Monday, 29 August 2016

Book Review: Kisah Orang Menang - Saiful Nang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai...jumpa lagi kita di entri nii. Hari nii aku masih lagi dengan cerita tentang review buku. Lama juga aku fikir....perlu tak aku beli buku nii...siapa dia Saiful Nang?? so...sebelum beli aku google dulu pasal dia...kalau tak bazir jer duit aku untuk beli buku yang tak memberi manafaat kepada diri aku sendiri. Setelah puashati...barulah aku beli...Awal pembacaan, aku tak berapa suka sebab terasa keegoannya yang tinggi...tapi yang menariknya Saiful Nang ni anak felda yang serba kekurangan...Disebabkan aku mempunyai ramai kawan dari felda so aku teruskan membaca. Ternyata buku ini tidak menghampakan.





Sinopsis buku ni


Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya daripada anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak." Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauh diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular dalam kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah maha adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. 




Memang ada betulnya apa yang Saiful Nang cerita dalam buku ini...kadang-kadang aku rasa penceritaannya agak kasar dan macam nak lepaskan geram pada seseorang tapi aku suka bila dia cerita tentang zaman persekolahannya... bagaimana dia berusaha untuk mencari duit dengan menjual nasi lemak, jual ikan sepat, jual ikan pekasam dan sebagainya. 



Ibu dan ayahnya juga seorang yang kreatif serta tak mudah putus asa. Ibunya menjual ais krim Malaysia bagi melangsaikan hutang peti ais...ayahnya pula mengambil upah mengangkat barang dari lori untuk mendapat duit lebih. Saiful Nang ni memang pandai cari duit tapi ada gak caranya yang tak masuk dek akal dan dimarah ibubapa kawan-kawan dia...

Minat beliau dalam fotografi memang tak dapat dinafikan serta sangat mendalam sejak zaman sekolah lagi. Dia berusaha untuk kumpul duit bagi membeli sebuah kamera.





Setelah bertungkus lumus beliau berjaya menjadi seorang profesional dan dikenali ramai serata dunia. Hasil fotografinya memang menarik dan tersendiri. Beliau juga mengadakan bengkel fotografi bagi yang berminat. Beliau tidak hanya mengejar dunia semata tetapi saham akhirat juga dikumpul. Pendidikan yang diberikan kepada anaknya...sangat berbeza dengan orang lain. Beliau tidak memberi pendedahan gajet untuk anaknya tetapi mendidiknya secara tradisional yang menekankan kepada aspek agama, rendah diri serta hubungan kekeluargaan sesama manusia.


Biodata

Saiful Nang Nama Penuh: Saiful Bin Nang

Nama Popular: Saiful Nang

Pekerjaan: Jurugambar profesional

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda B.Sc (Media) Film & Animation di Multimedia University (2000)

Sarjana Muda Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia

MPA (UK), Master Photographer, Licentiate

Ijazah Kedoktoran di Universiti Utara Malaysia dalam bidang pengurusan


Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia.

Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura.

Beliau juga terkenal sebagai individu yang berjuang untuk memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.

Bagi aku buku setebal 400 mukasurat ini bagus.....kerana bahasa yang digunakan mudah serta santai. Selain itu terdapat banyak gambar-gambar berwarna serta kata-kata motivasi yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Buku ini juga membuka mata aku dari sudut yang berbeza. Usaha dan kejayaan beliau boleh dijadikan panduan untuk terus berjaya dan jangan mudah putus asa.
 



Sekian.

No comments:

Post a comment