Monday, 29 August 2016

Book Review: Aku Budak Lenggong

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua...hari nii aku nak review tentang buku. Buku Aku Budak Lenggong ini aku beli sebabnyer..... dulu aku pernah bekerja dan tinggal di Lenggong selama 1 tahun. Lenggong adalah sebuah pekan kecil ala-ala zaman 1970an dan 1980an di Negeri Perak. Walaupun begitu di sini terdapat banyak tempat bersejarah dan ada tempat untuk berkelah. Kawasannya sangat menghijau lagi mendamaikan. Di waktu pagi akan kelihatan kabus yang menutupi gunung-ganang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Cantik siut!!
  




Kalau korang nak tahu..... Lenggong merupakan satu tempat yang agak 'hulu' dan terpencil tetapi telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia (tapak arkeologi) UNESCO pada 30 Jun 2012 serta masih menyimpan pelbagai rahsia sebagai penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini. Aku paling suka pekena sup kat pekan Lenggong nii bersebelahan Jabatan Pertanian...memang best korang!! Terbaik laa aku rasa.... Dan yang paling femes adalah ikan bakar Tasik Raban...hingga menjilat jari laa kalau korang makan.


Buku ini merupakan sebuah penulisan yang berbentuk memori hasil pengalaman hidup penulisnya pada zaman kanak-kanak di kampung pada masa itu, yang mana kebanyakkannya telah pupus dan tidak diketahui oleh generasi zaman sekarang.

Sinopsis

'Masa kecil' adalah 'masa lalu' semua orang. Aku Budak Lenggong adalah catatan 'masa lalu' yang mewakili 'masa kecil' ramai orang yang mungkin tidak terungkap. Zaman ketika elektrik adalah asing, pelita minyak tanah dan kabaid menjadi sumber cahaya, TV adalah peti ajaib, sungai dan lata menjadi mainan, bendang dan kubang, bukit dan hutan, memasak dengan kayu api, mendaki bukit ke dusun, menangkap ikan dan udang di celahan batu sungai yang jernih, mengapuk di pokok petai dan jering, lastik dan senapang kayu, gasing, congkak dan batu seremban, serta banyak lagi.  



Di awal pembacaan memori ini, aku merasa agak bosan sebab slow sangat dan kaku jalan penceritaannya serta mengelirukan aku walaupun bahasa yang digunakan simple serta mudah difahami.  Selain itu, aku tidak dapat nak menjiwai keseluruhan penceritaan ini. 


Penulis banyak fokus tentang aktiviti yang selalu dibuat oleh dia semasa kecil tetapi kurang memberi penekanan tentang kawasan persekitaran/landskap dan bangunan yang ada di Lenggong ketika itu. Idea dah ada tapi kurang diolah dengan baik untuk pembaca menghayati dan berada di zaman silam. Berbanding dengan Memoir Abdul Halim Nasir yang juga berasal dari Lenggong...banyak berkisahkan sejarah zaman Jepun serta Komunis, zaman persekolahan, pekerjaan dan lain-lain lagi yang seronok untuk dibaca.



Sekian.

No comments:

Post a comment