wijck tenggelam di Laut Jawa, sebelah Timur Laut Semarang pada 21 Oktober 1936.

Cerita ni juga...ala-ala tragedi Titanic yang dijadikan filem cinta. Apa pun aku suka novel ni. Memang terbaik laa sebab boleh bertahan dan masih diminati ramai sehingga ke hari ini.

“Tetapi, cita-cita manusia tidak dapat melawan kehendak takdir.” – Hamka
 

Sekian.

No comments:

Post a comment