Wednesday, 31 August 2016

Book Review: Dia Bukan Lelaki Biasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 


Hai..hai...korang semua apa khabar? Harapan ku semiga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Entri aku hari nii masih lagi berkaitan tentang book review. Dah lama aku ingin mengenai insan luar biasa ini....kebanyakkan cerita yang aku dengar hanya dari mulut ke mulut. Betul ke beliau ni seorang yang sangat bagus. Aku tertanya-tanya laa jugak. Aku pernah menjejaki rumah beliau pada tahun 2003.... Saja aku jalan-jalan nak gi tengok sebab kebanyakan rumah VVIP nii mestilah besar dan mewah tapi ternyata telahan aku salah. Rumah beliau simple jer...rumah papan separuh batu yang dicat hijau.



Aku risau jugak dengan isi buku nii... Kalau tak best, buat rugi duit aku jer membelinya. Sebab masa nak beli, buku ni berbalut dengan plastik so tak dapat nak belek kandungan isi dalamnya. Buku-buku macam ni selalunya menggunakan bahasa yang formal menyebabkan bosan untuk dibaca. Ternyata buku ini sangat bagus dan tidak menghampakan... Aku cukup seronok membaca buku ini..umpama membaca sebuah novel. Banyak manafaat berguna yang akan korang perolehi. Ternyata insan ini seorang yang sangat simple tetapi cukup pengisian ilmu didada. Beliau juga seorang yang berfikiran terbuka dan sangat penyabar.

Sinopsis

Lelaki sehebat itu. Orang segah itu. Bagaimana mahu memenuhi semua harapan yang ada? Bagaimana mahu memastikan kekaguman ini bukanlah pendewa-dewaan, sehingga mengecewakan dia yang sudah pergi?





Kisah ini melibatkan pelbagai orang dalam hidup Allahyarham Tok Guru. Daripada isteri, anak, saudara-mara, kepada orang rapat, anak murid, pegawai kerajaan dan mereka yang jauh, tulisan yang memuatkan antara kisah yang menceritakan bagaimana Tok Guru mempengaruhi hidup mereka. Juga bagaimana kita dapat belajar daripada cara Tok Guru berinteraksi dengan setiap seorang daripada mereka.


Gabungan harapan dan kepercayaan bagi memanjangkan usaha dakwah seorang lelaki bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buku ini juga umpama buku motivasi dan agama yang boleh korang jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Patut laa buku ini diberi tajuk 'bukan insan biasa'...... memang tak dinafikan beliau seorang yang sangat istimewa. Cintanya pada agama Islam sangat mendalam... diserahkan segala jiwa dan raga. Beliau sendiri menjadi imam setiap hari di masjid bersebelahan rumah beliau. Sentiasa bersabar dalam melayan tetamu yang datang walaupun keadaan diri yang tidak sihat. Hatinya cukup baik. Sentiasa berfikiran positif dan tidak menghampakan harapan orang lain. Mungkin sebab itu jugak beliau lama memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau menjadi sangat dihormati dan disegani disebabkan hasil didikan yang tegas oleh ayah beliau. Didikan ini juga diterapkan kepada anak-anak beliau juga. Tapi kini kita semua telah kehilangan sebutir permata. KepadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali.



Sekian.

Book Review: DIAgnosis

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,




Hai korang semua. Jumpa lagi kita di entri kali ini..masih lagi berkait rapat dengan buku atau pun novel. Aku teruja kala melihat tajuk buku ini di MPH.... DIAgnosis..... betul ke apa yang aku lihat nii... Dah lama aku tertunggu-tunggu buku macam ni. Sebabnya... 20 tahun yang lalu aku pernah baca satu buku mengenai kerja-kerja Doktor forensik. Sejak dari situ, aku mula meminati buku-buku seperti ini tapi sayangnya kat Malaysia memang tak ada...apatah lagi dalam Bahasa Melayu.


