Friday, 26 August 2016

Book Review: Saya Malala

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang...aku nii memang seorang yang giler kat buku cuma selalunya aku kurang berkesempatan untuk membacanya tetapi yang penting bagi aku...beli dulu...ada kesempatan baru baca. Hari nii ak nak review tentang sebuah buku. Aku tengok buku nii banyak sangat dijual kat MPH...aku tertanya-tanya..siapa tuu Malala?? Kenapa ada buku tentang dia. Rasa ingin tahu tuu menebal bila tengok buku ini berkaitan biografi tentang hidup dia yang ditembak oleh Taliban kerana memperjuangkan pendidikan. Hak perempuan  diketepikan dan tiada kepentingan dalam norma masyarakat di Lembah Swat, Pakistan. 





Buku ini setebal 383 halaman ini ada lima bahagian:


Bahagian Satu: Sebelum Taliban, 

Bahagian Dua: Lembah Kematian, Bagian 

Bahagian Ketiga: Tiga Anak Perempuan, Tiga Peluru, 

Bahagian Keempat: Antara Hidup dan Mati, dan 

Bahagian Kelima: Kehidupan Kedua.

Semuanya ada 24 Bab, ditutup dengan Epilog daripada Malala. 


Malala menulis buku ini bersama Chritina Lamb, seorang jurnalis yang sering menulis tentang Pakistan dan Afghanistan. Apabila Taliban menguasai Lembah Swat di Pakistan, seorang gadis cilik mula bersuara. Malala Yousafzai enggan berdiam diri tetapi berjuang menuntut haknya mendapatkan pendidikan.
 
 



Pada Oktober 2012, tatkala usianya mencecah 15 tahun, nyawa Malala hampir-hampir tergadai. Dia ditembak di kepala semasa perjalanan pulang dari sekolah dan harapan untuk dia hidup adalah sangat tipis. Namun, penyembuhan Malala yang sangat hebat telah membawa beliau dari kawasan terpencil di utara Pakistan ke dewan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Pada usia 16 tahun, dia muncul sebagai lambang protes keamanan global.



Pada 10 Oktober 2014, Malala memperoleh hadiah Nobel bidang Perdamaian bersama dengan Kailash Satyarthi dari India. Malala adalah penerima Nobel termuda dalam sejarah.







Malala Yousafzai dilahirkan pada Julai 1997 dan diberi nama pertama sebagai Malala yang bermaksud "ditimpa kesedihan" nama terakhir beliau Yousufzai, adalah satu konfrontasi besar puak Pashtun yang berpengaruh di Lembah Swat, Pakistan di mana dia dibesarkan. Di Mingora, dia tinggal bersama kedua ibu bapanya, dua orang adiknya dan dua ekor ayam.



Malala dibentuk sebahagian besar oleh bapanya, Ziauddin Yousafzai yang merupakan penyair, pemilik sekolah dan seorang aktivis pendidikan. Bapanya menjalankan satu rangkaian sekolah-sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Awam Khushal, juga dinamakan atas nama penyair terkenal di Pashtun iaitu Khushal Khan Khattak.
 


Keluarga Youtsafzai berbeza dengan kebanyakan keluarga di Pakistan kerana mereka tidak membezakan anak perempuan dengan anak lelaki. Ziauddin Yousafzai, sangat bangga dengan Malala, ketika Malala dilahirkan, dia berkata kepada orang-orang kampung “Aku tahu ada sesuatu yang berbeza dari anak ini.” Nama Malala juga berasal dari pahlawan perempuan terbesar Afghanistan iaitu Malalai dari Maiwand.
 
 


Buku ni banyak memberi pendedahkan kepada aku...betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini yang aman dan boleh pergi sekolah tanpa halangan serta tiada perbezaan keistimewaan bagi setiap jantina. Malala yang pada mulanya bercita-cita ingin menjadi doktor...terpaksa berubah pendirian apabila bakatnya lebih menyerlah sebagai seorang aktivis.


Banyak juga komen negatif tentang Malala oleh masyarakat setempat...yang mengatakan Malala sengaja buat provokasi. Tapi bagi aku... Malala hanya ingin bersekolah dan menuntut ilmu seperti budak lelaki.... dia tak buat salah pun... Jadi kenapa perlu dia ditembak.


Buku ini mengajar erti sebuah kekeluargaan, kepentingan pendidikan untuk semua, kekuatan, ketabahan, kesabaran dan berjuangan. Penulis menerangkan suasana Lembah Swat dengan sangat menarik dan boleh dibayangi oleh setiap pembaca. Penulisannya juga simple dan mudah difahami umpama membaca sebuah buku cerita. Semoga semangat Malala ini terus hidup dalam diri semua orang.
 

Sekian.

No comments:

Post a comment