Saturday, 27 August 2016

Book Review: Projek Seram Istana

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,




Hai korang...apa khabar semua? Hari nii aku nak review tentang sebuah lagi buku. Buku ni dicadangkan oleh housemate aku...dia kata bila dia baca buku nii..dia teringat kat aku so dia suruh aku baca. Berbelah bahagi jugak aku nak baca bila tengok tajuknya yang seram. Dekat 2 minggu aku masih lagi tak boleh nak mula bacaan...sebenarnya aku takut terbayang-bayang dalam tido selepas baca buku ni sebab aku pernah melalui beberapa pengalaman yang mengerikan sebelum ni. Tapi rasa ingin tahu yang kuat aku kuatkan juga semangat aku untuk mula membacanya sehelai sehari diwaktu siang...waktu malam memang aku tak berani nak baca. So korang boleh agak laa ketakutan aku tuu tahap mana....


Hari demi hari aku rasa buku ni sangat-sangat menarik sebab berkaitan dengan kerja aku...kebetulan plak ofis aku sebelum ni di Istana Negara Lama. Terus terang aku katakan...aku menyukai buku ini kerana penulisannya yang mudah difahami dan tempat-tempat yang diceritakan...memang aku dah pergi so aku terasa seolah-olah berada didalam cerita itu. Selain itu ia juga berceritakan tentang sejarah yang mungkin telah dilupakan generasi kini.


Buku ni ada empat bab dengan empat buah cerita...semua cerita didalamnya memang best! Rugi kalau korang tak baca...Buku nii sold out kat semua kedai buku...korang memang susah nak dapat stok. Projek Seram ni ada 12 buku dengan tajuk yang berbeza....antaranya cermin, lombong, wad, highway, hotel, pulau, airport, restroom dan lain-lain lagi. 

sinopsis novel ini


cerita 1/bab1

Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia, sehinggalah dia kembali ke Hutan Tujuh Tangga menjejak Istana Perlambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang. Pabila mentari pucat-lesi, terbukalah kunci./GUNDIK UYANG.



Cerita 2/bab 2

Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadan satu per satu dari rekod negara sehinggalah mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang telah menyebabkan kewujudan si ‘puaka’

Jika aku merupakan sebuah ‘kesilapan’,

Kau juga tidak boleh wujud./WUJUD

Cerita 3/bab 3

Siapa sangka ekspedisi Profesor Eiqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina sejak zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan.

Bangunlah wahai Cempakasari

Dari darah 1000 orang perawan sunti.../PURBAKALA

Cerita 4/bab 4

Azhael seorang kontraktor telah mendapat kontrak pemuliharaan Istan Seri Menanti. Walau bagaimanapun apabila Azhael mahu pulang melaui jalan lama Bukit Putus bersama teman sekerja Ismet, keretanya telah rosak di tengah jalan. Azhael telah ternampak sebuah istana lama di atas Bukit Putus. Azhael cuba meminta bantuan dan akhirnya dia terperangkap di dalam istana. Berjayakah Azhael dan Ismet melepaskan diri daripada menjadi korban upacara ritual membangkitkan Raja Gangren.

Kalau korang memang suka baca novel seram...Aku suggest kat korang baca novel nii...Korang tak menyesal punya. Tapi novel ni berbeza tau dengan novel Bercakap Dengan Jin....Novel ni tak laa seseram novel Bercakap Dengan Jin tuu tapi aku rasa lebih logik sikit laa...apa pun selamat membaca... 

Sekian.

**jangan lupa yea follow blog aku....

No comments:

Post a comment