Buku ini berbeza daripada apa yang aku gambarkan... mulanya aku ingat mesti banyak bahasa perubatan yang akan digunakan sehingga sukar untuk aku faham pengisian buku ini. Rupa-rupanya tidak. Buku ini lebih mirip tentang tugas seorang doktor yang merawat pesakit setiap hari. Pelbagai ragam yang perlu dihadapi dengan penuh kesabaran dan toleransi. Memang best giler buku nii... korang pasti tak menyesal membelinya. Terselit juga unsur humor yang membuat korang ketawa dan tersenyum sorang-sorang.
 



DIAgnosis yang diterbitkan pertama kali pada Mei 2014 telah mencetuskan fenomena kerana berjaya terjual sebanyak 15,000 unit dalam masa enam bulan di pasaran. Pada awalnya DIAgnosis hanya menggabungkan tiga penulis iaitu Dr Anwar, Dr Aizzat dan isteri, Dr Azah.


Setelah kejayaan buku yang pertama, tujuh orang doktor meneruskan perkongsian cerita pengalaman masing-masing dalam sekuelnya DIAgnosis2 pula iaitu Dr Anwar, Dr Aizzat, Dr Azah, Dr Beni, Dr Mafeitz, Dr Mahyuddin dan Dr Fatin bagi menulis kisah di sebalik hospital-hospital di Malaysia. Buku setebal 365 muka surat ini dijual dengan harga RM30 senaskhah, mempunyai himpunan 29 cerita pendek bahasa Melayu dan enam cerita pendek bahasa Inggeris yang diterbitkan WhiteCoat Enterprise.
 





Sinopsis


Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya

2) Bergaya

3) 'Glamour'

4) Rasa 'Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran. Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat. 

·         Dr Anwar Fazal (Doktor Perubatan), 

·         Dr Aizzat Othman (Doktor Pembedahan Saraf), 

·         Dr Azah Isa (Doktor Paediatrik),

·         Dr Mafeitz Zeral Mamat (Doktor Pakar Bius), 

·         Dr Mahyuddin Mohamed (Pakar Bedah Ortopedik),

·          Dr Beni Rusanu (Doktor Kardiologi) dan  

·         Dr Fatin Liyana Asri (doktor pelatih) 

Bagi yang sedang belajar dalam bidang perubatan atau bekerja...aku cadangkan korang beli la buku ni sebagai panduan korang menghadapi pesakit-pesakit yang banyak sangat sogehnya tuu.... yea laa kadang-kadang tercabar jugak kesabaran korang.



Sekian.

Book Review: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - HAMKA

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua...apa khabar hari nii...? hari nii aku nak story mory tentang sebuah novel yang sangat-sangat hebat!! Novel ini... sebenarnya dicadangkan oleh kawan aku yang mengatakan ceritanya best giler dan sedih sebab dia dah baca novel ini banyak kali. Kebetulan pulak memang susah nak cari novel ini...sehinggalah pada suatu hari tu ia dicetak semula dan dijual di MPH. So...aku tak lepaskan peluang laa untuk membelinya. Dah bertahun-tahun aku cari... Aku dengar novel ni femes sesangat hingga dibuat filem di Indonesia. Sebab itu laa jugak kenapa aku beria sangat nak beli novel ni.



Novel ni memang lain daripada yang lain.... Sepanjang pembacaan, aku asyik tertanya-tanya kenapa novel ini diberi tajuk "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck"...sehinggalah dipenghujung ceritanya barulah aku menemui jawapan. Pertama kali dicetak pada 1937 dan novel ini telah diulang cetak beberapa kali. Aku suka gaya penulisan HAMKA nii...sangatlah indahnya dan berbudi bahasa serta bersopan-santun...umpama dibuai syahdu.  



Novel ini juga memaparkan tentang adat, agama dan kebudayaan Minangkabau di tahun 1936. Memang tak dinafikan kisah novel ini menyedihkan...mungkin ada yang akan menitis kan air mata. Karangan Hamka atau nama sebenar beliau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim ini tidak akan menghampakan korang....kalau korang ni jenis suka baca novel 'tradisi' sikit laa. Kalau korang ni jenis suka cerita ala-ala cinderela  dan bukan jenis yang puitis... novel ni memang tak sesuai untuk korang.




 Sinopsis


Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati.

Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya.

Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.


