Saturday, 27 August 2016

Book Review: Kunang Pesisir Morten

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Haii.hai..hai... Hari nii aku nak review buku atau novel nii. Tengok cover novel ni sebenarnya aku sendiri tak boleh nak tafsirkan jalan ceritanya mengenai apa...yang membuat aku nak beli sangat novel ni adalah kerana tajuknya tertulis Morten dan kenapa gambar budak tu kat depan kulit buku....aku tertanya-tanya....

Aku pernah pergi kampung Morten nii...kedudukan rumah-rumahnya terlampau padat dan rapat-rapat. Di kampung Morten ni banyak tersedia homestay untuk pengunjung menginap. Rumah di sini bercirikan tradisional tapi telah banyak ditokok tambah hingga hilang keaslian yang sebenar. 





Novel ni sangat bagus dan aku tabik spring kat penulisnya yang pandai menghidupkan watak Dhia dengan cara yang sungguh kreatif. Memang sungguh mengejutkan dan luar biasa. Cara penulisannya sangat detail tapi mudah difahami bagi menerangkan tentang suasana/landskap di kampung Morten dan perkampungan Cina di era 1984. Orang Melaka wajib membacanya.


Kampung Morten merupakan satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Penduduknya berasal daripada Kampung Jawa yang diarah berpindah oleh pihak British untuk membina sebuah pasar. 



Pengasas Kg. Morten iaitu Datuk Othman Mohd Noor bersama seorang lagi pembesar Melayu, Demang Datuk Haji Abdul Ghani berjumpa dengan Residen Inggeris, Frederick Joseph Morten untuk mencapai kata sepakat bagi menggunakan pengaruh pegawai Inggeris tersebut serta meminjam modal untuk membeli tanah di pesisir Sungai Melaka daripada dua konglomerat Melayu. Penempatan semula perkampungan Melayu bermula pada tahun 1921 dan pembukaan secara rasmi adalah pada tahun 1923 oleh J.F Morten sendiri.


Novel ini adalah berkisahkan adventure dan persahabatan sejati tiga kanak-kanak Kg. Morten (perkampungan setinggan) Dhiya, Adi dan Lim. Kembara Dhiya dan Adi di sekitar kawasan tersebut telah memaut persahabatan sejati dengan anak Cina Peranakan di seberang Sungai Melaka (perkampungan Cina) iaitu Lim. 



Korang memang tak sangka cerita yang ada kat dalam novel ni...bagaimana Dhia mencari ketam batu di lumpur untuk menang perlawanan..menjual kuih untuk membeli peralatan melukis tetapi demi persahabatan duit tersebut diberikan kepada Lim bagi perubatan ayahnya... bagaimana Dhia berusaha untuk menyertai pertandingan melukis.... persembahan opera cina yang ingin sangat dilihat oleh Dhia dan Adi...bagaimana Dhia menjadi detektif bagi mencari jawapan atas kematian adik Lim dan juga kehilangan barang pusaka Datuk Othman.... memang seronok membacanya. Dhia budak yang comot dan miskin tapi sangat kreatif.


Penulis juga menerangkan dengan cara detail tentang rumah pengasas kg Morten ini pada zaman tu yang sekarang ni rumah tersebut telah menjadi living museum (Villa Sentosa). Semoga penulis ini terus  menghasilkan karya yang bermutu, kreatif serta nostalgik.

Sekian.

**jangan lupa yea follow blog aku....

No comments:

Post a comment