"Sudikah engkau menjadi sahabatku, Hayati? Saya tahu saya orang dagang melarat dan anak orang terbuang yang datang dari negeri jauh, yatim dan piatu. Saya akui kerendahan saya, itu agaknya akan mennagguhkan hatimu bersahabat dengan daku, Tetapi Hayati, meskipun bagaimana, percayalah bahawa hatiku baik. Sukar engkau akan bertemu dengan hati yang begini, yang bersih lantaran senantiasa dibasuh dengan air kemalangan sejak lahirnya ke dunia!" - Zainuddin




"Kalau demikian, hari inilah saya terangkan di hadapanmu, di hadapan cahaya matahari yang baru naik, di hadapan roh ibu bapa yang sudah sama-sama berkalang tanah, saya katakan : Bahawa jiwaku telah diisi sepenuh-penuhnya oleh cinta kepadamu. Cintaku kepadamu telah memenuhi hatiku, telah terjadi sebagai nyawa dan badan adanya. Dan selalu saya berkata, biar Tuhan mendengarkan, bahawa engkaulah yang akan menjadi suamiku kelak, jika tidak sampai di dunia, biarlah di akhirat. Dan saya tiadakan khianat kepada janjiku, tidak akan berdusta di hadapan Tuhan, dan di hadapan arwah nenek moyangku"- Hayati

Aku difahamkan kisah ini sebenarnya terinspirasi daripada kisah benar dimana berlakunya tragedi sebuah kapal penumpang Van Der Wijck tenggelam di Laut Jawa, sebelah Timur Laut Semarang pada 21 Oktober 1936.

Cerita ni juga...ala-ala tragedi Titanic yang dijadikan filem cinta. Apa pun aku suka novel ni. Memang terbaik laa sebab boleh bertahan dan masih diminati ramai sehingga ke hari ini.

“Tetapi, cita-cita manusia tidak dapat melawan kehendak takdir.” – Hamka
 

Sekian.

Seni Guntingan Kertas Tradisional Cina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai.... hari nii aku nak citer tentang satu kesenian yang sangat menarik dan berseni. Perrgh... Kagum sungguh aku tengok untie-untie ni semua buat seni guntingan kertas tradisional Cina ini... Sungguh sabar, teliti serta kreatif... Bagaimana aku tak kagum dan melopong.. Guntingan kertas ni boleh jadi bentuk harimau, naga, rama-rama, bunga, ular, buah epal dan sebagainya. Korang tak kagum ke..?? Entah berapa lama diperlukan untuk diorang mahir buat seni guntingan kertas nii... Minat kena mendalam. Kalau tak aku rasa memang tak menjadi laa...

Aku berpeluang untuk belajar serta merasai sendiri bagaimana membuat sebiji limau dimensi 3D melalui seni guntingan kertas ini. Mesti korang terkejut dan kagumkan..kan..kan... Sebenarnya taklah susah sangat kalau kita tahu teknik guntingan dengan cara yang betul tapi....  kena ada sifat sabar untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 




Korang semua mesti tahu yang Seni Guntingan Kertas Tradisional Cina ini banyak dihasilkan untuk hiasan rumah pada Tahun Baru China. Guntingan kertas ini dibuat dalam pelbagai bentuk serta ditampalkan di tingkap, jenang pintu atau meja tulis bagi menghidupkan suasana kegembiraan dan keceriaan. Yea..laa warna merah memang nampak menarik.

Seni guntingan kertas ini merupakan satu karya seni tradisional yang paling popular di Negara China. Ada yang mengatakan guntingan kertas ini bermula daripada upacara persembahan masyarakat zaman silam. Orang zaman dulu menggunting kertas dengan rupa bentuk haiwan dan manusia untuk ditanamkan bersama mayat atau dibakar dalam upacara pemakaman sebagai pendamping orang mati..
  



Berdasarkan catatan sejarah pada 1000 tahun yang lalu, wanita Dinasti Tang pernah menggunakan guntingan kertas sebagai hiasan kepala. Selain itu, guntingan kertas bentuk rama-rama dibuat bagi mengalu-alukan kedatangan musim bunga.


Pada era Dinasti Han, guntingan kertas ini adalah salah satu kerajinan masyarakat Tiongkok yang paling popular, Jian zhi atau disebut juga Chinese Paper Cutting semasa era penemuan kertas oleh Chai Lun. Jian zhi ini pada awalnya digunakan dalam seni menggunting kertas untuk perayaan Imlek bagi menghiasi rumah. Disebabkan keindahan seninya maka  ia sering disebut "chuāng huā" (窗花)" yang bermaksud karangan bunga untuk jendela.



Seni guntingan kertas ini dilakukan secara manual. Bagi seorang tukang guntingan kertas, mereka harus mempunyai gunting dan pisau ukir dalam pelbagai saiz untuk menghasilkan pola yang rumit. Kertas yang selalu digunakan adalah berwarna merah kerana dikatakan mempunyai 'ong'. Kerja menggunting kertas harus dilakukan dengan berhati-hati dan tidak boleh tersalah sedikit bagi mendapatkan hasil yang terbaik.




Aku sendiri tak tahu.... rupanya ada seni guntingan kertas macam nii. Yang selalu aku lihat ialah tulisan khaligrafi Cina dan guntingan kertas khaligrafi Cina. Selain itu, aku juga pernah lihat cara pembuatan kepala singa yang selalu dimainkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Aku rasa bertuah sungguh di bumi Malaysia ini dapat mempelajari seni kaum lain yang ada.

Sangat rugi rasanya jika generasi muda sekarang tidak mengambil peluang untuk belajar seni guntingan Kertas Tradisional Cina ini. Kesenian begini memang susah untuk dipelajari tanpa minat yang mendalam dan kesabaran yang tinggi tetapi jangan pula korang dijadikan ini sebagai satu alasan. Seni ini mungkin akan pupus satu hari nanti akibat permodenan. Mungkin jugak seni ini patut diajar di sekolah-sekolah.


Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea kengkawan...

Tuesday, 30 August 2016

Keunikan Yang Terdapat Pada Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kuala Dal...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai korang...semoga semuanya berada dalm keadaan yang sihat-sihat saja yea... Hari nii aku nak story mory tentang sebuah bangunan warisan. Kalau korang lalu di kawasan Kuala Dal...pasti korang akan menoleh dua kali ke arah masjid kelarai ini.... Dan mungkin jugak korang akan berhenti untuk meninjau lebih dekat senibina masjid ini. Masjid ni terletak di tepi jalan jerr, memang korang senang nak nampak.... Lagi pun warnanya sangat menonjol dan sama dengan warna bendera Negeri Perak...kuning, putih dan hitam. Masjid ini dulunya terbiar tanpa penjagaan rapi tetapi kini ia telah dipulihara bagi mengekalkan semula ciri-ciri istimewa yang ada pada masjid ini.



Masjid Ihsaniah Iskandariah atau lebih dikenali dengan nama Masjid Kampung Kuala Dal ini terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar....berhampiran dengan tol Kuala Kangsar tapi korang kena masuk simpang sebelah kiri, kalau korang masuk ikut simpang kanan...korang akan terus ke bandar Diraja Kuala Kangsar dan kalau korang terus, korang akan menuju ke Grik. Keunikan masjid ini terserlah pada reka bentuk binaannya dan keseluruhan dindingnya dibina berasaskan anyaman buluh minyak.



Keistimewaan lain yang terdapat pada masjid dua tingkat ini boleh dilihat daripada reka bentuk segi empat bujur atau turut dikenali bujur sangkar burung. Ia mempunyai 20 buah tingkap dan setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan yu dan pucuk kacang. Pada kepala tingkap diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak menjadikan bahagian dalam masjid ini sentiasa cerah, nyaman dan selesa untuk beribadat.



Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang sebagai daya penyeri pada hiasan dinding. Keseluruhan dinding Masjid Ihsaniah Iskandariah diperbuat daripada anyaman buluh yang dikenali sebagai 'Kelarai Bunga Potong Belian'. Ia merupakan salah satu seni bina bagi rumah tradisional Melayu di Perak.



Menurut catatan sejarah, pembinaan masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh Sultan Perak ke-30, Sultan Iskandar Shah pada tahun 1936. Reka bentuk dan hiasan masjid ini turut dihasilkan sendiri oleh baginda berdasarkan seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan. 

Ianya dibina bagi menunaikan nazar Baginda Sultan apabila salah seorang anakanda baginda sembuh daripada gering. Hasrat Baginda Sultan timbul apabila melihat masyarakat tempatan yang menunaikan solat berjemaah di sebuah madrasah di kampung berkenaan setelah pulang dari berkelah di Lata Bubu. Justeru itu, Baginda Sultan bernazar untuk memberi sumbangan wang sebanyak RM 8,000.00 bagi membina sebuah masjid baru di atas sebidang tanah wakaf pemberian Juragan Abdul Shukur bin Mohamad Ali.


Pembinaan masjid ini dilakukan oleh tukang kayu berbangsa Cina dengan kerjasama penduduk kampung secara bergotong-royong.
 


Masjid ini mempunyai dua aras. Di tingkat atas terdapat ruang mihrab yang mengunjur keluar menghadap arah kiblat dan digunakan sebagai ruang solat. Sementara tingkat bawah pula dijadikan ruang untuk aktiviti keagamaan masyarakat setempat seperti kelas mengaji al-Quran dan juga kenduri-kendara.



Masjid ini disokong dengan lapan batang tiang daripada kayu kempas. Kerja-kerja menganyam dinding tepas dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampung yang diketuai oleh Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulop Ngah.




Di setiap penjuru masjid ini terdapat empat buah menara yang agak terkeluar sedikit daripada dinding utama. Ruang-ruang yang terkeluar itu berbentuk segi empat tepat yang berukuran ( 3’ x 3’). Bumbung masjid ini pula berbentuk limas bungkus dengan menggunakan bahan zing yang merupakan bahan esklusif pada waktu itu.


Masjid ini telah tidak lagi digunakan sejak tahun 1976 setelah adanya masjid baru iaitu Masjid Al-Wahidiah. Masjid ini terbiar lebih 30 tahun dan hampir menyembah bumi tetapi akhirnya dapat diselamatkan serta dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada 2008.
  



Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak Dr Siti Norlizaiha Harun berkata, sepanjang kerja-kerja konservasi dilakukan, pihak Jabatan Warisan Negara menghadapi pelbagai halangan terutama dalam penyediaan dinding tepas berikutan ketiadaan tukang mahir dalam seni anyaman disamping kekurangan bahan iaitu buluh minyak tempatan untuk dibuat dinding kelarai. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak jabatan terpaksa mendapatkan tukang membuat anyaman serta buluh ini dari Arau, Perlis kerana hasil seni anyamannya hampir sama dengan anyaman yang asal. 




Kerosakan utama pada masjid ini adalah daripada segi struktur kayu bumbung yang telah mereput dan patah. Tiang, gelegar dan papan lantai juga mengalami kerosakan akibat pereputan dan serangan anai-anai.




Panel dinding juga mengalami pereputan. Bilah buluh pula telah pecah. Pelunturan warna cat berlaku dan hamper semua panel kayu ditumbuhi lumut serta kulat menyebabkan rupa bangunan ini kelihatan begitu using. Daun pintu dan juga tingkap termasuklah ukiran yang terdapat pada dinding juga telah patah, hilang dan mereput.



  

Kerja-kerja konservasi masjid ini dijalankan dengan penuh berhati-hati dan mengikut Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan bagi mengekalkan keaslian seni bina asalnya.





Majlis penyerahan semula masjid ini telah diadakan pada 17 Dis 2009 yang lalu dan Datuk Zuraina Majid, Pesuruhjaya Warisan telah menyerahkan replika kunci kepada Pengerusi Masjid Ihsaniah Iskandariah ini di Kampung Kuala Dal iaitu Encik Jaafar Mohamad setelah kerja-kerja konservasi siap dilakukan.







Masjid ini merupakan salah sebuah bangunan yang menarik serta unik dan mesti korang kunjungi apabila korang tiba kat bandar Diraja Kuala Kangsar nii... Rugi tau kalau korang tak singgah....macam tak lengkap lawatan korang tuu. Selepas korang lawat masjid ini korang pi lawat jugak Istana Kenangan yang mempunyai senibina yang hampir sama dengan masjid ini. Mesti korang kagum dan terpegun punya...ate apa lagiiii..... Moh La Kita Ke Perak Weii...

Aku harap masjid ini akan terus teguh berdiri dan dijaga dengan sebaiknya untuk tatapan generasi akan datang walaupun kerja-kerja penyelenggaraan masjid ini memerlukan peruntukan yang agak tinggi serta berterusan. Perancangan yang baik perlu disediakan bagi memastikan masjid ini kekal terpelihara.





Sekian.

Monday, 29 August 2016

Book Review: Aku Budak Lenggong

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua...hari nii aku nak review tentang buku. Buku Aku Budak Lenggong ini aku beli sebabnyer..... dulu aku pernah bekerja dan tinggal di Lenggong selama 1 tahun. Lenggong adalah sebuah pekan kecil ala-ala zaman 1970an dan 1980an di Negeri Perak. Walaupun begitu di sini terdapat banyak tempat bersejarah dan ada tempat untuk berkelah. Kawasannya sangat menghijau lagi mendamaikan. Di waktu pagi akan kelihatan kabus yang menutupi gunung-ganang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Cantik siut!!
  




Kalau korang nak tahu..... Lenggong merupakan satu tempat yang agak 'hulu' dan terpencil tetapi telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia (tapak arkeologi) UNESCO pada 30 Jun 2012 serta masih menyimpan pelbagai rahsia sebagai penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini. Aku paling suka pekena sup kat pekan Lenggong nii bersebelahan Jabatan Pertanian...memang best korang!! Terbaik laa aku rasa.... Dan yang paling femes adalah ikan bakar Tasik Raban...hingga menjilat jari laa kalau korang makan.


Buku ini merupakan sebuah penulisan yang berbentuk memori hasil pengalaman hidup penulisnya pada zaman kanak-kanak di kampung pada masa itu, yang mana kebanyakkannya telah pupus dan tidak diketahui oleh generasi zaman sekarang.

Sinopsis

'Masa kecil' adalah 'masa lalu' semua orang. Aku Budak Lenggong adalah catatan 'masa lalu' yang mewakili 'masa kecil' ramai orang yang mungkin tidak terungkap. Zaman ketika elektrik adalah asing, pelita minyak tanah dan kabaid menjadi sumber cahaya, TV adalah peti ajaib, sungai dan lata menjadi mainan, bendang dan kubang, bukit dan hutan, memasak dengan kayu api, mendaki bukit ke dusun, menangkap ikan dan udang di celahan batu sungai yang jernih, mengapuk di pokok petai dan jering, lastik dan senapang kayu, gasing, congkak dan batu seremban, serta banyak lagi.  



Di awal pembacaan memori ini, aku merasa agak bosan sebab slow sangat dan kaku jalan penceritaannya serta mengelirukan aku walaupun bahasa yang digunakan simple serta mudah difahami.  Selain itu, aku tidak dapat nak menjiwai keseluruhan penceritaan ini. 


Penulis banyak fokus tentang aktiviti yang selalu dibuat oleh dia semasa kecil tetapi kurang memberi penekanan tentang kawasan persekitaran/landskap dan bangunan yang ada di Lenggong ketika itu. Idea dah ada tapi kurang diolah dengan baik untuk pembaca menghayati dan berada di zaman silam. Berbanding dengan Memoir Abdul Halim Nasir yang juga berasal dari Lenggong...banyak berkisahkan sejarah zaman Jepun serta Komunis, zaman persekolahan, pekerjaan dan lain-lain lagi yang seronok untuk dibaca.



Sekian.

Filem Review: Bajrangi Bhaijaan vs Dilwale

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai semua...Korang semua apa khabar? Hari nii entri aku bukan pasal review buku tetapi pasal filem. Aku nii bukanlah kaki filem atau peminat tegar filem Hindustan. Tapi... aku suka layan filem-filem yang bagus dan bermutu serta ada mesej yang ingin disampaikan. Kalau filem tuu ada Shah Rukh Khan berlakon...sure aku akan tengok sebab aku minat lakonan dia dari dulu hingga sekarang.

Saat orang lain tengah kecoh dengan filem Dilwale...aku pula secara tak sengaja telah menonton filem Bajrangi Bhaijaan ini. Ceritanya memang sangat luar biasa dan sungguh mengejutkan aku... Memang teruja aku menonton citer nii hingga akhir untuk tahu akan kesudahannya.... Boleh menitis air mata dibuatnya bagi korang yang dalam hati ada taman bunga tuu....Banyak mesej yang diberikan dalam filem ini antaranya kekeluargaan, kejujuran, keagamaan, birokrasi, politik, semangat membantu tanpa kira agama dan sebagainya. Budak tu plak sangat laa cute dan pandai sungguh berlakon.






Sinopsis filem



Seorang gadis cilik muslim yang bisu berusia 6 tahun dari Wilayah Azad Kashmir, Pakistan. Shahida terpisah daripada ibunya ketika dalam perjalanan menuju ke India bagi mengubati penyakit bisunya itu. Shahida kemudiannya bertemu dengan Pawan Kumar Chaturvedi (Salman Khan) yang dikenal sebagai “Bajrangi”, seorang Hindu dan penganut Dewa Hanuman.


Persahabatan antara mereka bermula walaupun menghadapi permasalahan dari segi agama dan konflik kedua buah negara. Pawan seorang yang taat dan jujur bertekad untuk memulangkan Shahida kembali kepada keluarganya walaupun rintangan berat menanti mereka. Bajrangi harus menempuh ribuan kilometer dari tempat tinggalnya di India demi menghantar Shahida pulang ke desa Sultanpur kawasan Kashmir, Pakistan. Dia harus mengantarnya sendiri kerana kedutaan hingga biro pelancongan menolak dengan alasan hubungan diplomatik antara India dan Pakistan yang tidak baik.


Aku bagi 5 bintang untuk cerita Bajrangi Bhaijaan ini dan 3 bintang untuk filem Dilwale (ikut persepsi serta minat aku). Korang memang takkan menyesallah tengok citer nii...sebab korang tak boleh nak agak sangat jalan ceritanya so...korang mesti akan melekat depan tv sampai habis tengok citer ni. Aku tak sangka Salman Khan mempunyai idea yang sehebat ini untuk bikin filem sebegini. Filem Dilwale pun bagus tetapi ia lebih kepada aspek percintaan yang mendapat tentangan daripada keluarga...klise sangat!! 



Sinopsis Filem Dilwale


Dilwale mengisahkan tentang cinta yang kompleks antara dua orang kekasih berasal dari dua keluarga yang bermusuhan dan saling jatuh cinta. Cinta yang mendapat tentangan keluarga. Meera (Kajol) dan Raj (Shahrukh Khan) adalah anak dari Bos Mafia yang saling bersaing dan bermusuhan. Kerana permusuhan itu juga mereka terpisah selama 15 tahun. 


Percintaan antara adik Raj dan Meera, akhirnya menemukan kembali mereka. Kedua-dua mereka masih lagi tidak berkahwin dan menyimpan cinta sesama sendiri. Namun oleh kerana silap faham, Meera menyangka yang Raj membunuh Ayahnya Malik. Salah faham inilah yang menukarkan cinta kepada benci. Kebencian inilah yang menghalanag adik keduanya, Veer (adik Raj) dan Ishika (adik Meera) daripada bersatu di dalam sebuah perkahwinan. Namun setelah kebenaran diperolehi, mereka berbaik semula dan kehangatan cinta lama mereka kembali bertaut.


Apa pun aku suka kedua-dua filem ini....pelakonnya yang sememangnya hebat-hebat belaka serta lagunya yang best lagi memukau jiwa. Terutama sekali lagu Janam Janam tuu....Aku rasa ramai yang tergolek-golek atas katil layan lagu nii. Aku tak laa sampai macam tuu...aku nii biasa-biasa jer. Betaul tau...korang jangan tak percaya plak...hik...hik...hik...


Sekian.

**jangan lupa yea...follow blog aku nii